Friday, December 31, 2010

opick dan taubat




Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu

Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa

Ya Rabbi ijinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu

Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku


Sangat suka. Sangat tersentuh. Sangat bermakna. Sangat sedap.Credit  to Opick.

entry 2010 saje

Tinggal satu hari je lagi nak melangkah ke tahun 2011.
Tak tahu lah sedih atau gembira nak tgglkan.
Byk suka duka yg berlaku sepanjang tahun 2010
bermula dari 1 januari - 31 disember  T_T

Kalau direnung2 kan balik tahun 2010 taklah indah mana
rasanya terlalu byk perkara pahit
daripada perkara2 yg manis
terlalu byk masalah berlaku tahun 2010 ni
adakah ini ujian umur 21 tahun?
tahun yg layak mendapat kunci kebebasan.
bagi aku utk melepasi usia 21 mmg tak mudah.


Mmg tidak ada ujian mana2 peperiksaan yg perlu diduki pd usia 21 thn
mcm SPM ke, PMR ke? atau UPSR kan
tapi ujian kehidupan sgt menguji di usia sebegini.
Masa ni lah kena blajar utk buat keputusan sendiri
bergerak sendiri dan masa yg sesuai utk mula merancang masa depan.


Entry ni sgt serius tahu. Jgn ajak main.
Jadi mari kita imbau balik kenangan2 2010

*********************2010*********************



Diploma In Marketing
Julai 2007 - June 2010
Mula2 mmg tak ngam langsung.
Naik Sem 2 jadi sgt2 close.
Sedih gila bila abis belajar ni.
rindu sungguh zaman kuliah even byk pressure. T_T


EX - housemate TTDI Jaya Apartment 2010
bila habis belajar dlm bulan JUNE 10 
mmg sedih gila sbb
terpaksa tgk kprang satu persatu
  usung barang masing2 keluar dari rumah.
Sampai kosong rumah. haisshh. 

Berjaya melunaskan hadiah2 tertangguh 2010 mereka.
 Amira sila tggu ye. Woi dibahh.
 Jgn marah aku kecoh kat sini woi.
 Benda baik xbaik simpan woi.


Dalam byk2 kenangan sedih 2010
Ada jugak yg sgt menggembirakan.
Bulan April 2010 bercuti selama seminggu
di Hongkong + Beijing.


Ini family potret.
Tapi tak complete sbb ada yg tak ada.
Sejak bertahun lamanya mmg susah nak dpt even
sekeping gambar yg sempurna dlm erti kata sempurna sbnrnya.


Tahun 2010 yang sgt sepi 
Byk drama batu belah batu betangkup.
Banyak salah faham yg berlaku
Sedih gila gila gila. T_T
Tak siapa akan faham jd baik simpan sendiri. 


Kesimpulannya bagi aku tahun 2010 mmg sgt2 menguji 
Lot of problemas here and there
Kadang2 sampai dah tak mampu nak tanggung.
Sangat2 berharap tahun mendatang ni lebih membahagiakan.

2011 please please please

Thursday, December 30, 2010

listenING



kau yang bernama cinta.
kau yang memberi rasa.
kau yang ilhamkan bahagia.
hingga ku terasa indah.

                              

I say "Can you believe it?"
As we're lying on the couch
The moment I can see it
Yes, yes I can see it now


Tak mudah ku melupakanmu
Hanya engkau yang ku perlu
Bayang-bayangmu masih menghantuiku
Kamu selalu di hatiku
Semua yang kau mahu



 

Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati



Kita sering nampak derita hari ini, 
tapi kita seringkali lupa kebahagiaan untuk esok hari,
jadi belajar lah untuk menghargai apa yg kita miliki hari ini, 
supaya kita tak sia2kan ia,
kerana kita takkan dapat mencapai kebahagiaan 
untuk esoknya jika semuanya telah tiada. 

.TQ A LOT FOR THIS SONGS.

