Setelah sekian lama harini apa mimpi aku nak mengupdate belog kan. Rasa mcm nak muntah dengan diri sendiri yang sangat pemalas nak mengupdate belog. Aku skrg dah ada kegilaan baru. Aku asyik melayan youtube sahaja sampai ke pagi sampai tak cukup tido sampai tak makan. Teruk sangat kan? Sebab dah terlalu obses tengok mcm2 cerita yang ada. So sekarang bila ada masa je, aku akan terus ke youtube, tonton dan mcm2 lagi link cerita yang aku tahu. Kegilaan terhadap belog semakin berkurang tapi kadang2 bila rindu aku akan menulis jugak.
Harini aku nak cerita pasal satu cerita yang aku baru je habis tengok dekat tonton. Siapa tahu cerita Ariana Mikhail? Kalo tak tahu aku nak cerita jugak. Aku ni kan sibuk kerja, jadi tak penah ada masa pun nak tengok kat tv. Layan dekat internet lagi bagus. Iklan pun takde dan bole tengok sekaligus. Cerita tu dah habis dekat tv kelmarin. First time tertengok dah jatuh hati sebab hero dan heroin dia yg mmg sangat kacak dan comel.
Actually jalan cerita dia agak sedih tau. Cerita ni Nora Danish dan Sein yg berlakon. Dorang jatuh cinta pandang pertama dan terus kahwin tapi terpisah 7tahun. Tapi kalo dah namanya jodoh mmg tak kemana pun. Tapi kalo tanya dengan aku, aku tak sanggup kot. 7tahun bukannya sekejap. Apa2 pun aku puas hati dengan ending dia. Sekurang2nya penantian diorang berbaloi. Katanya dalam cerita tu, kadang2 kita kena akur dengan jodoh sbb jodoh sentiasa mengatasi cinta sejati. Tapi bagi aku la jodoh dan cinta sejati tu datang seiring. Mana bole tgglkan salah satu. Samada cinta datang dulu dan diikuti cinta ataupun dah bercinta dulu then jodoh pulak sampai. Tak gitu?
Dan yang penting lagu tema dia adelah sangat tragis. Aku suka sangat lagu dia. Tajuk "Sedang Apa & Di mana" penyanyi dia Sammy vokalis kumpulan Kerispatih. Layan jelah okay.
kini ku sendiri
dulu kata cinta tak habis tercipta
kini tiada lagi
sedang apa dan dimana
ku tak tahu tak lagi tahu seperti waktu dulu
apakah mungkin bila kini ku ingin kembali
menjalani janji hati kita

0 comments:
Post a Comment