Wednesday, September 21, 2011

Kasih Sayang

Walaupun tajuk entry kali ini macam mintak kaki je. walau orang nak kata aku jiwang ke. walau orang nak muntah baca ke, aku tetap nak taip entry tentang kasih sayang ni. dan apa yang anda faham tentang kasih sayang? sebenarnya kalau sebut pasal sayang, sayang tu senang je nak explain. sayang tu macam oh sayangnya dekat kau. Tapi kalau kita sebut kasih sayang, kita kena fikir sejenak apa erti kasih sayang yang sebenar.

Siapa setuju dengan aku yang perasaan sayang tu boleh hilang dan berubah jadi benci tapi kalau kasih sayang, sampai bila2 pun akan dikenang? Dan benda ni spontan je muncul. Masa bukan ukuran untuk menentukan kuantiti sesuatu kasih sayang. Maksud aku kat sini adalah, even aku dah kenal kau 20 tahun, dan aku kenal dia ni baru 2tahun, tak semestinya aku akan lebih sayangkan orang yang aku kenal lama tu. Sebab kita lebih appreciate siapa yang lebih mengenali kita. Mengenali luar dalam.

Sebenarnya hati kita ni lebih mudah di tackle degan cara macamana orang tu taking care pasal kita. Macamana dia treat kita. Macamana dia bertanggungjawab atas kita. Bukannya sebab kita kenal seseorang tu lama atau kejap. Sebab percayalah, tak semestinya kita kenal seseorang tu lama dia akan lebih memahami kita. Semuanya bergantung kepada cara kita sendiri.

Dan bila muncul perasaan kasih sayang kita tu pada seseorang, ianya sangat susah nak dihapuskan melainkan orang tu dah buat kau terkilan. itupun aku syak kali yang keseratus baru kau meletup. Haihhh itulah anehnya kasih sayang. Dan benda ni sebenarnya yang perlu diterap dalam sesuatu perhubungan. Bukan dalam bercinta semata2 tapi dalam semua ikatan kekeluargaan jugak. Sebab kalau cinta semata2, ia boleh berubah sekelip mata je. Kalau harini cinta, besok tak mustahil jadi benci pun. Trust me, aku penah rasa benda ni.  

Pesan aku, jagalah hati orang itu. Ambil hatinya. Ambil tahu segalanya ttg dia. Ambil berat. Taking care. dan segalanya2. Confirm kau akan jadi kesayangannya yang terbaru. T_T. Dan ada satu lagu ni yang aku suka satu part ni yang aku nak share dengan korang. Meaningful gila. Tapi macam tak sesuai dengan entry je HAHAH. Dan plissss plissss jangan nak buat conclusion kononnya aku jatuh cinta. Tidak ye, Entry ini sangat universal utk semua.

Engkau laksana bulan.
Tinggi di atas kayangan
Hatiku dah kau tawan
Hidupku tak keruan.

1 comments:

Anonymous said...

pergi bukan kerana benci...
hilang bukan kerana tidak sayang...
diam bukan kerana tidak menangis...
saya harap anda sihat2 disana..
bukannya saya langsung xamik peduli, tapi saya memerhati secara diam tanpa anda sedari... saya tau masalah yg kau lalui sekarang ini.. saya tau tiada maaf bagi ku, tetapi saya mahu kamu tahu, yang saya mahu lihat kamu miliki yg terbaik buat hidup mu.. jaga diri bebaik.. saya akan terus menjaga dirimu dari jauh tanpa kamu sedari... ku tau diri mu terseksa, tetapi saya mahu kamu tahu betapa seksanya jika kita mencintai seseorang tetapi kita tidak boleh bersamanya dan hanya mampu lihat dari seberang...
Jaga diri kamu baik2..
Saya nak kamu tahu, saya tidak pernah jemu membaca entry2 ini..
terima kasih kerana byk berjasa dan menjaga saya...
='(