Tuesday, December 28, 2010

biarkan saja tak bertajuk

Semalam ketawa2 update belog
konon kelakar sgt smpai ketawa xcukup mulut
jadi hari ni mari nangis2 update belog
mcm kucin hilang anak
tak cukup mata menangis mari mari

okay nak tanya semua
betul ke org kata kalo ketawa beriya sgt besoknya nangis?
kalo ikut pandangan aku benda tu takpe
as long as takde yg tegur, maksud aku cmni
korg kan tgh lepak dgn kawan2 ketawa bgai nak mati
lokasi di beranda rumah membe o sape2 jelah
then lalu manusia terus mereka ckp cmni 
("hahh, korg ni..ktwa lg kuat2..besok nangis)
kalo jd cmni dlm real life korg, ok terus je bgkit dan gi lempang manusia tu laju2
dasar dengki nak mendoakn yg tak baik je utk org lain.


tapi ade satu situasi tu lagi plak mcmni
setiap kali bila kita nak dpt sesuatu kebahagia
mesti ade sesuatu harga yg perlu kita bayar.
Maksudnya bukanlah bayar guna wang ringgit.
tapi lebih kepada ade something yg perlu kita korbankan dulu.
mungkin kebahagian kita sendiri. atau perasaan kita sendiri?
sebab kita kena percaya yang kebahagiaan tu akan ada
asalkan kita tak penah give up dgn dugaan yg mendatang
apa yg penting doa dan btawakal ye hadirin dan hadirat sekalian.

Seriously! entry ini bukan sahaja utk umum
Ia juga buat teman teman dan stiap silent reader
malah sudah tentu utk diri penulis sendiri
(ehem ehem penulis ada masalah skrg)
Sebab macamana kita merancang sekalipun
TAKDIR ITU AKAN SENTIASA MENGATASI TADBIR


Apa yg perlu kita lakukan adalah
cuba bersabar dan tawakal dan cuba ikhtiar
sebab nasib manusia tu takkan berubah 
kalo bkn kita sndiri yg ubah diri kita dulu
setiap apa yang Allah turunkan pada kita
pasti ada alasanNya yang tersendiri.


~bertemu tidak jemu dan berpisah tidak gelisah, jika kita sanggup datang kita mesti sanggup pulang~


nukilan : cepat semua bg semangat suruh aku besabar sblm aku meroyan!

Monday, December 27, 2010

dulu merasa jadi artis

Kawan kawan semua yang baca
siapa ingat lagi masa sekolah dulu
trademark buku biodata ni mencetus fenomena kan
pendek kata semua org akan ada satu.
Dan dalam setahun rasa mcm dpt byk gila buku biodata 
kawan2 yg kawan mintak kita tulis 

Hahh, ape lagi kita semua pun tak nak terkecualilah kan
pegi kedai buku pastu pilih buku yang paling unik
kalo bole ada warna2 warni2 setiap helaiannya
kulit buku haruslah keras ye kawan2 semua
taknak kalah ciri2 buku biodata aku kan
aku ingat lagi buku biodata aku warna biru. 
teeheee..


Tak tahulah kan kalo ni hanya perasaan aku je
pada aku siapa yg membesar @ lahir tahun 80an
atau yg dekat2 dengan 80an ni
mesti tak terkecuali dgn fenomena2 mcm ni
contoh mcm buat buku biodata ni
korang nampak ke benda mcm tu wujud lg skrg ni?
susah nak jumpa dah kan.

Alkisahnya dulu dulu mmg tersenyum bila dikenangkan balik
beli buku yg "hahh aku rasa ni mmg sesuai ni sesuai sgt buat buku biodata"
mesti aku punya buku paling cun lah!
besoknye mmg tak menyempat2 selepas perhimpunan
haruslah pass pd membe dok sebelah meja dulu kan
siap bg pesan ("lepas kau tulis kau terus passing2 org lain tau!)
dah ada byk barulah kutip sbb seronok gila dapat baca skali byk terus.
pendek kata dalam setahun tu byk gila lah buat biodata dlm buku kwn2
bila lagi nak rasa artis kan?
kalo bole letak gambar baru lah artis gila.
masa tu jugak lah sibuk nak blajar buat signature.
gila kau xde signature dalam biodata.
tak artis lah kau ni!

Contoh2 ayat pramatang dalam buku biodata dulu2 adelah :

header 
~my personal details / my biodata / ke punk ku one gar this are you (uwekk uwekk)

isi kandungan
~mknn minuman kegemaran (tomyam, fresh oren, jus tembikai &yg halal)
~falsafah hidup (CINTA - cinta itu nikmat tapi awas)
~kawan baik / sahabat (rahsia)
~cita cita (peguam pensyarah penyanyi)
~penyanyi / pelakon kegemaran (mesti siti nurhaliza + rosyam noor) 
 *lisa surihani xde lg masa tu*

footer
~ucapan ("semoga berjaya dlm hidup dan bahagia selalu disamping sidia.)
(semoga bjaya mendapat 5A' dalam   UPSR / 7A' dalam PMR")
~SIGNATURE : kalo bole nak reka panjang2 gila


Tiba tiba rasa nak update entry poyo ni kan
sbb balik kg aritu terjumpa balik buku pusaka ni
abah boleh bantai letak atas meja
jadi macam majalah karangkraf pulak spas sorg2 baca

aku baca nak ktawa smpai berair2 mata
sbb masa tu kecik lagi ayat mmg pramatang
abang2 aku + kakak2 aku baca pun geleng kepala
sudahlah weh jgn baca lg! pastu kalo xckp aku bongok xpe jugak!





nukilan : okay cukup tu. aku nak pegi ketawa guling2 sekarang jugak.

Sunday, December 26, 2010

muhasabah diri

~ Kita akan temui semula sesuatu yg hilang di tempat kita kehilangannya. Sering kali kegagalan memberi kita peluang utk bermula lg dgn lebih baik~ 




~God didn't promise days without pain, laughter without sorrow, sun without rain, but He did promise strength for the day, comfort for the tears, and light for the way~

 

 

 ~When I woke up this morning lying in bed, I was asking myself, 'What are some of the secrets of success in life?' I found the answer right there, in my very room. The fan said, Be Cool. The Roof said, Aim High. The window said, see the World. The Clock said, Every minute is precious. The Mirror said, Reflect before you act. The Calender, Be up-to-date. The door said, Push hard for your goals~

 

 

six dwarfs and me

Pada siapa2 yg baca tajuk di atas jgn ada yg teruja 
konon ingat disney nak kluar kan sekuel utk cerita
snow white and seven dwarfs ke
Atau ada jugak yg beranggapan kononnya
akan ada pementasan teater di Istana budaya yg berbunyi
Puteri Salju dan 6 Orang Kerdil bulan depan.
Sudah sudah tu mari ke pengertian asal ye semua.
Aku adalah seorang makcik muda
Muda2 lagi dah mendapat title makcik
Nak tahu rahsianya? tak ada rahsia pun melainkan kau jadi anak bongsu
dan haruslah ade kakak2 atau abang2 sudah berkahwin.
Automatik akak dapat title Makcik di usia muda.


Sebenarnya 6 dwarft tu maksudnya mcm budak kecik
Aku ada 6 org anak buah hasil kerja 2 kakak aku.
Abang2 masih teruna tang tang belum kahwin (cehhh cehh)
Setelah aku belek2 kronologi entry2 aku sebelum
OH MY GUCCI!!!
Langsung haram aku tak penah publish entry pasal mereka2 in.


Aku ada 6 anak buah tp yg selalu dekat aku 4org je sbb
aku mmg tinggal dgn mereka since yg sulung aka abang 1 tahun lg.
Yg lagi dua tggal kat Klang
Jadi mari perkenalkan satu persatu melalui teknik pengimejan!

                              
Terima kasih kpd prop yang dihadiahkan oleh mira n dibah ia byk membantu pose. 
1st day buka plastik ni tahu. Teehee..

** Abang - 9 Tahun **
** Kakak - 7 Tahun **
** Adik    - 6 Tahun **** Bebi    - 3 Tahun **
(seriusly dia bahasakan diri die bgitu)


** Ayoi - 6 Tahun **
** Alea - 3 Tahun **

Ini pula sebahagian gambar mereka ketika kecil dan skrg ini.
Susah payah aku meng-editnya.
Hopefully mereka dah besar nnt mereka ade belog lah
Tlg jd follower cuk tau tau tau.

cuk - nama timang timangan yg diberikan ank buah.
 
si kakak dan bebi masa kecik + dah besar

                                                    
  Pemilihan gambar secara random. 
Budak nama alia tu mmg tak berminat dgn sapa2. 
Jadi kau akn rasa diri kau dah bjaya even dapat snap 
satu je. satu je. eh dua kali pulak.

Rasanya ni entri plg lama aku taip. Gila penat selongkar gambar2 lama + nak kena edit. Tp kalo dah kau hebat semuanya bole. Apa yg aku nak cerita sikit ni perihal mereka. Tau jelah kan budak budak ni ada macam2 gelagat. 


