Tuesday, June 05, 2012

Pergi Saat Indah

Entri lewat pagi ni aku update bukan nak buat drama sedih. Aku tahu tajuk macam sedih. Tapi sebenarnya tu tajuk lagu jelah. Aku ingatkan aku yang ketinggalan, sebab lagu ni dah keluar tahun lepas lagi. Tapi bila aku share dengan kawan-kawan, ramai lagi yang tak tahu. 

Nak dijadikan cerita, kelmarin aku ada tengok satu cerita dekat youtube ni. Macamana boleh tertengok pun tak tahu. Ni cerekarama tv3 akhir tahun lepas yang dilakonkan oleh Tiz Zaqiyah dan Remy Ishak. Kalau nak diikutkan aku memang suka sangat dengan dua manusia ni since Nur Kasih lagi. Tak penah miss tengok zaman belajar dekat Poly Shah Alam dulu dengan housemate setiap petang ye!

Bila keluar cerekarama gandingan dorang berdua, aku rasa puas hati. They did great. Drama ni best sangat sampai mengundang airmata wanitaku. Sakan menangis dan ini memaang dinamakan mental tak sihat Ustaz Azhar Idrus kata. Aku ingatkan aku sorang je mental, tapi kawan-kawan semua pun tegar je nangis. Aku paksa semua kawan tengok. Fewwww! #tepuktepukdadatandahebat

So mari kita hayati lirik lagu Aiman - Pergi Saat Indah yang merangkap lagu tema cerita ni. Aku menung dan terus menung menghayati bait-bait lirik dia. Lagu ni perfect.Tapi macam tragis sangat. Apa yang aku faham, ia macam kisah cinta yang tak kesampaian. Sebab perubahan. Hanya sebab satu kesilapan, hati berubah, masa berubah dan segala-galanya berubah. Dan satu lagi yang aku faham, pencinta ni setia gila menanti dan terus menanti walaupun kecewa sebab dia percaya penghujungnya bahagia. Walau hakikatnya nampak macam si dia dah berlalu pergi pun.


 
Dalam keheningan
Dan hadir bayangan
Kerana percintaan
Yang berangan sesalan

Ku rindu wajahmu
Sejak kau bertamu
Hanya satu dari dulunya
Selalu untukmu

Kembalilah tak ingin
Berulang kisah
Sedetik berpisah
Aku ikut bersalah
Tetap di waktu berubah
Pergi saat indah
Kekasih...

Masih lagi perlu
Mengapa membisu
Ku rayu kepadamu
Luangkanku hatiku

Kita harus menanti
Walau seribu kali
Kemaafan ini
Abadi ke sisi

Tinggal ku sendiri
Merenungi sepi
Fahami hingga nanti
Kau menjadi memori

Ceritera kita
Berakhir segala
Bahagia akan tiba
Suatu masa semula
Oh...oh...ouh...

Bagi aku peluang kedua tak datang selalu. Selalu hargai peluang pertama. Tapi andai dikurniakan peluang kedua, itu maknanya mmg rezeki. Jaga baik2. Oh hoi sedih lah lagu ni. Shaitonnnnn. Aku memang over dalam menghayati lirik lagu. Tiada kaitan antara yang hidup atau mati, yang gemuk atau kurus dan yang putih atau hitam.

0 comments: