Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Disebabkan tiada entry sempena hari ibu, maka aku akan update entry khas sempena hari guru. Harini nak cerita tentang kenangan tak boleh lupa bersama guru. Kalau nak diikutkan tak berapa nak ingat kenangan hari guru sebab aku ni jenis yang selalu pindah sekolah. Jadi tak banyak kenangan bersama guru yang aku ingat sangat. Sekolah sekejap je dekat satu-satu sekolah lepas tu aku akan pindah. 

Tapi masa aku sekolah rendah, aku stay dekat satu sekolah je so kira dalam 6 tahun jugaklah. Masa tu aku bersekolah dekat negeri perak. Nama sekolah aku Sekolah Kebangsaan Malim Nawar. Aku nak cerita tentang sorang guru ni tapi dia bukanlah guru favourite sebab kenangan yang aku nak cerita ni bukannya sweet pun. Macam tahi je rasanya.

Bagi kawan-kawan yang lama mengenali aku mesti dah tau mcmana perangai aku. Aku ni nak kata pendiam mmg tak melainkan kalau aku belum kenal seseorang tu. Tapi bila dah kenal, dah kawan dan dah mula rapat aku akan jadi sangat bising. Aku banyak sangat cakap tak kira masa dan waktu. Dan satu hal lagi semua kawan dah tahu yang aku suka sangat ketawa. Ketawa tak ingat bila ada kawan-kawan buat lawak. 

Nak dijadikan cerita, masa tu aku darjah tiga. Kawan aku buat lawak tahap bangang dalam library. Tempat yang tak sesuai untuk bergurau senda, tapi sebab dah kawan tu buat lawak aku tahan ketawa. Bila tahan dia jadi tak bole stop. Aku tak ingat nama kawan tu sape sebab dah lama sangat. Aku dah kena warning supaya diam tapi bila kena marah ketawa makin menjadi. Untuk kali yang ketiga kena tegur tu sudahnya kena lempang dengan cikgu tu. Ulang suara, kena lempang. Kalu korang kat tempat aku apa korang rasa? Aku berasa oren.

Dia bukan guru muslim pun. Mmg lah dia emosi nak mampus. Dan disebabkan dia jugak aku penah kena denda cuci tandas.Isu tak lain tak bukan mestilah sebab bising. Membawa diri ke sekolah menengah aku berubah sikit. Tapi lepas je abis sekolah dan masuk Poly Shah Alam tahap kebisingan jadi lebih hebat dari biasa. Sebab kwn-kwn poly mmg superb. Best nak mampus. Tapi itu aku akan cerita next time je.

Dikesempatan ni aku nak ucap selamat hari guru untuk semua guru-guru yang penah mengajar aku dari Perak, Ampang dan jugak Kajang. Jasa kalian tak dapat dilupa. Oh tak dilupa jugak buat guru tadika keturunan turun-temurun. Kenapa turun temurun? Sebab dr kakak kepada abang dan kepada aku dan adik sepupu semua dia yang ajar. Dasar guru awet muda. Hehe. 


0 comments: