Harini terasa nak update belog tapi kan aku tak ada idea langsung nak cakap pasal apa. Lepas tu aku tanya lah sorang kawan ni aku patut cakap apa. Mungkin dia boleh bagi dekat aku idea yang bernas tapi ternyata sia2 je ye sebab kawan aku ni bagi idea yang buat aku nak muntah hijau bila dengar. Mesti korang nak tahu kan idea apa, dah la aku terasa keji terus bila dengar topik yang dia suruh aku kembangkan tu. Sebab hakkak terasa uolss.
Tajuk yang dia suruh cerita dalam belog adelah " ADAKAH KITA PATUT PERGI KURSUS KAWIN DI USIA MUDA WALAUPUN BELUM ADA JODOH LAGI" dan bolekah "AKU PEGI KURSUS KAWIN SBB KAU LEBIH SENIOR DARI AKU PUN TAK PEGI" rasa keji sangat nak update isu ni tapi aku update jugak kan sebab aku kan tergolong dalam kelompok loser sekarang jadi mari semua adik2 yang masih muda akak nak buat perkongsian ilmu. *sambilberlarilariketandassambilmuntahdalammangkukjamban.
Aku malas nak cakap panjang2 tapi kesimpulannya begini. Tengoklah belum mula apa2 tapi dah cakap pasal kesimpulan. Memang tak ada ciri2 seorang penulis berkaliber langsung diriku ini. Sebenarnya topik ni aku tuju buat orang yang request aku buat isu ni. Dan sekarang kau baca aku nak cakap secara ikhlas ni. Setelah aku pikir dalam sedetik dua, aku syak kau wajar pergi kursus kawin tu walau masih belum ada jodoh atau dalam erti kata lain pasangan hidup. Yelah begini sebabnya, kalau kau pergi kursus kawin tu seorang diri kebarangkalian kau untuk bertemu jodoh di sana adalah sangat tinggi. Sebab mungkin ada juga orang lain yang berlainan jantina yang masih takde pasangan pergi kursus tu sorang2.
Dan satu hal lagi, tak payah lah tunggu pasangan kalau nak pergi kursus kawin tu sebab ada je orang lain yang pergi dengan pasangan dia tapi tak kekal pun dengan orang tu. Bagi yang kekal tu alhamdullilah dan tahniah. Sebagai contoh lisa surihani dan yusry. Dulu yusri pegi dengan orang lain tapi sekarang dah kawin dengan orang lain pun. Soal jodoh kan memang begini, tak boleh nak jangka apa yang nak jadi. Jadi silalah pergi sementara harga kursus kawin masih murah dan satu hal lagi sijil kursus kawin ni takkan expired ye. So tak rugi pun pergi. Aku membebel mcmni tapi aku pun tak pegi2 lagi kan? Jangan menyebok. Aku tak pegi sebab sibuk dengan kehidupan. Padahal sepupu aku semua yang umur baya2 aku dah pegi.
Oh ye sebelum terlupa, kursus kawin ni kan boleh pegi banyak kali asalkan ada duit, so nanti kalau nak jadi sweet kepada pasangan mcm gula2, kome boleh lah temankan pasangan kome pegi kursus kawin tu lagi lagi dan lagi. Wah sweet sangat kan. Okay aku rasa cukuplah aku membebel setakat ni. Moga jawapan aku menjawab segala pertanyaan kau. Dan aku rasa walaupun aku dah tua lagi dr kau *inifaktapalingbongok* aku dengan rela hati merelakan kau pegi. Eeee bongok sangat si penanya soalan ni. KBai!
2 comments:
Aku syak si penanya ni cute orgnya.
Clue kau susah sgt org nak teka sbb jauh panggang dari api
Post a Comment