Tuesday, June 05, 2012

Johny's Restaurant


Kak Aida, Admin dekat office aku letak jawatan sebab jauh sangat nak berulang pergi kerja. Mula-mula dulu tak rapat pun sebab tak kenal rapat lagi. Pernah gaduh besar pun. Tapi kalau tak gaduh takkan kenal hati budi masing-masing kan? Tapi sekarang Kak Ai dan berhenti kerja pun. :(

Sebelum Kak Ai berhenti kerja, aku dengan Kak Ai, Kak Ain dan Cikta keluar pergi makan sama-sama. Bukan taknak ajak semua tapi shift kitorang tak sama. Keluar dengan yang sama shift je sebab masa tu tengah kerja pun. Lama gila pergi break sampai 2 jam.

Pikir punya pikir nak makan apa, lastnya pilih nak makan steamboat dekat Johny's Alamanda. Sebab Kak Ai teringin sangat  nak makan steamboat. So memang nekad gila pergi ke Alamanda. Kiranya ni lastday makan dengan Kak Ai sebelum dia berhenti. 




 :'(

Pergi Saat Indah

Entri lewat pagi ni aku update bukan nak buat drama sedih. Aku tahu tajuk macam sedih. Tapi sebenarnya tu tajuk lagu jelah. Aku ingatkan aku yang ketinggalan, sebab lagu ni dah keluar tahun lepas lagi. Tapi bila aku share dengan kawan-kawan, ramai lagi yang tak tahu. 

Nak dijadikan cerita, kelmarin aku ada tengok satu cerita dekat youtube ni. Macamana boleh tertengok pun tak tahu. Ni cerekarama tv3 akhir tahun lepas yang dilakonkan oleh Tiz Zaqiyah dan Remy Ishak. Kalau nak diikutkan aku memang suka sangat dengan dua manusia ni since Nur Kasih lagi. Tak penah miss tengok zaman belajar dekat Poly Shah Alam dulu dengan housemate setiap petang ye!

Bila keluar cerekarama gandingan dorang berdua, aku rasa puas hati. They did great. Drama ni best sangat sampai mengundang airmata wanitaku. Sakan menangis dan ini memaang dinamakan mental tak sihat Ustaz Azhar Idrus kata. Aku ingatkan aku sorang je mental, tapi kawan-kawan semua pun tegar je nangis. Aku paksa semua kawan tengok. Fewwww! #tepuktepukdadatandahebat

So mari kita hayati lirik lagu Aiman - Pergi Saat Indah yang merangkap lagu tema cerita ni. Aku menung dan terus menung menghayati bait-bait lirik dia. Lagu ni perfect.Tapi macam tragis sangat. Apa yang aku faham, ia macam kisah cinta yang tak kesampaian. Sebab perubahan. Hanya sebab satu kesilapan, hati berubah, masa berubah dan segala-galanya berubah. Dan satu lagi yang aku faham, pencinta ni setia gila menanti dan terus menanti walaupun kecewa sebab dia percaya penghujungnya bahagia. Walau hakikatnya nampak macam si dia dah berlalu pergi pun.


 
Dalam keheningan
Dan hadir bayangan
Kerana percintaan
Yang berangan sesalan

Ku rindu wajahmu
Sejak kau bertamu
Hanya satu dari dulunya
Selalu untukmu

Kembalilah tak ingin
Berulang kisah
Sedetik berpisah
Aku ikut bersalah
Tetap di waktu berubah
Pergi saat indah
Kekasih...

Masih lagi perlu
Mengapa membisu
Ku rayu kepadamu
Luangkanku hatiku

Kita harus menanti
Walau seribu kali
Kemaafan ini
Abadi ke sisi

Tinggal ku sendiri
Merenungi sepi
Fahami hingga nanti
Kau menjadi memori

Ceritera kita
Berakhir segala
Bahagia akan tiba
Suatu masa semula
Oh...oh...ouh...

