Sunday, June 03, 2012

1 June 2012

Entry 1 June telah tertangguh update ke 2 June. Ini adalah kerana kesibukkan gaya hidup masa kini. Aku takde isu tergempar nak cerita sekadar nak berceloteh kosong je. Company aku sekarang dah buat rombakan dari segi management. Jadi jadual kerja aku dah berubah drastik. Kalau dulu ada 2 shift malam dan siang, sekarang shift dah combine jadi 1 shift je. So takde dah balik kerja lewat malam. Tapi agak sedih sebab terpisah shift dengan separuh lagi dari kawan2 yang tak sama shift. Nak jumpa pun dah susah sebab time dorang kerja, aku akan cuti. Time aku cuti dorang pulak akan kerja. Huaaaaaaa :(

Bila office dah buat jadual 1 shift je macam ni. makanya aku off banyak hari. Bayangkan jumlah hari bekerja aku tak sampai 20 hari. Jadi masa aku banyak sangat terluang. Bila dah jadi macamni aku rasa rugi sangat kalau aku biarkan je masa yang terluang berlalu. Lagipun sekarang bukannya masa untuk duduk goyang kaki je. Aku sekarang dah la duit tak cukup-cukup. Itu ini semua nak beli. Pantang tengok baju baru je semua mesti nak beli. Memang tak boleh keluar rumah. Tu belum lagi kira bab makan. Aku perlukan duit yang amat banyak ye sekarang.

Untuk memenuhi kehendak yang sangat tiada tolok bandingnya ni. Aku perlu melakukan satu perubahan besar dalam hidup. Akan ada satu momentum yang aku nak buat. Aku rasa sampai umur aku 23 tahun skrg aku belum penah lagi menyenangkan abah dan jugak adik beradik aku. Aku plan nak meniaga. Moga-moga jadilah plan aku kali ni. Semoga jalan aku dipermudahkan. Oh gambar dekat bawah ni sempena bulan June. Terima kasih kepada tuan baju yang sangat cantik ini. Gambar syok sendiri weh. MUNTAH.


0 comments: