Kalau semua nak tahu, office aku tak pernah ada cuti umum. Sedih tak? Sebab office aku ada banyak staff. So semua cuti kira burn sebab shift boleh di rotate. Pendek kata hari-hari office bukak dan takde istilah tutup. Tapi agak sedihnya sebab bila nak hangout ramai-ramai mesti tak boleh sebab jadual semua orang akan clash. So haritu kitorang pun gigih lah memohon cuti sempena hari buruh. Gila apa nak keje masa hari buruh. Tak cool langsung. Kitorang ni asyik merunsing pihak atasan supaya cuti diperkenankan. Alih-alih dapat jugak cuti masa 1 May tu.
Dekat office aku susah sangat nak dapat cuti serentak mcm ni, so kitorang pun plan something yang extra-ordinary, wah inggeris sangat kan. Cakap jelah luar biasa sudah. Berbalik kepada plan, ktorg pun decide untuk pergi berkelah atau lebih sesuai sebut kenduri sebab lauk banyak gila bawak ke Lubuk Manggis. Nama je Lubuk Manggis, mesti korang rasa bunyi dia mcm rare dan sarcasm gila kan? Nama je camtu tapi tempat dia best sangat. Ada sungai, air yang bersih. #tangandibahumatakeatas. Ada chalet2 utk penginapan dan macam-macam lagi. Yang penting tak penuh dengan manusia. Oh lupa, buah manggis beserta pokoknya juga langsung takde. Haihhh.
Pagi tu semua berkumpul dekat office sebab nak konvoi ramai-ramai. Semua pakai baju hot-hot sangat. Makanan bawak mmg banyak tak ingat. Tiada unsur diet ditemui. Ada ayam merah, rendang daging, cucur, nugget, sambal sosej dan daging kicap yang sangat superb. Sukahati je aku sakan memuji menu sendiri. Sampai je sana terus sewa chalet satu dan mandi macam orang gila. Sumpah cam orang ada sakit mental sebab terjerit-jerit tak bermotif sampai semua orang tengok.
Tapi jenis jiwa kental memang tak peduli dan teruskan terjerit-jerit sambil mandi. Siap aku shampoo kau, kau shampoo dia, dia shampoo dia. Sweet sangat kan mcm rantaian makanan. Tapi aku mcm tak boleh nak letak gambar banyak-banyak sebagai bukti bermandi-manda sebab tak menepati ciri-ciri piawaian yang diluluskan. Mohon semua yang baca percaya yang aku pegi berkelah dengan officemate. Kami pulang dengan gembira. Terima kasih pada semua sebab bagi kerjasama yang baik. Nextime pergi lagi. Sedihnya kalau salah sorang tak ada lepas ni.
0 comments:
Post a Comment