Friday, May 11, 2012

Kema' s Bro Wedding

Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan. Okay cukup-cukup mohon berhenti sekarang. Pembukaan enrty yang sangat berilmiah tapi langsung tak berkaitan sebenarnya. Kembali kepada tajuk asal sudahlah takyah nak merepek sangat. Begini ceritanya, ahad lepas bersamaan 6 May aku sepatutnya kena pergi Club Golf Sultan Salahuddin sebab ada Hi-Tea tapi disebabkan tiba-tiba kawan ajak pergi kenduri kahwin so aku dapat singgah Hi-Tea tu sekejap je dan bergegas ke kenduri kahwin abang kepada member di Kapar, Klang.

Aku kenal Kema ni masa belajar di Poly Shah Alam beberapa tahun lalu. Kalau nak diikutkan bukanlah coursemate pun cuma memang kenal agak rapat sebab kitorang masa sem1 dulu duduk dekat kamsis yang sama. Bila Kema ajak pergi kahwin abang dia, aku pun join jelah group kawan-kawan kelas dia yang mana aku kenal sebab kitorang semua jugak sama 1 kamsis dulu. Dulu masa duduk dekat kamsis memang meriah sangat dan terkenal dengan blok yang paling bising nak mampus. For sure selalu kena warning dengan warden. 

Walaupun sekarang masing-masing dah busy dengan life masing-masing, tapi bila jumpa still bole get along macam dulu-dulu lagi. Kalau nak diikutkan yang pergi wedding abang kema ni aku sorang je yang course tak sama. Tapi gagah jugak pegi kan sebab aku memang boleh masuk dengan semua jenis kawan. Dan kebetulan jugak si Bebe masuk UKM, so mungkin sebab tu jugaklah kitorang masih keep in touch padahal dah bertahun dah zaman poly berlalu. Aku cari jugah gambar-gambar lama masuk duduk kamsis Damai 4 yang terrible tu, tapi tak jumpa pulak jadi aku dapat share gambar kenduri je. HEHE.


Setakat ni aku masih kurang jelas motif meletakkan gambar-gambar di atas dengan size yang amat besar. Lebih besar dari biasa pendek kata. Oh lupa nak perkenalkan semua orang-orangan di atas. Kema yang pakai selendang mcm datin tu ye. Baju kuning tu pulah jijah yang mana jiran atas bilik aku. Dan yang baju biru tu adelah bebe jiran tingkat 3 kamsis yang juga merangkap jiran bilik sebelah Kema dan skrg blajar di UKM. Mohon semua paham penerangan aku yang tak semenggah ni. Oh yang botak tu pula nama dia Alif Haikal dan yang lain-lain bukan student poly.

0 comments: