Thursday, September 29, 2011

Catatan Ringkas Aku.

Aku ada banyak benda nak cerita. Memandangkan kawan2 semua jauh2 dan keluarga pula sombong2 belaka (ini tipu). maka aku pilih untuk update di sini saja. Ia sekadar coretan ringkas tetapi aku nak pelbagaikan cerita. Maknanya di sini adalah ringkas dan padat. Sebab aku dah mula perasan yang aku semakin tak berjiwa cerpen macam dulu untuk tulis entry panjang2. Haihh mungkin perlu tukar nama belog lepas ni yang lebih efisien. Baik mari teruskan penceritaan.

1. Kucing.
Aku ada sekor kucin ye yang aku bela bagai menatang minyak yang penuh. Dimandi oleh bibik 3hari sekali. Sampai kakak aku kata anak dia pun bibik tak mandikan. Haihhh. Dah tentulah. Kalau kucin masuk bilik air, bukak shower dan sabun badannya sendiri. Maka terkejut kucin lah kita seisi rumah. Tapi tu bukan kisahnya. Ceritanya sekarang kucin tu dah tak balik rumah 3hari tak termasuk hari ni. Sebenarnya dah lebih 24jam dan aku dah kira layak buat laporan polis. Aku mungkin dah mengabaikan dia beberapa harini. Tapi sungguh tidak adil dia meninggalkan aku. Nama kucin aku ni sungguhlah looser. Namanya nini konon mengikut nama bekas kekasih sebab masa tuh kan kemaruk bercinta. Bila kecundang di tengah jalan, mula lah rasa nak melempang isi rumah yang panggil nama Nini meowww cutcutcut (menjuih mulut stail panggil kucing tu).


2. UUM Sintok. 
Haritu aku diberi task paling mencabar dalam hidup. Aku disuruh pegi UUM Sintok ye weh oleh kakak aku untuk seminar. Ok mencabar gila. Dahla task diberi tanpa notis. Ia ibarat " Ok inda akak nak inda pegi Sintok besok'. Sangat rare dan sarcastic sangat. Aku pun plan last minute dan main petik je sepupu2 yang free untuk temankan aku. Tapi mereka tidur dan berpeleseran saja sepanjang di sana. Sedangkan aku? Gigih menuntut ilmu untuk dibawa pulang sebagai bukti aku memang tekun mendengar seminar di sana. Keajaiban telah berlaku di sana. Aku telah menjadi pasif dan pendiam sepanjang empat hari sebab takda kawan. Ini benar2 terjadi. Aku masih dalam kedaan trauma sekarang.

3. Duit
Aku suka duit dan sangat memerlukan duit yang banyak sekarang. Siapa yang tak suka duit sila lempang diri sendiri sekarang. Memanglah duit bukan segala-galanya, tapi sekarang ni segala-galanya memerlukan duit. Aku kan nak duit sebab aku nak tukar rim kereta. lepastu aku nak tukar pemain dvd dalam kereta dan juga ade lah beberapa aksesori aku nak buat pada timah aku tu. (gelaran manja utk kereta). Lagi satu aku dah tak larat dihantui oleh lawyer celcom. Katanya nak blacklist nama aku kalau aku tak buat payment bil yang tertunggak. Aku taklah takut sangat sebenarnya. Tapi macam cukuplah brmasam muka dengan PTPTN saja. Nnt ada anak. "mama nak celcom broadband boleh tak? senang Ara (cadangan nama anak) nak buat assignment". Takkan aku nak jawab. "nama mama dah kena blacklist dengan Celcom sayang". Oh kemon.

Baiklah aku rasa cukup penulisan aku pada entry ni. Nanti aku akan update lebih detail pasal UUM Sintok. Aku nak sambung cari kucin aku yang hilang. Aku syak dia ikut kucin betina balik rumah lain. Biasa dia. Heppp!

Wednesday, September 21, 2011

Kasih Sayang

Walaupun tajuk entry kali ini macam mintak kaki je. walau orang nak kata aku jiwang ke. walau orang nak muntah baca ke, aku tetap nak taip entry tentang kasih sayang ni. dan apa yang anda faham tentang kasih sayang? sebenarnya kalau sebut pasal sayang, sayang tu senang je nak explain. sayang tu macam oh sayangnya dekat kau. Tapi kalau kita sebut kasih sayang, kita kena fikir sejenak apa erti kasih sayang yang sebenar.

Siapa setuju dengan aku yang perasaan sayang tu boleh hilang dan berubah jadi benci tapi kalau kasih sayang, sampai bila2 pun akan dikenang? Dan benda ni spontan je muncul. Masa bukan ukuran untuk menentukan kuantiti sesuatu kasih sayang. Maksud aku kat sini adalah, even aku dah kenal kau 20 tahun, dan aku kenal dia ni baru 2tahun, tak semestinya aku akan lebih sayangkan orang yang aku kenal lama tu. Sebab kita lebih appreciate siapa yang lebih mengenali kita. Mengenali luar dalam.

Sebenarnya hati kita ni lebih mudah di tackle degan cara macamana orang tu taking care pasal kita. Macamana dia treat kita. Macamana dia bertanggungjawab atas kita. Bukannya sebab kita kenal seseorang tu lama atau kejap. Sebab percayalah, tak semestinya kita kenal seseorang tu lama dia akan lebih memahami kita. Semuanya bergantung kepada cara kita sendiri.

Dan bila muncul perasaan kasih sayang kita tu pada seseorang, ianya sangat susah nak dihapuskan melainkan orang tu dah buat kau terkilan. itupun aku syak kali yang keseratus baru kau meletup. Haihhh itulah anehnya kasih sayang. Dan benda ni sebenarnya yang perlu diterap dalam sesuatu perhubungan. Bukan dalam bercinta semata2 tapi dalam semua ikatan kekeluargaan jugak. Sebab kalau cinta semata2, ia boleh berubah sekelip mata je. Kalau harini cinta, besok tak mustahil jadi benci pun. Trust me, aku penah rasa benda ni.  

Pesan aku, jagalah hati orang itu. Ambil hatinya. Ambil tahu segalanya ttg dia. Ambil berat. Taking care. dan segalanya2. Confirm kau akan jadi kesayangannya yang terbaru. T_T. Dan ada satu lagu ni yang aku suka satu part ni yang aku nak share dengan korang. Meaningful gila. Tapi macam tak sesuai dengan entry je HAHAH. Dan plissss plissss jangan nak buat conclusion kononnya aku jatuh cinta. Tidak ye, Entry ini sangat universal utk semua.

Engkau laksana bulan.
Tinggi di atas kayangan
Hatiku dah kau tawan
Hidupku tak keruan.

Sunday, September 18, 2011

Review Cars 2



Cerita dah tengok masa raya ke tujuh kalau tak salah, tapi baru teringat nak buat review.
Aku pegi tengok cerita ni dengan anak2 buah sahaja ya.
Sbb kononnya nak temankan lah dorg tgk cerita ni.
Dan kononnya dapat review dari sepupu2 cerita ni best gila.
Aku dengan excited mengalahkan budak2 pegilah tgk.
Siap tgk midnite dan kerusi baris depan sekali.
Lepas tu alih2 cerita ni lalalatamplom je.
Serius aku dan anak buah aku bosan mcm nak mati.
Cerita terlalu panjang sampai jadi meleret2.
Kelakar yang ala2 je, baru nak bkk mulut ketawa tp kelakar dah habis. Phewww.
Banyak lagi cerita kartun yang jauh lebih kelakar aku rasa.
Contohnya Madagascar 2, How To Train Your Dragon, 
Shrek Forever After, Kungfu Panda 2, Toy Story 3.
Banyak lagi contoh tapi tak ingat tajuk.
Tapi yang ni serius langsung tak menarik minat aku.
Nak tgk boleh, tak tgk pun takpe. Ok itu je nak ckp. Bai.

Wednesday, September 14, 2011

rabu - tak bercakap (1)



T_T

Tuesday, September 13, 2011

Putih.

