Monday, March 12, 2012

Yana dan Apis

11 Februari 2012
 
Besarnya gambar hehe. Entry kali ini special tribute untuk kawan terulung masa belajar dekat Politeknik Shah Alam dulu. Nama dia Nurliyana Bt Basuki. Tapi dulu ktorg panggil ayah kau Dato' Basuki. Ingat lagi mula2 kenal kau sombong nak mampus dan aku tak suka. Dah la taknak bercampur dengan orang. Yana ni actually tak sama course dengan aku pun. Tapi dia punya bilik, eh apa ke ayat macam tamil. Okay maksud aku bilik dia sebelah bilik aku masa duduk dekat kolej dulu. Jarak dalam dua depa je tau pintu bilik kitorang.

Mula2 masuk belajar memang tak rapat langsung tapi lama2 lepas tu jadi kawan baik. Bulan ramadhan kita buka puasa sama2, makan sama2, pegi mandi semua sama lah. Siap tido bilik sama2 jugak. Ktorg dulu ada satu group dalam 5orang. Tapi harini nak bercakap pasal yana je sebab entry ni khas untuk yana sebab dia dah kawin dan tak tunggu aku. Eeeeeee! tak patut.

Masa masuk semester 2, kitorang pindah duduk rumah sewa. Padahal tak sama course pun tapi still duduk sama lagi dan best sangat2 masa tu. Sebab ktorg semua sekepala. Tapi nak jadi cerita, nama pun adat berkawan mestilah ada bergaduh kan. So masa sem 3 ni ktorg mcm ada internal problem sikit dan masing2 kecil hati. Tak tahu lah kenapa tapi rasa dia dah jauh dan lain. So hubungan tu jadi renggang. Then sem3 habis ktorang semua pergi praktikal masa sem4. 

Balik dari praktikal, dorang taknak duduk dgn aku dah. Dorang yang aku maksudkan kawan2 aku yang ambik course tak sama dgn aku tu termasuklah yana. Tipulah kalo ckp tak sedih. Sebab last minute dorg apply nak duduk kolej. Nak tak nak aku terpaksa cari rumah sewa lain dan duduk dengan budak course aku. Tapi tulah nak cerita, bila jauh baru lah teringat. Baru lah mula belajar menghargai satu sama lain. Bila dah tak duduk sekali, ktorg dah tak bergaduh, tapi slalu jumpa bila masing2 ada masalah. 

Dan bila dah habis belajar, aku dan yana masih kekal berkawan sampai sekarang. Dia slalu turun kajang sebab suami dia cikgu sekolah teknik kajang. Hehe sweet kan kawin dengan cikgu. Okaylah yana, Aku buat entry ni khas untuk kau sebab aku nak ucappppppppppp...... 

SELAMAT PENGANTIN BARU
YANA DAN CIKGU APIS! 

Dan aku nak kau bahagia selama2 lamanya. Aku dah taknak tengok kau asyik menangis mcam dulu. Mungkin betul Allah akan temukan kita dengan orang yang salah dulu sebelum jumpa cinta sejati. So kau kena hidup baik2 tau. Semoga cepat dapat baby. LOVE xoxo!


Ini aku edit gambar kita dari zaman sebelum penjajahan. Kira macam zaman kegemilangan dan sweet18 sangat. Sebenarnya muka sangat buruk dan aku malu nak letak tapi demi entry yang special ni aku publish jugak. Buruk sangat dan rasa nak muntah. LASTLY! Selamat yana selamat pengantin baru. Huaaaaaa kenapa kawin tak tunggu aku. Haha.

Kursus Kahwin.

Harini terasa nak update belog tapi kan aku tak ada idea langsung nak cakap pasal apa. Lepas tu aku  tanya lah sorang kawan ni aku patut cakap apa. Mungkin dia boleh bagi dekat aku idea yang bernas tapi ternyata sia2 je ye sebab kawan aku ni bagi idea yang buat aku nak muntah hijau bila dengar. Mesti korang nak tahu kan idea apa, dah la aku terasa keji terus bila dengar topik yang dia suruh aku kembangkan tu. Sebab hakkak terasa uolss.


Tajuk yang dia suruh cerita dalam belog adelah " ADAKAH KITA PATUT PERGI KURSUS KAWIN DI USIA MUDA WALAUPUN BELUM ADA JODOH LAGI" dan bolekah "AKU PEGI KURSUS KAWIN SBB KAU LEBIH SENIOR DARI AKU PUN TAK PEGI"  rasa keji sangat nak update isu ni tapi aku update jugak kan sebab aku kan tergolong dalam kelompok loser sekarang jadi mari semua adik2 yang masih muda akak nak buat perkongsian ilmu. *sambilberlarilariketandassambilmuntahdalammangkukjamban.


Aku malas nak cakap panjang2 tapi kesimpulannya begini. Tengoklah belum mula apa2 tapi dah cakap pasal kesimpulan. Memang tak ada ciri2 seorang penulis berkaliber langsung diriku ini. Sebenarnya topik ni aku tuju buat orang yang request aku buat isu ni. Dan sekarang kau baca aku nak cakap secara ikhlas ni. Setelah aku pikir dalam sedetik dua, aku syak kau wajar pergi kursus kawin tu walau masih belum ada jodoh atau dalam erti kata lain pasangan hidup. Yelah begini sebabnya, kalau kau pergi kursus kawin tu seorang diri kebarangkalian kau untuk bertemu jodoh di sana adalah sangat tinggi. Sebab mungkin ada juga orang lain yang berlainan jantina yang masih takde pasangan pergi kursus tu sorang2. 

