Saturday, July 28, 2012

Bro's Engagement



















Fuhhh penat menunggu gambar di upload. Dan akhirnya ini je yang termampu di edit dan di letak dalam blog. Ni abg aku yang nombor dua dan aku panggil yang. Bertunang bulan June haritu tapi baru sempat nak update. Dan cuma nak ucap selamat bertunang yang. Semoga hubungan berkekalan selamanya. Dan moga kenduri yang bakal berlangsung hujung tahun ni berjalan lancar. Amin.

Wednesday, July 25, 2012

Bunkface

Dulu...

Kini...

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan


Setahun berlalu dan ramadhan muncul lagi. Syukur alhamdulillah masih berpeluang berpuasa tahun ni walau tak boleh puasa esok kan. Herghhhhh. Oh btw, aku nak ucapkan salam ramadhan buat semua kawan lama, kawan baru, kawan tempat kerja, adik beradik, sepupu-sepupu terbaik dan juga buat bekas kekasih hehe. Semoga ibadah kita diterima Allah SWT. Amin. :)

Wednesday, July 18, 2012

Rabu - Tak Bercakap 3

Sampaikan Salam Cintaku - Adira Sampaikanlah salam cintaku padanya Walaupun terluka namunku merindu Kerana cintaku tiada akhirnya Walaupun kau telah menghancurkannya Sampaikanlah salam cintaku padanya Walaupun sengsara namunku masih sayang Kerana cintaku mewangi dan harum Walau tercampak di mana jua Andaiku tiada, andaiku pejam mata Biarku abadi, cinta yang setia ini Biarpun kau jauh, sambutlah salamku Kerana aku masih menyayangimu Tidak pernah aku membenci dirimu

Sunday, July 15, 2012

Ayam Penyet

Malam ni aku lapar sangat, disebabkan terlalu lapar, jadi aku nak update entry tentang makanan kegemaran aku. Aku tak tahulah kenapa aku suka sangat makan Ayam Penyet. Boleh kata kalau dapat makan tiap hari pun takpe. Aku terlalu suka dan selagi ada tempat, kedai yang jual Ayam Penyet akan aku gagahi untuk cuba. So harini aku nak share sikitlah tempat2 yang aku dah makan.

Memandangkan aku duduk area Kajang. Aku banyak cuba Ayam Penyet yang area dekat2 sini jelah takdelah sampai sanggup ke Sentul contohnya sebab nak makan Ayam Penyet. Itu obses sangat dah namanya tu. 

Ayam Penyet Wong Solo
Tak dapat dinafikan lagi yang Wong Solo sangat sedap antara semua. Ayam dan sambal dia sangat sedap kot. Tapi harga dia sangat mahal. 1 set nasi dengan ayam sampai RM 11. Tu belum masuk air lagi. Dan air dekat Wong Solo mesti harga sampai RM3. Jadi kadang2 aku rasa merepek betul harga dia. Sup pun tak ada, nasik dia agak lembut mcm berkanji sikit. Tapi kalau dah teringin sangat aku makan jugak walau harga dia agak tidak relevan.

Ayam Penyet AP
Aku ingat lagi, dulu sebelum muncul mcm2 jenis Ayam Penyet di bumi Malaysia, AP ni femes sangat dan amatlah sedap. Sebab ayam goreng dia ada kriuk-kriuk yang krispy tu. Sambal pun sangat sedap tapi memeleh airmata makan. Dan dulu tak banyak branch so aku kalau nak makan kena pegi Bandar Tasik Permaisuri kot untuk makan benda ni. Tapi since dia dah banyak branch, aku try makan dekat Kajang dan Bangi. Agak frust sebab dah tak sesedap dulu sambal dia. Harga sama je dengan Wong Solo cuma dia ada harga pakej kalau weekdays tak salah aku.

Ayam Penyet Best/JJKC
Ade dekat Prima Saujana Kajang. Bagi aku sangat sedap. Ayam dia crispy, sambal best dan plus ade sup. Sekali dengan air baru RM8.90. Berbaloi sangat sebab ayam dia bagi besar gila dan nasik pun banyak. Cuma kureng dari segi tempe yang tak berapa fresh compare dengan tempe Wong Solo yang terbaik. Tapi skrg dah tutup nasib baik dah ada 1 lagi branch dekat area Niosh Bangi. Lepas kempunan.

Ayam Penyet OMG
Satu malam tu aku teringin sangat nak makan Ayam Penyet dan masa tu dah pukul 11malam. Tengok kedai ni buat pembukaan mcm gempak so teringin nak cuba memandangkan dekat dengan ofis aku. So aku pun try la pegi dengan kawan2. Sumpah tak sedap langsung. Sambal entah hapa2. Ayam mcm ayam goreng biasa. Sup tak sedap. Pendek kata memang tak sedap langsung. Kedai dekat Bangi area UKM. Takyah la makan even harga dia just RM5 camtu satu set. 

