Tuesday, July 19, 2011

Muntah

Aku hari ini ingin membuat sedikit penceritaan mengenai sejenis penyakit.
Penyakit ini bukanlah penyakit misteri yang ada kaitan dengan
perkara2 ghaib atau spiritual dalam bahasa advancenya.
Aku sungguh tak paham


Siapa disini ada penyakit perasaan nak muntah?
Bukan muntah betul2 pun
Perasaan je yang lebih2
Ditambah dgn sound effect uwekk yang keluar dari mulut
Dan mata mula berkaca2 menahan rasa
Sungguh aku mengalaminya.
Eh cara ayat mcm juhara ayob masa dia jd pengulas utk cerita neraca kisah benar.
LERRR tak ingat letteww
Aku tak tahu ia sejenis penyakit apa.
Tapi sungguh ia menggangu kehidupan seharian aku. 
Ia akan terjadi ye tuan puan jika anda melalui detik2 seperti
TERLALU KENYANG
TERLALU NERVES
TERLALU KELAM KABUT
TERLALU SEJUK
DAN TERLALU MEMBERUS LIDAH
yang last tu tolong abaikan.

Mungkin ini sejenis penyakit saintifik.
Biar aku jelaskan sedikit kesimpulan dari sudut pemerhatian aku.
Aku syak hal ni terjadi apabila jantung mengepam terlalu deras.
Jadi ia membuatkan pernafasan jadi tidak stabil
Maka anda jd seksaited lalu berkeinginan utk muntah.
Ini teori aku sahaja, tak paham sudah.
Nyah kau dari sini HAHA.


Jumaat ni aku kena jadi pengerusi majlis utk satu acara. 
Dan aku agak gejala ni mesti akan menggangu aku.
Macamana aku nak jadi penyanyi satu hari nanti 
Kalo keadaan terus macamni?


ohtolongbantusaya

Saturday, July 16, 2011

Beribu Sesalan - Anissa



Siapa yang mengikuti drama ANISSA dekat tv3?
Mesti ramai kan sbb drama ni mmg best kot.
Lagu2 semua sedap sangat
Tapi dalam banyak2 lagu, lagu ni yang aku suka sangat.
Dan aku rasa nak tuju lagu ni buat seseorang yang rasanya DAH lupa janji.
Janji tu terlalu banyak utk dirungkai satu2 dekat sini.
Dan tak kisahlah kan anda baca ke tak entry ni.
Sbb anda mungkin terlupa seketika kan.
Terlupa nama hazaizzrinda
Terlupa link belog dia
Terlupa tentang dia.
Tapi once bila anda dah ingat balik
Mungkin masa tu mungkin dia pulak dah lupa.
Cuma satu  lepas ni jangan byk sangat berjanji macam2
Sbb anda mungkin lupa
Tapi orang yang anda janji tak lupa
walau dia tak tuntut.
Dah pergi tanpa alasan
Jangan datang dengan seribu jawapan

oh. yang ni beserta lirik.



.SEKIAN TERIMA KASIH.

Thursday, July 14, 2011

Hot Sekretariat Sangat.

Hari ni gigih memaksa diri mengupdate belog 
sbbnya dah tak tahan mendengar cacian dari jengjengjeng iaitu
terhadap belog aku.
Aku malas nak ingatkan balik detik2 aku mengajar dia sign up belog.
T_T
HAHA!!!


Berbalik kepada tajuk asal seperti di atas.
Actually 10 Julai hari tu aku ada membuat satu event di K Klub Melawati
So aku sebagai sekretariat yang paling muda telah dengan gagahnya
mengatakan aku sekretariat paling HOT.
Event ni adalah program Road To Diamond
Kalau sesiapa ahli HR Marketing mesti tau apa dia.


Tak tahu nak cerita banyak harini.
Tapi nak letak gambar banyak2 boleh camtu?




Mungkin masih ada yang tak paham lg apekebendanya semua ni kan?
Sebenarnya ia lebih kurang mcm konvo lah.
Tapi bukan real convo
Just satu program pengiktirafan.
Sangat penat tapi puas hati sbb capai target.





:)

Saturday, July 02, 2011

terkena sekali lagi

Semalam bersamaan 1hb julai merupakan cuti hari buruh buat aku.
Orang lain cuti hari buruh lain masa. aku je unik.
Bila ada masa free camni aku mula bersiap2 utk keluar
Peluang utk berjimba jimbaan tak datang selalu
Aku segera membuat perancangan drastik yg rapi

Utk tidak menampakkan diri seperti super bongek
Sbb bila keluar sorang2 mulalah seperti looser bila melilau2 dalam mall kan?
Gila apa nak keluar sensorang? muka dah lah nerd mcm sungguh kasihan
Tak sanggup rasanya nak mkn popcorn sorang2 dalam wayang lg satu hal
Aku tanpa membuang masa terus ambil telefon
Aku halo2 lah sepupu aku yg tak kurang bongeknya utk menemani aku
Sblm aku ajak dia aku dah kaji ttg cuti tahunan dia.
Sebagai seorang pembantu rumah sepenuh masa.
Dia bebas saja utk keluar pada bila2 masa asalkan dia bijak membahagikan masanya.
Lagipun dia kerja ka situ kontrak je selama 4bulan.
Walau disiplin dia tak bagus mana, tapi aku yakin dia takkan dibuang kerja.


Kami pun keluar lah berjimba ke sunway piramid.
Alkisahnya excited nak mampus lah nak tgk sekali lagi
Alaa filem yang Sam, Lisa dan Mia berlakon tu.
Aku sebenarnya faham cerita tu genre sedih.
Tapi aku jugak confuse apesal aku ketawa2 dgn sepupu aku tgk cerita tu.
Jadi aku andaikan yang pengarah gagal membuat emosi aku terganggu.
Cerita sekali lagi bagi aku tersangatlah simple nak mampus.
Jalan cerita yang terlalu mudah.
Come on lah metrowealth, buat sesuatu yang berbaloi sikit untuk orang tgk.
Filem yang terlalu mudah macamni, penonton tak tgk pun boleh tahu ending.
Sebenarnya aku frust ye sbb aku jangkakan sesuatu yang lebih.
Sayang kot pelakon dah best tapi cerita lalalalala je ye.

********************************
Dan cerita yang kedua nak cerita pasal najwa latiff.
Alaa artis youtube yang suka buat cover2 lagu orang tu.
Dan aku sangat suka dia ye.
Semua lagu yang dia nyanyi semua jadi sedap okay.
Akakk suka. Siapa tak tahu siapa dia kasihan sungguh.
Ini antara beberapa video cover dia yang aku suka.


ohnajwa.sayasukaawakpunyacaranyanyi.
abah.tolong.ajar.inda.main.gitar.skrg.jugak.
dulu.abah.ajar.inda.buat.lalalala.
kalo.tak.inda.mesti.dah.jadiartisyoutube
abahmmgbacablogindakan?