Dan satu hal lagi, tak payah lah tunggu pasangan kalau nak pergi kursus kawin tu sebab ada je orang lain yang pergi dengan pasangan dia tapi tak kekal pun dengan orang tu. Bagi yang kekal tu alhamdullilah dan tahniah. Sebagai contoh lisa surihani dan yusry. Dulu yusri pegi dengan orang lain tapi sekarang dah kawin dengan orang lain pun. Soal jodoh kan memang begini, tak boleh nak jangka apa yang nak jadi. Jadi silalah pergi sementara harga kursus kawin masih murah dan satu hal lagi sijil kursus kawin ni takkan expired ye. So tak rugi pun pergi. Aku membebel mcmni tapi aku pun  tak pegi2 lagi kan? Jangan menyebok. Aku tak pegi sebab sibuk dengan kehidupan. Padahal sepupu aku semua yang umur baya2 aku dah pegi.

Oh ye sebelum terlupa, kursus kawin ni kan boleh pegi banyak kali asalkan ada duit, so nanti kalau nak jadi sweet kepada pasangan mcm gula2, kome boleh lah temankan pasangan kome pegi kursus kawin tu lagi lagi dan lagi. Wah sweet sangat kan. Okay aku rasa cukuplah aku membebel setakat ni. Moga jawapan aku menjawab segala pertanyaan kau. Dan aku rasa walaupun aku dah tua lagi dr kau *inifaktapalingbongok* aku dengan rela hati merelakan kau pegi. Eeee bongok sangat si penanya soalan ni. KBai!

Thursday, March 08, 2012

19 February 2012



Birthday aku dah basi pun tapi baru harini nak update dekat blog. Oh btw aku nak ucap thanks pada dua org kawan iaitu amira kesayangan dan diba kesayangan sebab maha gigih dan gagah membuat entry khas sempena birthday aku. Sebenarnya mereka ni tiap tahun pun buat entry utk birthday aku. Tapi tahun ni aku kena berkongsi entry birthday dr mira bersama zol ezzom. Hahaha. Almaklumlah kami berdua sweet february gitueww. Terima kasih lah sangat uolss sebenarnya mak terharu sangat nok dengat bait2 ayat yang uolss buat utk mak kan. Ahhh sudahlah aku nak serius skrg. I LOVE YOU. Apakah yang aku merepek sebenarnya? maksud aku aku sayang korang walau korg tak buat entry untuk aku. Okay baihaqi.


Dan gambar di atas adalah kredit untuk officemates yang sangat gigih dan gagah juga membuat party tak terkejut langsung mak dah tau dah. Nama party ni mmg panjang sangat kan. Dan untuk pengetahuan korang semua party ni tak liar langsung tau. Party ni jinak2 merpati je. Entah hapa2 yang aku merepek sebenarnya. Tapi aku terharu jugak sebenarnya walau tak terkejut sbb kek adalah mahal disamping efforts2 mereka ni nak celebrate utk aku walau smua tgh sibuk buat kerja. Jadi terima kasih jugak buat semua walaupun tak cukup korum masa tu sbb ada yang tak sama shift. Anda mmg membuatkan birthday dahku terisi tahun ni. Cewahh.

Ariana Mikhail

Setelah sekian lama harini apa mimpi aku nak mengupdate belog kan. Rasa mcm nak muntah dengan diri sendiri yang sangat pemalas nak mengupdate belog. Aku skrg dah ada kegilaan baru. Aku asyik melayan youtube sahaja sampai ke pagi sampai tak cukup tido sampai tak makan. Teruk sangat kan? Sebab dah terlalu obses tengok mcm2 cerita yang ada. So sekarang bila ada masa je, aku akan terus ke youtube, tonton dan mcm2 lagi link cerita yang aku tahu. Kegilaan terhadap belog semakin berkurang tapi kadang2 bila rindu aku akan menulis jugak. 




Harini aku nak cerita pasal satu cerita yang aku baru je habis tengok dekat tonton. Siapa tahu cerita Ariana Mikhail? Kalo tak tahu aku nak cerita jugak. Aku ni kan sibuk kerja, jadi tak penah ada masa pun nak tengok kat tv. Layan dekat internet lagi bagus. Iklan pun takde dan bole tengok sekaligus. Cerita tu dah habis dekat tv kelmarin. First time tertengok dah jatuh hati sebab hero dan heroin dia yg mmg sangat kacak dan comel.

Actually jalan cerita dia agak sedih tau. Cerita ni Nora Danish dan Sein yg berlakon. Dorang jatuh cinta pandang pertama dan terus kahwin tapi terpisah 7tahun. Tapi kalo dah namanya jodoh mmg tak kemana pun. Tapi kalo tanya dengan aku, aku tak sanggup kot. 7tahun bukannya sekejap. Apa2 pun aku puas hati dengan ending dia. Sekurang2nya penantian diorang berbaloi. Katanya dalam cerita tu, kadang2 kita kena akur dengan jodoh sbb jodoh sentiasa mengatasi cinta sejati. Tapi bagi aku la jodoh dan cinta sejati tu datang seiring. Mana bole tgglkan salah satu. Samada cinta datang dulu dan diikuti cinta ataupun dah bercinta dulu then jodoh pulak sampai. Tak gitu?

Dan yang penting lagu tema dia adelah sangat tragis. Aku suka sangat lagu dia. Tajuk "Sedang Apa & Di mana" penyanyi dia Sammy vokalis kumpulan Kerispatih. Layan jelah okay. 


Dulu selalu ada waktu untuk kita
kini ku sendiri
dulu kata cinta tak habis tercipta
kini tiada lagi 

sedang apa dan dimana 
dirimu yang dulu ku cinta
ku tak tahu tak lagi tahu seperti waktu dulu
apakah mungkin bila kini ku ingin kembali
menjalani janji hati kita