Dulu kira-kira 7 tahun yang lalu itupun kalau aku tak salah kira. Aku selalu berjalan kaki dengan Dibah pulang dari sekolah. Bila penat di tengah jalan kami berhenti beli air kelapa. Sweet tak kisah persahabatan kami? #tangandibahumatakeats. Begitu banyak onak dan ranjau aku kira.
Menarik nafas sebentar.
Ingat lagi masa tu aku student baru di SMK Jalan Bukit. Kalau nak diikutkan aku bukanlah rapat sangat sangat dan sangat pun dengan Dibah masa sekolah. Lagipun kehidupan aku masa tu amatlah lone ranger sebab budak kelas ada 41. Jumlah ganjil kan? Jadi aku kena duduk sorang2 je dalam kelas sampai ke akhir tahun sebab semua dah cukup partner. Ini amat tahi. Diulangi sekali lagi. Tahi.
Tapi aku rasa Dibah ni boleh tahan loser jugak. Cuma kalau kau pandang dgn mata kasar mmg tak nampak. Dia ni pun duduk sebelah budak non-muslim. Aku syak dia pun takde pilihan. Nama budak tu Punitha tapi apelah bangangnya geng2 dibah ni panggil dia Anita. Dan si Anita ni selalu tak datang. Setiap kali Anita tak datang aku akan duduk sebelah Dibah. Oh bahagianya. Haha.
Dan satu hal lagi aku satu taman dengan Dibah ni. Form 4 kami semua pindah sekolah. Dibah masuk Teknik Kajang dan aku pindah SMK Taman Jasmin. Sekolah dekat2 je so masih boleh jumpa di jalanan utk meneruskan aktiviti membeli air kelapa. Btw, utk pengetahuan semua. Air kelapa tu sangat sedap kot. Okay cukup2 tentang kisah muda mudi kami.
Entry harini dibuat sempena memperingati kelahiran Dibah. Jadi saya disini dengan berbesar hatinya ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi Dibah. Aku marah ni sebab kau asyik muda je dari aku. Aku tak percaya aku lebih tua dari kau. Moga selalu selamat Dibah. Berjaya dalam karier juga percintaan. Bertemu jodoh yang baik. Tapi tolong bagi aku lepas dulu tau. Puiiiiiii!
Pemilihan gambar paling hodoh telah dibuat. Tapi ini yang paling jujur aku syak. Jadi anda semua boleh simpulkan sendiri bagaimana perhubungan kami? Tak sebulu dan dibah kaki pukul. Jangan ingat aku tak muntah upload gambar huduh begini. Okbai.