Tanggal 18 June muncul lagi. Macam raya pulak pembuka entri. Dah kenapa tajuk dia Amiro? Sebab dia suka panggil aku Hazo instead of Haza ye. Sejak bila dah tak ingat tapi kami selalu gila guna bahasa O ni dalam perbualan seharian. Sampai bf dia pun kami panggil Zol Ezzom instead of Zul Ezzam. Keji tak kami? Kehkehkeh.
Menjadi kebiasaan setiap tahun sejak ada blog, pasti akan ada entry sempena birthday di hari kelahiranmu kan Amira di entry daku menjelang 20 June. Masa taip entry ni aku terkejut, tak sangka rupa-rupanya dah kawan dengan dia ni selama 8 tahun lebih kurang since form 3. Memanglah bukan dari sekolah rendah pun. Tapi banyak je kenangan dulu2 yang aku masih ingat lagi.
Antara kebodohan2 yang sering kami lakukan adalah seperti, membonceng motor seramai 3orang mengelilingi kwsn perumahan yang dibawa secara berhemah oleh Dibah. Skrg ni kalau dibayar pun aku taknak naik bertiga camni. Aku banyak membesar dgn Amira ni sebenarnya. Nak tahu kenapa aku cakap mcmni? Sebab aku penah tinggal dgn dia lama jugak.
Jangan kata tak penah bergaduh, aku rasa paling kerap gaduh dengan Mira ni lah. Dan kalau gaduh, mesti semuanya extreme gila meroyan. Mana taknya, sorang jenis garang dan sorang lagi jenis sensitif. Dari dulu sampai skrg pun masih lagi bergaduh tapi bila dah besar ni dah pandai selesaikan sendiri. Dulu bodoh ya amat, sampai mak abah Mira masuk campur nak berbaikkan kami.
Banyak sangat kenangan muda2 kalau nak diungkit satu2 dekat dalam entry ni takkan habis aku taip sampai besok. Dengan kenangan meniaga burger sama2 dekat Putrajaya, kenangan bercuti sama2. Dulu miskin tegar sebab hingusan lagi. Jadi kalau family dia travel, mereka bawak aku dan kalau family aku travel, aku akan bawak dia.
Aku harap kita akan tetap berkawan sampai bila2, walaupun kadang2 banyak sangat salah faham yang timbul antara kita. Dikesempatan ini aku nak ucap selamat hari jadi Amira. Do claim your present everytime you see me. Aku bersalah. Hehe. Oh aku rasa aku dah takde koleksi gambar2 baru dgn kau. Keluar tak penah nak snap kan. Herghhh.

0 comments:
Post a Comment