Bagi aku peluang kedua tak datang selalu. Selalu hargai peluang pertama. Tapi andai dikurniakan peluang kedua, itu maknanya mmg rezeki. Jaga baik2. Oh hoi sedih lah lagu ni. Shaitonnnnn. Aku memang over dalam menghayati lirik lagu. Tiada kaitan antara yang hidup atau mati, yang gemuk atau kurus dan yang putih atau hitam.

Monday, June 04, 2012

Burger Bakar Kaw2

Dalam melalui hujung minggu yang bosan, aku cuti tapi tak ada program nak dibuat. Kawan2 pulak kebetulan busy dan ada yang busy dengan exam week sebab final dah dekat. Jadi aku pun online je dari pagi ke petang dari satu cerita ke cerita yang lain. 

Tiba-tiba, petang tu kak yung ajak keluar dengan abg ipar aku, semua dah sedia maklum kakyung tu kakak sulung aku. Aku mmg tinggal dengan dia dah lama sejak sepuluh tahun lalu rasanya kalau aku tak salah kira. Si petang tu dia ajak keluar pegi makan.

Sana sini orang cerita pasal burger kaw2 yang sangat sedap tu, dan aku pulak baru dapat tahu yang burger kaw2 wangsa maju tu ada bukak cawangan lagi satu dekat puchong. So aku pun gigih la drive bawak kak yung dan abg ipar aku pegi cari burger bakar kaw2 tu.

Tak sangka jumpa pulak, dia dekat area Puchong Utama dekat dengan Carrefour. Tak susah pun nak cari sebab dia ada dalam medan makan Lokas Makana. Masa tu nasib agak baik sebab tak beratur lama sangat, sambil tunggu burger bakar tu siap boleh layan Lai Chee Kang dulu. Sebenarnya banyak je pilihan makanan lain lagi kalau nak.

Okaylah nak share gambar burger bakar kaw2 ni dengan semua readers. Poyo GILA macamlah ada sangat pengikut. Hakktuihhhhh!


P/s : Yang 2 keping bawah tu bukan gambar burger, tu muka aku la tengin.

Sunday, June 03, 2012

1 June 2012

Entry 1 June telah tertangguh update ke 2 June. Ini adalah kerana kesibukkan gaya hidup masa kini. Aku takde isu tergempar nak cerita sekadar nak berceloteh kosong je. Company aku sekarang dah buat rombakan dari segi management. Jadi jadual kerja aku dah berubah drastik. Kalau dulu ada 2 shift malam dan siang, sekarang shift dah combine jadi 1 shift je. So takde dah balik kerja lewat malam. Tapi agak sedih sebab terpisah shift dengan separuh lagi dari kawan2 yang tak sama shift. Nak jumpa pun dah susah sebab time dorang kerja, aku akan cuti. Time aku cuti dorang pulak akan kerja. Huaaaaaaa :(

Bila office dah buat jadual 1 shift je macam ni. makanya aku off banyak hari. Bayangkan jumlah hari bekerja aku tak sampai 20 hari. Jadi masa aku banyak sangat terluang. Bila dah jadi macamni aku rasa rugi sangat kalau aku biarkan je masa yang terluang berlalu. Lagipun sekarang bukannya masa untuk duduk goyang kaki je. Aku sekarang dah la duit tak cukup-cukup. Itu ini semua nak beli. Pantang tengok baju baru je semua mesti nak beli. Memang tak boleh keluar rumah. Tu belum lagi kira bab makan. Aku perlukan duit yang amat banyak ye sekarang.

Untuk memenuhi kehendak yang sangat tiada tolok bandingnya ni. Aku perlu melakukan satu perubahan besar dalam hidup. Akan ada satu momentum yang aku nak buat. Aku rasa sampai umur aku 23 tahun skrg aku belum penah lagi menyenangkan abah dan jugak adik beradik aku. Aku plan nak meniaga. Moga-moga jadilah plan aku kali ni. Semoga jalan aku dipermudahkan. Oh gambar dekat bawah ni sempena bulan June. Terima kasih kepada tuan baju yang sangat cantik ini. Gambar syok sendiri weh. MUNTAH.