Warna putih tu bersih.
Seperti semua sedia maklum
putih itu suci murni dan nampak sopan je kan?
tapi tu bukanlah main point utama aku pada harini.
Ada seseorang dalam kehidupan aku yg sgt kuat aura dia dengan putih.
apa2 je tentang putih semuanya dia
asal kau je putih, asal putih je kau
walau kulitnya taklah putih pun uolsss.
Aku cuma nak bagitau yg aku teringat kat kau ni woi.
lama dah tak jumpa kau kan?
lama dah tak calling kau jugak ni woi.
bila kau nak halo2 aku ni.
tolong jgn bg aku peluang utk terlupakan kau.
okay yang ni aku tipu je.
sbb faktanya tak mungkin aku lupa kau.
sbb...

Sunday, September 11, 2011

Danial dan Amira

sakan update entry on the spot selepas kejadian.
alkisahnya harini aku pegi open house member poly dulu si danial ditemani si amira
si amira pula merangkap teman seteknik danny.
danial ni merupakan satu satunya besties lelaki aku.
ye kerana itu gigih pegi beraya padahal jauh sgt.
sakan penerangan mcm rantaian makanan.

selepas membuat perbincangan dua hala dgn amira,
aku plan nak ambik mira kat rumah dia je then baru pegi rawang.
nak pegi sana makan masa dalam 3 jam sbb sesat larat dan sampai pun dah malam.
bila sampai makan dgn lahapnya sbb mmg pelahap dan penat sbb sesat.
lepas bergelak gelak gemok dan bgambar sepam dua pam,
kami pun bergerak pulang ke tanah air. kbai.




Tuesday, September 06, 2011

Teringin Mempelam


Nampak tak tu buah ape? Itu namanya mempelam yang masih hijau. Pokok depan rumah sendiri. Tapi alkisahnya masa balik raya haritu serius aku tak nampak pun buahnya. Dan bila blk KL, aku pun kan tgk lah koleksi gambar2 raya. Ade banyak lah sgt gambarnya. Demmm! gambar mempelam ni pun ada sekali. Dan aku syak ni sepupu aku yang snap. Dan akibatnya sekarang aku teringin gila nak makan dengan garam. Oh tuhan, dugaan apakah ini. Moga abah baca blog ni dan sudi2 lah kiranya buat pos laju. Aku teringin mungkin sbb aku berbadan dua buncit. kbai.

Monday, September 05, 2011

Review Hantu Bonceng



Ok harini aku nak buat review sikit ttg cerita hantu bonceng. 
Kalo tak salah aku pegi tgk masa raya ketiga. Waktu tayangan nak suspen je 
pukul 12 malam camtu, tgk rerambai dengan sepupu satu rows kami conquer, terus jadi tak suspen 
sbb kiri kanan eh muka kome muka kome lagi lerr sana pun muka kome
Tapi sepupu yg duduk kat sebelah aku serius buat suspen sbb menjerit tahapehape.
ni cerita kelakar la woi. kemonlah kemon. 

Bagi aku cerita bole lah bole lah. Taklah kelakar nak mampus. 
Watak Kunyit kawan baik Amran aka Zizan tu banyak membantu. 
Hantu ade awal2 je pas kebumi semua takde dah.
Padahal cerita panjang lagi so terpaksalah masukkan slot cinta Si Ayu Ucuk n Bebi.
Ucuk dgn Bebi cute sangat kan. Oh peliss lahh.
Overall pegilah tgk cerita ni, sbb satu benda yg pastI
cerita ni better daripada Karipap Karipap Cinta. 
Euwwww T_T

Sunday, September 04, 2011

Selamat Hari Raya


Dah raya yang keberapa entah.
Barulah terkedek-kedek nak buat ucapan.
Sbbnya kat kg macam tak sempat je nak on9.
Jadi marilah kita mulakan ucapan raya seolah2 besok baru nak raya. 

Selamat Hari Raya 2011
Buat semua pembaca belog yang tak semenggah ini.
Buat kaki Stalker juga tidak dilupakan.
Teman teman rapat tak rapat dan sebagainya.
Ampun maaf dipinta atas semua kesalahan. 
Siapa rumah kuah dia kuah kacang ada lagi tlglah jemput aku datang beraya.
T_T