Antaranya Si abang mmg lasak gila smpai ko akn rasa pressure dan penat gila smpai rasa nak nangis jaga dia. Kau jugak akn slalu gaduh dgn dia sbb dia xnak dgr kata. Tp bila dia dah siap makan dan ready nak pegi sekolah die lah satu2 nya yg akn lambai aku dan ckp "Cuk abg pegi sekolah babai babai"     
dasar makcik muda tersentuh aku sob sob sob)


Si kakak of cos tak susah nak jaga pun. Suka menolong dan jarang gaduh. tentulah die sbb dia ni roomate aku. haha! paling susah nak suruh makan dan tido. Korang tak pelik ke? Dia ni tak tido siang pun lantaklah kalo satu rumah tido skalipun dan bukan suka mkn. Kalo terpaksa makan jugak just nak nasik+kuah. (say no to ayam daging ikan)

Si adik plg senang nak jaga, hobi di masa lepang tido je. kalo duduk kejap kat sofa 4sure dia akan tertido terus. Dia pendiam skit tp ada sense of humours. Contohnya aritu aku terdengar dia main dengan bebi dan bebi tarik2 dia. nak tau apa dia ckp? "lepaskan aku sayang" (dasar pengaruh drama melayu)


Si bebi ok je. Tak meragam dan takde masalah nak jaga. Tp byk pkataan dia kne blajar lg. cth : bg dia makan kari ayam + kentang. die nak mintak kentang lg tp dialog die "cuk bebi nak kaki lg" (tettt sengal)


Si ayoi, jumpa skali skala je. Tp yg bestnya bila kau dtg skali umah dia, dia punya sedih kau bila kau nak blk nnt. Anything yg kau die die akn sgt2 appreciate sgtt. eh eh asal ayat mcm lahabau? ok semula *ayoi ni kan kalo aku pegi umah dia msti die akn nangis dan tggu je aku kat tgkap kot2 aku dtg blik.Dan anything yg aku bg dia akan jaga + terharu gila2.
(sekali lg*dasar naluri makcik muda sungguh)

Si alia, mmg takkan pandang aku sebelah mata. haha. dia tak berminat. Hanya ibunda dihati.







Nukilan : Tak sah rasanya kalo tak letak gambar sendiri yg kacak. Rasa tercabar lah kekacakkan kan?Blog wa, wa punya suka la.Peaca.







Saturday, December 25, 2010

anugerah skrin 2010 review


Sebagai seorang yg lapang, segala program tv kau akan hafal.
dan bila dah hafal haruslah update di twitter.

kesimpulannya...

Aku mmg lapang, jadi dah alang2 lapang
aku pun cuba memenuhi aktiviti malam aku
dgn menonton ANUGERAH SKRIN 2010. 
Hok aloh, baru je kejap td abis dan
disebabkan aku masih free jadi aku pun
memilih utk meng-update belog.

anugerah yasmin ahmad - shaheizy sam
(oh bebeh, dulu die ni berlakon org xigt pun, tgk gitu2 sepintas lalu je.
hambik kau skali die dpt anugerah plg tiptop. suka suka (
*maksud aku aku rasa double suka die menang bukannya maksud ayat aku eh eh suka2 je kau menang)
 TeeeHeeee

~pemenang drama~
drama terbaik - antara garisan
drama rantaian terbaik - nur kasih
pelakon lelaki/wanita terbaik drama - fauzi nawawi/noorkhiriah
pelakon pembantu lelaki/wanita terbaik drama - isma yusoof/fadzilah mansor

~pemenang filem~
filem terbaik - muallaf
pelakon lelaki/wanita terbaik filem - bront palare/syarifah amani
pelakon pembantu lelaki/wanita terbaik filem - aaron aziz/nur fazura

**Pengacara pengacara
Gandingan Awal dan Vee (ist time kot)
Nampak serasi dan permulaan yg baik
Mula mula tu ade jugak unsur sense of humour (klakar jugak)
tp bila dah tgh smpai abis mcm dah kureng je.

**Pemenang pemenang
Itu semua antara kategori+pemenang malam td
aku pilih secara random je yg mana aku minat.
Keseluruhannya rasanya aku xde masalah dgn semua pemenang,
tp filem MUALLAF menang 2 anugerah.
Masalahnya aku xde tgk lg pun filem ni, dan aku confuse lah
sebenarnya filem ni dah tayang ke belum sbb dah lama gila kot aku tunggu.

