Bertuahnya kalau satu dalam seribu menjadi seribu dalam satu.
Apa yang satu dalam seribunya?
Dalam seribu orang nak dapat yang memahami kau cuma seorang je.
Kebiasaannya orang takkan rasa apa yang kau rasa selagi dia tak alami sendiri.
Tapi bukanlah bermakna kau kena mintak orang tu menerima nasib sama mcm kau.
Jadi kau tetap kena teruskan hidup dengan memendam segala rasa.
Selagi boleh pendam, pendam jelah.
Sebab kalau kau luah tapi kau tak dapat respon kau hanya akan jadi gila dua kali ganda.
Kalau betul dah tak tahan carilah pakar2 yang mmg dibayar gaji utk dengar masalah orang ni.
Apa yang kau buat utk tarik perhatian orang?
Balik lewat tiap hari?
Batuk2 sekuat hati sampai nak muntah?
Status2 emosi yang kau update?
Jadi pendiam walhal kau ni banyak cakap?
Sebenarnya apa kau nak buat takda orang kisah lah.
Aku cuma boleh cakap yang ianya tak mengubah apa2 pun.
Jadi kau janganlah kecil hati sbb kan kau dah berdepan dgn masalah yang jauh lebih hebat dari dulu.
Setakat orang tak layan pun nak ambil kisah kenapa?
Tapi memanglah betul sbb makin dewasa makin sensitif.
Sebab bila dah besar barulah ada akal nak fikir.
untied shoelaces
3 years ago
0 comments:
Post a Comment