Aku ada banyak benda nak cerita. Memandangkan kawan2 semua jauh2 dan keluarga pula sombong2 belaka (ini tipu). maka aku pilih untuk update di sini saja. Ia sekadar coretan ringkas tetapi aku nak pelbagaikan cerita. Maknanya di sini adalah ringkas dan padat. Sebab aku dah mula perasan yang aku semakin tak berjiwa cerpen macam dulu untuk tulis entry panjang2. Haihh mungkin perlu tukar nama belog lepas ni yang lebih efisien. Baik mari teruskan penceritaan.
1. Kucing.
Aku ada sekor kucin ye yang aku bela bagai menatang minyak yang penuh. Dimandi oleh bibik 3hari sekali. Sampai kakak aku kata anak dia pun bibik tak mandikan. Haihhh. Dah tentulah. Kalau kucin masuk bilik air, bukak shower dan sabun badannya sendiri. Maka terkejut kucin lah kita seisi rumah. Tapi tu bukan kisahnya. Ceritanya sekarang kucin tu dah tak balik rumah 3hari tak termasuk hari ni. Sebenarnya dah lebih 24jam dan aku dah kira layak buat laporan polis. Aku mungkin dah mengabaikan dia beberapa harini. Tapi sungguh tidak adil dia meninggalkan aku. Nama kucin aku ni sungguhlah looser. Namanya nini konon mengikut nama bekas kekasih sebab masa tuh kan kemaruk bercinta. Bila kecundang di tengah jalan, mula lah rasa nak melempang isi rumah yang panggil nama Nini meowww cutcutcut (menjuih mulut stail panggil kucing tu).
2. UUM Sintok.
Haritu aku diberi task paling mencabar dalam hidup. Aku disuruh pegi UUM Sintok ye weh oleh kakak aku untuk seminar. Ok mencabar gila. Dahla task diberi tanpa notis. Ia ibarat " Ok inda akak nak inda pegi Sintok besok'. Sangat rare dan sarcastic sangat. Aku pun plan last minute dan main petik je sepupu2 yang free untuk temankan aku. Tapi mereka tidur dan berpeleseran saja sepanjang di sana. Sedangkan aku? Gigih menuntut ilmu untuk dibawa pulang sebagai bukti aku memang tekun mendengar seminar di sana. Keajaiban telah berlaku di sana. Aku telah menjadi pasif dan pendiam sepanjang empat hari sebab takda kawan. Ini benar2 terjadi. Aku masih dalam kedaan trauma sekarang. 3. Duit
Aku suka duit dan sangat memerlukan duit yang banyak sekarang. Siapa yang tak suka duit sila lempang diri sendiri sekarang. Memanglah duit bukan segala-galanya, tapi sekarang ni segala-galanya memerlukan duit. Aku kan nak duit sebab aku nak tukar rim kereta. lepastu aku nak tukar pemain dvd dalam kereta dan juga ade lah beberapa aksesori aku nak buat pada timah aku tu. (gelaran manja utk kereta). Lagi satu aku dah tak larat dihantui oleh lawyer celcom. Katanya nak blacklist nama aku kalau aku tak buat payment bil yang tertunggak. Aku taklah takut sangat sebenarnya. Tapi macam cukuplah brmasam muka dengan PTPTN saja. Nnt ada anak. "mama nak celcom broadband boleh tak? senang Ara (cadangan nama anak) nak buat assignment". Takkan aku nak jawab. "nama mama dah kena blacklist dengan Celcom sayang". Oh kemon. Baiklah aku rasa cukup penulisan aku pada entry ni. Nanti aku akan update lebih detail pasal UUM Sintok. Aku nak sambung cari kucin aku yang hilang. Aku syak dia ikut kucin betina balik rumah lain. Biasa dia. Heppp!
0 comments:
Post a Comment