**Persembahan persembahan
Dari segi persembahan pula rse mcm xde je
Macam bole dikira je bpe persembahan ke aku yg tetido?
Yg persembahan lagu cinta tu kemain lg ramai tau.
aku rse biase je pun ramai je lebih. (xtahan si akma pun ade)

**Penyampai penyampai
So far semua okay je lah biasa2 je pun
Yg paling ok dan xbosan gandingan Datuk Aziz Satar + Erra&Eja
Masa gandingan Lisa+MiaSara+Sein pula tgk mcm kelam kabut skit
sbb si Sein kena dukung Mia kejap dukung kejap turun.


Sekian review dari perspektif aku. tiba2 jadi skema bila ulas isu2 hiburan tanah air. terserlah sifat keartisan kau zaza. cissss!

Thursday, December 23, 2010

ade ke smlm publish xletak title

hari ni mmg ade rse nak stalker blog kawan2 dgn lebih obses @ dlm erti kata lebih detail hingga ke akar umbi. then terjumpe la tagged ini di belog jeng jeng jenab maafkan daku enab kerana baru menemui tagged mu ini. jgn kau palitkan kesalah dibahu ku dgn menuduhku tidak membaca belog mu. sebagai artis, kau seharusnya mengerti. aku baru balik dari shanghai. aku dipilih tahun ni sbg wakil. tp tlg jgn samakan aku dgn melah, eh melah adik dibah. maksud aku mila. skrg baca jawapan2 artis aku ni.

1.Apa benda paling penting dalam hidup anda?
 benda : telefon bimbit pintar mungkin. (dalam smua situasi kot hp mmg penting)


2.Benda terakhir yang dibeli menggunakan wang sendiri?
   kereta nissan fairlady. cehh sah sah tidak bercakap benar. erm, rsenye tshirt beberapa    hari lepas.


3.Lokasi perkahwinan yang anda inginkan dan tema perkahwinan?
selalu merepek berangan nak kawin di jeng jeng jeng PALACE OF THE GOLDEN HORSEN dengan tema GARDEN. dah cukup2 tu. sekian. 
**tu jawapan artis, jwpn aku sbnrnya aku just nak satu kenduri yg meriah di kedua2 belah pihak, org2 kg sanak saudara dtg dok intai2 pengantin, bilik pengatin haha. wah majmuk sungguh. suka!


4.Adakah anda sedang bercinta sekarang?
soalan tak mencabar lgsg. jwpnnya ye! sy sedang mnjalinkan hubungan dgn seseorang. kami dalam proses mngenali hati budi (hahaha! klise artis sgt)


5.Berapa lama lagi anda akan mencintai kekasih hati anda?
happily ever after. smua org nak kekal sampai akhir hayat kan. amin :)


6.Novel/buku/majalah yang terakhir anda beli?
majalah : remaja dan galaxie
buku : pahrol md juoi
novel : harry potter (tahun lepas)

7.Antara mak dan ayah, dengan siapa yang anda lebih rapat?
both. but but but but. next question pelleasee


8.Namakan orang yang anda betul betul ingin jumpa dalam hidup.
tak mungkin ada peluang. next jugak.


9.Adakah anda basuh baju sendiri?
ye mestilah, sejak azali. masa belajar je anta dobi sbb xckup space nk jemur.


10.Tempat yang betul betul anda ingin pergi
jepun utk bergedik2. mekah jugak haruslah teringin satu hari nnt.


11. Peluk atau cium?
cium. cium apa? ini yg kita tak tahu. soalan tak complete.


12.Tiga benda tentang orang yang tag anda?
byk ckp, suka makan sate dan sgt terer subjek sejarah masa sekolah dulu.



13.Benda yang paling anda sayang dalam hidup?
blackberry, lappy, speaker lappy (teehee) kasut + baju + jam.


14. 5 lagu yang anda suka dan selalu dengar?
xde spesifik. you tube bg dgr mcm2.

15. 5 blogger yang diSUNATkan untuk menjawab tag ini.



enab terimah kasih ye kasi tagged. soalan x klise sgt. xdpt nak jwb over2. haha. 
pada dibah. aku masih berhutang 1 tagged ko kan. nnt aku byr tau. teehehe




pic ni khas utk korg. dah kata artis, jgn lah buat muka heran sgt tgk aku ada dlm poster filem shamsul ni. jgn lupa pegi panggung. target pengarah dlm 10juta kutipa. smua gara2 heroin. heroin mana? tu tu yg kat ats tu. dah dah. jgn tekejut lg.


Tuesday, December 21, 2010

pabila hantu kak limah balik rumah


semalam aku pegi tgk cerita ni
hantu kak limah balik rumah
 komen aku
 cerita ni mmg best gila
 xtahu la nak explain mcana
 yg pasti nak bgtau korg ia best sgt
 dari 10 bintang aku nk kasi 10 jugak
 serius lah mmg best
hari ni nak pegi tgk lg
 tp dgn family pulak la sbb smlm tgk dgn beliau
siapa yg bkn kaki wayang ke kaki wayang ke
there is no reason utk korg tak tgk.

pegi skrg jugak weh!

ini thriller cite kak limah

jalan cerita yg mudah
awie mmg cool ckp loghat perak
dah sah2 die org perak kan?
klakar mmg menjadi
dialog aku paling suka bila timing dorg ckp ce cerite ce cerita 
 
ce cerita ( cuba cerita)
kokak (gigit)
(antara istilah2 yg digunakan dlm cite ni)

LIKE!!!

mimpi indah bertukar jadi rare

sorry... (>,<)

p/s : sepatutnya dari hari tu lg dah update belog tp disebabkan ketiadaan kemudahan internet di rumah ini (merujuk kepada rumah kakak) aktiviti terpaksa ditangguh sehingga ke hari ini. tapi keajaiban telah belaku kerana tiba2 muncul gelombang wireless secara tiba2 menyebabkan aku bjaya mengakses internet semudah A B C (sekadar contoh menunjuk  betapa mudahnya perkara tersebut dilakukan) jadi mari kita mulakan dgn lafaz bismillahhirahmannirahim...

jeng jeng jeng...

Semalam (merujuk kepada 11hb 12 tahun 2011) mmg sesangat lah menyeramkan. ia bagai mimpi buruk yg berlaku tiba2. eh, entri ni tadi taip sblm pukul 12 malam. Alih2 tak sempat publish pukul 12mlm sbb byk sgt pengisian aktiviti tiap kali tgh mood nak update belog. kena itulah inilah bla bla bla...  ( T_T )so maknanya kejadian yg aku nak bgtau ni bkn kejadian smlm lah. ia bertukar secara automatik menjadi KELMARINNN..senang cerita sabtu aritu. kemain over lagi pendahuluan panjang bebeno.

Sabtu lepas aku berpeluang, cehhh berpeluang mcm menang contest pulak kan?! ok brbalik kepada perkara pokok. sabtu lepas aku join event LGTC (lancer GT club) hasil ajakan sidia aka gedempol. event ape?! ia adalah event convoi secara beramai2 dari shah alam ke perak iaitu di FELDA Residence Hot Spring. Sungkai Perak aka negeri tercinta tempat tumpahnya darah semasa aku diberanakkan.

berkumpul di RnR rawang dan perlulah ye meringankan mulut perkenalkan diri memandangkan diri kau tu xdikenali. kemain lg tau aku pura2 ramah. so far okaylah walaupun payah sebenarnya.
memulakan perjalanan ke sungkai. ini drift ye bkn drive. sakan kaki aku menekan pedal break di bahagian penumpang padahal xde pedal pun kan kat tempat sblh pmandu. dasar otak psychology sungguh.
exit tol bidor? eh yeke?! sungkai kot aku lupa. oh bau kampung halaman. rindu org kg. T_T

selamat datang ke felda residence hot springs. dasar hot springs sungguh. jgn terpedaya dgn susana gambar yg kononnya nampak sejuk damai. percayalah sesungguhnya panas lahabau kat sana. menitik peluh jantan. yg penting muka control artis okay. HAHA

muka kena kacak sentiasa.

suasana di hot springs tp ni bahagian coll water. cissss. yg hot water gambar xsempat ambil.

jgn main2 air tu panas gila. tlg lah percaya.


gambar ni seram je aku tgk. nampak misteri. ok jgn lupa saksikan cerita terbaru ahmad idham CHALET 117.

apehal?! kau ade?