Ayam Penyet Ria
Baru je bukak beberapa bulan lepas dekat Jalan Reko. Paling suka pegi yang ni. Aku rasa Ayam Penyet yang ni taklah perfect 10 sangat. Tapi dari segi harga dan rasa buat aku rasa yang Ayam Penyet ni sangat memuaskan hati, Sup ada, ayam dan pecal lele dia sedap, garing dia cukup, harga baru RM6.90 satu set. Sambal sedap dan aku selalu sangat makan sebab aku suka rasa dia. 

Jadi bagi sesiapa penggemar Ayam Penyet boleh lah ikut rekemen aku ni. Hehe. Oh btw, kawan aku ada cakap satu kedai Ayam Penyet dekat simpang 3 bangi tu sedap area KTM. Aku belum cuba lagi maybe nextime. 

P/S : Sebenarnya antara ayam penyet Ria dengan Best tu aku confuse sikit betul tak nama dia.



 
Muka semakin penyet disebabkan Ayam Penyet.

Sunday, July 01, 2012

Amiro Amira


Tanggal 18 June muncul lagi. Macam raya pulak pembuka entri. Dah kenapa tajuk dia Amiro? Sebab dia suka panggil aku Hazo instead of Haza ye. Sejak bila dah tak ingat tapi kami selalu gila guna bahasa O ni dalam perbualan seharian. Sampai bf dia pun kami panggil Zol Ezzom instead of Zul Ezzam. Keji tak kami? Kehkehkeh.

Menjadi kebiasaan setiap tahun sejak ada blog, pasti akan ada entry sempena birthday di hari kelahiranmu kan Amira di entry daku menjelang 20 June. Masa taip entry ni aku terkejut, tak sangka rupa-rupanya dah kawan dengan dia ni selama 8 tahun lebih kurang since form 3. Memanglah bukan dari sekolah rendah pun. Tapi banyak je kenangan dulu2 yang aku masih ingat lagi.

Antara kebodohan2 yang sering kami lakukan adalah seperti, membonceng motor seramai 3orang mengelilingi kwsn perumahan yang dibawa secara berhemah oleh Dibah. Skrg ni kalau dibayar pun aku taknak naik bertiga camni. Aku banyak membesar dgn Amira ni sebenarnya. Nak tahu kenapa aku cakap mcmni? Sebab aku penah tinggal dgn dia lama jugak.

Jangan kata tak penah bergaduh, aku rasa paling kerap gaduh dengan Mira ni lah. Dan kalau gaduh, mesti semuanya extreme gila meroyan. Mana taknya, sorang jenis garang dan sorang lagi jenis sensitif. Dari dulu sampai skrg pun masih lagi bergaduh tapi bila dah besar ni dah pandai selesaikan sendiri. Dulu bodoh ya amat, sampai mak abah Mira masuk campur nak berbaikkan kami.

Banyak sangat kenangan muda2 kalau nak diungkit satu2 dekat dalam entry ni takkan habis aku taip sampai besok. Dengan kenangan meniaga burger sama2 dekat Putrajaya, kenangan bercuti sama2. Dulu miskin tegar sebab hingusan lagi. Jadi kalau family dia travel, mereka bawak aku dan kalau family aku travel, aku akan bawak dia. 

Aku harap kita akan tetap berkawan sampai bila2, walaupun kadang2 banyak sangat salah faham yang timbul antara kita. Dikesempatan ini aku nak ucap selamat hari jadi Amira. Do claim your present everytime you see me. Aku bersalah. Hehe. Oh aku rasa aku dah takde koleksi gambar2 baru dgn kau. Keluar tak penah nak snap kan. Herghhh.

Happy Birthday Cikta


 

16 June 2012

Ini birthday yang pertama kali buat aku
Sebab aku kenal cikta ni dalam bulan Disember tahun lepas.
Tahun lepas tak kenal lagi
Pejam celik tak sangka dah berkawan lebih 6 bulan.
Cikta ni kawan office aku
Dan sorylah sebab tak dapat nak celebrate apa2 pun
mcm masa birthday aku dulu.
Keadaan tak mengizinkan masa tu.
Walaupun kenal tak lama 
dan terpaksa berpisah tempat kerja dah lepas ni.
Harap2 kita masih berkawan lagi
sampai bila2 pun sebab kau kata nak kawan dgn aku sampai tua.
Dan dikesempatan ini aku nak ucap
Selamat Hari Jadi!!!