Thursday, September 30, 2010

Magiknya Magika


MAGIKA arahan Edry Abdul Halim

Diana : kakak@ayu
Fimie / Shazlan : adik@malik
Ziana Zain : nenek kebayan
Maya Karin : puteri bunian
Ning Baizura : puteri gunung ledang
Vanida Imran : mahsuri
Aznil : pak pandir
Raja Azura : mak andih
Mawi : badang
Senario : hang tuah & the gang
M.Nasir : naga tasik chini
Amani & Aleya : bawang merah & bawah putih
Nabil : orang minyak
Zaibo & adik hadziq : nujum pak belalang & belalang
Marsha Milan Londoh : puteri santubong


filem muzikal pertama arahan Edry Abdul Halim.
lagu2 yg ada dlm cerita ni mmg tak mengecewakan. 
aku paling suka lagu puteri bunian@maya karin tajuk gebang. 

jalan cerita menarik gila.
suka part ning baizura & bendaharanya!
dah lama sgt tunggu cerita ni kuar.
mse tgk trailer die pun dah excited gila.
berbulan2 dah sejak tgk iklan awal2 tahun dulu
minggu lepas berpeluang tgk dan puas hati sgt2!
tak sangka Edry punya cerita lebih best dari abang2 dia.

siapa yg blom tgk tu pegilah tgk!
bole tak nak request nak pegi dunia magika ni?
rasa macam nak tggal kat sana lah.


terima kasih kepada beliau yg sudi blanja tgk wayang. nnt blanja lg ok! hihihi

Friday, September 24, 2010

Reunion Kecil Kecilan

Ini cerita sudah lama berlaku dan baru teringat nak update. Dan sbb tlalu lama makanya aku blur blur tak tahu nak cerita ape. Entah mane peginya kehebatan aku dlm karya penulisan bahasa melayu ini . Jgn nak buat muka aneh pula baca pengakuan aku. Sememangnya aku dikenali sbg highest bm sewaktu di sekolah menengah dulu. Kesal juga bila sambung pelajaran di peringkat diploma subjek bahasa melayu tak ada pula
kalau tak mesti aku dapat meneruskan kegemilangan aku. Aku cuba utk becerita seringkas mungkin tp lihatlah sendiri..lihat? ada saja ayat yg muncul difikiranku. ada saja ilham. Tak sangka masih ada lagi skill highest itu cuma mgkin perlu di asah sedikit.

Aku tak mahu merapu lagi. siapa mahu awet muda? mahu sihat? Jawapannya belilah susu kambing hi goat.
juga masih lari tajuk. marketing aku sntiasa ada di mana2. Cerita sebenarnya, bulan ramadhan tempohari.
aku dan juga beberapa ex coursemate ade membuat sedikit re u ni on (bak kata sam dlm adnan sempit).
reunion diadakan  di mid valley merangkap buka puasa sama2. tp tak sampai 3 jam pun jumpa dan terus balik lepas tu. Ini antara gmbar2 jutawan hi goat bersama excoursemate nya.


Kenapa dalam smua gambar muka aku nampak sama? mgkin aku masih blum biasa pkai tudung syria. agakla kejang muka aku di situ.moga dapat jumpe kalian lagi. dan selamat maju jaya juga buat smua dalam pelajaran mahupun pekerjaan. 3 tahun kenangan belajar di shah alam mmg manis sehingga aku jatuh cinta pada dunia marketing. :)


Sekian entri kali ni. akhir kata, siapa mahu beli susu kambing carilah aku. 

Tuesday, September 21, 2010

Kalian kalian =)

Wahai si zaza yg pemalas. sila update blog kamu..update lah kamu..update lah kamu...(suara blog memanggil2 aku minta di update. logo orennya bermain2 diruangan minda minta dijenguk. mungkin ia rindukan ku. rindu untuk mendengar ceritaku..aku juga rindukan mu wahai MR.Blog...jadi malam ni aku nak bersembang dgn mu. Mari mulakan penceritaan)


Pertama sekali nak ucapkan selamat maju jaya buat dua org teman iaitu dibah paibatan & cik gel geli. Sila berlajar bersungguh2 ye kalian. Buat yg terbaik utk peperiksaan akhir yg akan menjelang. cepat2 cuti juga dan kita perlu aim 1 lg restoran utk perjumpaan yg seterusnya. (','). sila lihat gambar di bawah. yg sebelah kiri itu adalah cik gel geli. beliau sgt garang. jauhi beliau ketika lapar. yg belah kanan tu pula cik paibatan. seorang yg kaya raya. anak tan sri oke. hampir smua pertemuan beliau yg tanggung. (aku cuba psiko sebenarnya)

Mmg aku sengaja cari pasal pilih gmbar ni. ni gmbr nampak mcm masih muda.
Sesuai utk menunjukkan yg uolss masih belajar. sila rate jika suka.


Keduanya nak cerita tentang seekor binatang. aku nak tanya bole tak kalo aku nak bela seekor panda kat umah. tlg la gubal undang2 bole tak. asyik2 bela kucin je. cube kalo korg dtg umah aku, tengok ade panda main dlm beranda. tak ke rock camtu? baru lah beijing! memandangkan iklim umah aku masih sama mcm iklim di malaysia. aku nekad utk melupakan je niat aku ni. Tak dapat bela panda pun takpe lah, tp aku nak beli lah smua benda2 ni yg berkaitan panda ni. setakat ni dah ada kumpul sikit2.. kalo ade sape2 jumpe tlg roger aku lah. aku mahu buat koleksi. lebih afdal kalo tolong beli dan bg sbg souvenier. kan lebih manis. :)

Pendrive

Telinga aku akn lebih comel..owwhhhh!
Nak request mira n dibah utk adiah bufday tahun depan. selesa ni duduk.
Mudah utk bwk laptop. mcm budah2? kesah plak aku?
Buat pkai2 di rumah
pasti dapo aku akn lebih berasap lepas ni. semangat weh nak masak!
ommo..telinga aku akn nampak comel
aku tak kan pkai jgn risau. aku simpan utk ank aku nnt.

Ketiganya, ini utk seseorang budak degil. beliau ni mmg degil dan pemalas malah gemuk. tp nak ucapkan terima kasih byk2 kat dia utk sesuatu  yg sgt istimewa. tak tau nak ckp mcmana. tp sumpah terharu sebenarnya. dah lama nak, tak sgka...tp ego btul nak ckp face to face. kalo anda jumpe ucapan ini satu ari nnt, ini mmg untuk anda.


lakaran beliau bkn nama sebenar ~i love you~

Saturday, September 18, 2010

Macam Mimpi

rasa macam mimpi lah
kenangan manis lalu
berulang kembali
*mari senyum uolsss*


HeheheheheheheheH

Thursday, September 09, 2010

Mira Diba Nana

Fuhhhhhhhhhhhhhhhh! mengeluh panjang aku sepanjang minggu ni. Almaklumlah tinggal lg beberapa hari nak raya ni. sakan lah aku sibuk ke sana sini. Semua sebab nak cari barang2 utk raya. Bkn setakat utk diri sndiri je, utk keluarga, utk anak buah dan juga utk rumah. AKU SANGAT SIBUKKK! (rasa nak menjerit)


HUDUH
Di saat aku tengah kemas beg nak balik kg. aku mendapat satu ugutan. Bunyi macam cemas kan? mmg takut pun. aku di ugut oleh dua kawan baik aku. Beliau merupakan top follower aku! beliau juga adore dan admirer aku sgt2. Aku telah di ugut update blog. katanya rindu nak baca karya2 aku, sampai ugut takde mood nak raya kalo tak baca cerita dr aku. Biarlah aku rahsiakan saja siapa identiti beliau.

Berbalik kepada cerita asal. beberapa hari yg lalu, aku dan juga teman2 ada membuat sedikit reunion kecil kecilan. Ia merupakan reunion tertutup yg cuma dihadiri oleh 4org ahli sahaja. Walau sikit tp tetap bising ok. sumpah bukan aku yg bising. Dulu kan kami ni semua duduk dekat2 je. jiran2 setaman gitu. Mereka adalah amira , dibah dan nana. si admirer aku tu muka dia ada iras2 dibah. Mungkin kebetulan shj. dalam dunia kan ada 7org muka yg hampir sama.

zaman paleolitik muka huduh
Berbalik kepada cerita pasal cerita asal. Lepas abis je sesi persekolahan atau abis sekolah semua pun pindah
semuanya belot dr menjadi jiran aku. Mereka mengamalkan gaya hidup kaum nomad. Kalau dulu tiap petang bole jumpa lepas abis sekolah. Sekarang 1 semester jumpa sekali je. Manakala si nana pula cuma berpeluang jumpa 4semester sekali. hahaha! tak payah la ambil kalkulator kira pulak.