org di sana kata muka kami sama. dengan gediknya aku pegi tambah tahi lalat kat muka aku. sila klik utk pemmbesaran gambar.

lepas je setel dinner so sape yg nak balik bole balik, sape yg nak stay menginap pun bole je.  then nak dijadikan cerita aku balik lah dgn pasangan (cehhh) ini bkn cerita seram kelakar ala2 hantu kak limah tu. ini benar benar ye skalin. masa balik kami ikut jalan belakang tp ikut dr sabak bernam sahaja. maksudnya di sini kami masuk melalui tol sabak bernam. sbb pkir ala sabak bernam dah dekat je nak g shah alam nnt. (kononnya) tp haruslah benda yg jadi tu sebaliknya. sumpah aku xnak ikut dah jalan tu malam2! ape perasaan korg kalo korg di sesatkan di dalam satu kawasan hutan yg sama berulang kali selama berjam2 lamanya. lepas tu dalam kawasan hutan tu ade kedai2 makan yg meriah gila sedangkan dalam hutan siapa je yg nak pegi kan? kan? sbnrnya byk lg benda yg blaku dlm tu. mcm bahu kena sentuh dalam kereta. dan haruslah bkn antara kami berdua yg bersentuhan. hishhh korg ni! aku serius tahu. kalo bole aku dah xnak kenang lg ape yg jadi kat dalam perjalanan tu. tp alhamdulillah akhirnya bjaya jugak jumpa jalam keluar walaupun dah nak dekat subuh baru smpai rumah. 



Monday, December 13, 2010

tak sempat.

besok update. haha

Wednesday, December 08, 2010

Bukan Main Lagi

Kalau nak tahu dlm ramai2 kawan. dua org kawan ni lah yg paling sukar sekali nak jumpa. Asal nak jumpa mesti kena plan betul2 dan awal2 (kemain tau uolss ni sibuk) sebaik-baiknya kalo nak jumpa tu kena bgtau awal awal. Kami semua akn check schedule masing bila jatuhnya cuti semester mesti kena cuti semester tau. cuti hujung minggu sabtu ahad mmg tak boleh. Kena msj malam sebelum jumpa, pg sebelum jumpa, sebelum gerak, sebelum mcm2 lagi lah kau dah bangun blum? dah mandi? mandi skrg! ok2 aku lg 15minit kau standby msti tunjuk muka dekat pintu train tau. HAHAHA. itu contoh2 suasana rare telefon bimbit ktorg. aloh aloh aloh aloh sweet sangat mcm nak blind date. Selalunya jumpa mesti sbb birthday. nak smbut birthday cik dibah nak smbut birthday cik mira nak smbut birthday cik inda nak smbut birthday cik haza nak smbut birthday cik zaza. eh! tersebut nama org yg sama pula sampai 3x berturut2. Ade makna ke atau hanya satu kebetulan? kebetulan apa? haaaa ini yg kita tak tahu ni. Sampai bila tak tahu? ini yg kita kena tanya KHIR RAHMAN. 

tak paham lgsg kenapa semua gambar diambil di tempat yg sama kan?!

ini lah kononnya birthday girl. maaflah dibah kami buat 6 bulan kemudian mcm dlm drama pula kan. tp ape2 pun kau suka kan adiah tu? gila kau tak suka. mahal tu. berikat perut aku dah amira kumpul duit. tgk?! dah terbgtau ttg pengorbanan ktorg. jangan terharu sgt tau. T_T
ini amira ramli. update belog bole tak? haishh.
tak acilah bila check2 balik aku je takde gambar pkai spek dibah.

ehem ehem. ambik aura adiah birthday girl. jgn lupa speaker aku nak tu tahu?
20 tahun akan datang. acik ya dgn acik za.

bila next meeting? oh ye..cuti semester akan dtg bulan 4 mgkin. so plan lah nak pkai baju apa dr skrg. HAHA

Kenapa kami ambik gambar slalunya di kedudukan yg sama? jawapannya sbb kami mmg suka duduk satu tempat je dan berbual smpai kering tekak. paling byk perubahan pun cuba alih2 tempat duduk. kau duduk depan aku, eh aku duduk tepi kau, eh kau diri belakang aku, eh kau cepat2 lari nnt masuk dlm gmbar tettt tak sempat dan bgitulah seterusnya. nasib baik kamera skrg tak pakai kodak.