Dah nama pun perempuan. kalo jumpa apa lg kan. Cakap smpai nak abis suara, gelak tak igt dunia dan tgkap2 gambar. Mula2 tu pegi bazar putrajaya beli makanan, si amira yg bertindak sebagai pemandu pelancong telah membawa kami ke satu lokasi. sapa nak dating boleh la PM2 aku, lokasi sgt menarik..
hahahhahahaha! Ini antara hasil2 gambar dr photographer terkenal ASIA tak perlu dinyatakan siapa nama beliau. Sekian saja.
AKU bersama mambang2
Makananssss
Vandalisme
Mambang mambang

Wednesday, September 08, 2010

Polis oh Poklih

Jenuh berfikir apa tajuk yg paling sesuai utk entry kali ni. Dan aku rasa ni lah entry paling segera aku update sejurus selepas kejadian sbb aku tengah emosi sgt ni. taip juga dgn penuh emosi. Ye kejadian ni sangat bangang sebab aku kena tahan dengan polis pada pukul 2.15 malam bersama dengan kakak aku. Dah la dua-dua pun perempuan.

Ceritanya mcm ni, dalam pukul 10mlm, aku dgn kakak aku nak pegi ke NILAI 3. mmg takde keje kan pegi lewat2 malam nak cari brg rumah. kononnya! mujur lah dapat ape yg dicari. lepas siap beli brg di NILAI 3, kami tak pulang ye kawan2. Aku dan kakak aku meneruskan destinasi ke DOWNTOWN bangi. nak rasa suasana raya punya pasal. jalan berdua je, bsok  pun tak keje. ape ade hal balik lambat sikit kan. :). Lepas je siap tawaf downtown 2x, beli brg sikit pastu pulang lah kan. dalam pukul 2pg masa tu. Selama ni kalo balik mesti ikut hgway! hari ni mmg mati2 tak nak ikut highway. Kakak aku pun sokong aje!

Aku pun balik lah ikut Jalan Reko ke Pekan Kajang. Nak jimat masa punya pasal, sampai kajang tu aku pegi lah membuat kesilapan yg keji padahal tak lah keji sgt pun. Aku potong jalan di garisan double line. Kakak aku pun slumber je suruh aku buat lipat kat tengah-tengah jalan tu kan. Ini lah fungsi beliau. lgpun langgar sikit je pun katanya dan jalan lengang je. Tapi rupa-rupanya polis dah standby kat depan dan for sure lah aku kena tahan. Tak payah la tahan kete aku ketepi pakcik polis oi! malu sgt2 lah!

Berikut antara dialog aku dengan polis.

Polis 1 : ketepi..ketepi..ketepi...padamkan lampu kereta kamu. tahu apa kesalahan kamu? tahu kenapa kamu ditahan?

AKU : OH. SY TAK PASTILAH. SEBENARNYA SY MMG TAK PASTI JALAN TU TAK BOLEH KE KANAN SBB DULU SY DUK SH ALAM. SY BARU JE BALIK DUK KAJANG NI.

Polis 1 : skrg jgn banyak cerita keluarkan IC dan lesen kereta.  ni dari mana ni? peraturan jalan raya pun tak tau? sebelah tu siapa?

polis 1 : skrg yg bwk kereta keluar skrg. jumpa dgn polis kat sana. ada taklimat sdikit ttg peraturan jalan raya dan tgk la lepas tu kena saman atau tak.

polis 2 : tahu kenapa kena tahan? dah dapat lesen brapa lama? nak kena ajar peraturan jalan raya? dah dapat lesen brapa tahun?

AKU : SEMUANYA DAH TAKDIR. HATI SY TERGERAK UTK IKUT JALAN NI SY REDHA. (sumpah kakak aku ajar cakap camni)

polis 2 : utk bg peringatan sy terpaksa saman awk rm300. ni supaya awk tak buat lg kesalahan ni.

AKU : EH. JGN LAH. NI BARU KALI PERTAMA SY BUAT KESALAHAN. BG LAH AMARAN DULU. JGN LAH TERUS DENDA.

polis 2 : ni utk pengajaran lah. skrg buat apa? blajar? PTPTN ada lg?atau dah kerja?

AKU : DAH ABIS BLAJA. PTPTN PUN DAH HABIS. TAK KEJA LG. TAKDA DUIT NAK BAYAR SAMAN.

polis 2 : suruh lah ayah byrkan. bukan byk pun. lgpun nama ayah ada SHAH lg. nama ada pangkat ni. (Dasar polis kuat memerli)

AKU : NAMA JE MACAM KERABAT TP ORG MISKIN. ABAH PESARA. BUKAN ASKAR @ TENTERA. MANA ADE DUIT NAK BYR SAMAN.

polis 2 : Ni bwk kereta sape ni?

AKU : NI KERETA ABG IPAR. DIA DAH LA GARANG! TLG LAH EH, TAK PYH SAMAN. TLG LA YE TAKDE DUIT NI.

polis 2 : Kalau sy tak saman, janji buat lg tak?

AKU : TAK! TAK BUAT LG. NI PUN KETE PINJAM. MANE ADE KERETA SENDIRI. MACAMNE NAK BUAT SALAH LG SEDANGKAN KERETA PUN TAK ADA. KAN? ABG SY POLIS (takde kena mengena lgsg)

polis 2 : ok. pandai awk eh. ketawa sy. dah amik lesen ic ni smua. pegi balik. lg 1, abg polis takde kena mengena kan? awak buat salah tetap slah kan? hahahha!

AKU : YE. MMG. SENGAJA BGTAU. TERIMA KASIH YE ABG POLIS. TERIMA KASIH.  :)

polis 2 : kenapa awk? nak cepat? takut?

AKU : TAK SELESA. SEMUA LELAKI.

(smua mereka ketawa mcm la aku tgh buat lawak. aku serius kot!bongok!)

Sudahnya aku pun balik lah kan dgn megah siap angkat tgn kat semua polis kat situ. yang bengang tu. ramai kot yg kena. tp semua lelaki. aku sorg je perempuan. dan aku sorg je yg kena siasat mcm ni. lelaki lain boleh je blah terus. tapi takpe lah. bila lg nak kena tahan dgn polis.Sampai rumah dalam 3 pagi kot nasib baik tak kena saman kalau tak mesti abang ipar aku marah.


yeeeeehaaaaa!

Sunday, September 05, 2010

Bila Rasaku Ini Rasamu

Hidup ini memang seperti roda, kadang di atas dan kadang di bawah. Ini mmg lumrah dan fitrah manusia. Kalo semalam ketawa mungkin arini sedih, kalo semalam byk ckp mungkin arini diam seribu bahasa. Kalo smlm berdua mungkin arini sorang dan kalo smlm sihat tp mgkin arini sakit.

HIDUP INI PENUH DGN 1001 PERSOALAN



Ya. mmg itu fakta. Hidup mmg tak belajar apa2 kalo tiada persoalan dan dgn persoalan inilah kita berusaha mencari jawapan yg kita kenal sbg pengalaman. Yangg buat kita penat bila setiap persoalan yg muncul
tak pernah kita nak luah sbb kdg kala kita memilih utk simpan. Kenapa?



Perasaan hati yg bercampur baur. Rasa nak happy tp tak tau nak happy dgn sapa. Rasa hati sedih tapi tak tau nak nangis dgn sapa. Rasa nak igt seseorg tp taktau nak igt siapa. Rasa mcm nak marah tp tak nak marah siapa2. Rasa mcm byk bnda nak bercerita tapi tak tau nak luah pada siapa. Rasa mcm nak berjenaka tp tak tahu siapa nak dgr. Rasa smuanya lain kan?



KALAULAH ...kalaulah kita igt ape kita ada smlm, kalaulah kita igt mcmana kita gembira smlm, kalaulah kita igt mcmana kita dulu. Tapi tu smua kalau skrg smua dah lain, sy tgk anda anda dan anda di sana, bezanya skrg tanpa saya  :'(


Suratan atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan

Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan

Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan

Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini

Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan





Wednesday, September 01, 2010

Iceroom Yang Cool


Harini aku nak cerita tentang sebuah kedai aiskrim
Nama kedai ni ice room
selama ni suka sgt sebut pkataan "cool"
sekali dpt lepaking kat kedai ice room ni
pkena ais krim & ice blended dia
barulah dapat rsa cool yg sebenar :)


kira ni 1st time la aku menjejakkan kaki di sini
terpikat dengan warna cat dia
fully hijau nampak segar sgt
konsep susunatur dalam kedai jugak best
dari segi hg aku rasa bole bla lg
bawah sepuluh ringgit.
dan ice cream ia besar2


motif aku tulis ni ape lagi
nak ajak kenkorang yg baca ni g lepak situ la
ape lagi kan
jadi anda selaku f, bf & bff 
juga yg seangkatan dgnnya
marilah kita pegi ice room
blanja aku pun bgus jugak. :)

hijau yg segar!

menu2 ice cream


menikmati
nak jugak bgambar
peace to ice room