Thursday, May 17, 2012

Indahnya Hidup Bila Ada Teman

Ingat lagi dulu aku sempat kerja tak sampai sebulan dekat kedai makan member baik aku. Masa tengah kerja tu ada paper atas meja aku pun baca dan ternampak keratan iklan kerja kosong. Punyalah excited terus aku call dan hujung minggu tu aku pun pergilah interview. Nak kata rezeki tu, tak sangka aku dapat kerja tu. Dan dari situlah bermulanya kehidupan aku sebagai seorang pekerja. Sebelum ni bukan tak pernah kerja, tapi ini kira kerja yang betul-betul serius lah kiranya. 

Mula-mula briefing sumpah kekok ya amat. Sebab aku ada perangai busuk yang mana tak reti nak bergaul dengan orang yang aku tak kenal. Masa datang ofis waktu tu, semua orang baru. Aku bukanlah kategori peramah, memanglah banyak cakap aku ni tapi hanyalah dengan orang yang aku rapat je. So mula-mula tu susah sangat-sangat nak sesuaikan diri. Tapi kata orang tak kenal maka taklah cinta, bila dah kenal, mula rapat dan akhirnya aku mula jatuh cinta kerja dekat sini. 

Aku ingat lagi masa mula kerja tu, aku kena kerja shift malam seminggu sebelum masuk siang. Dan tak sampai sebulan kerja, aku jatuh sakit teruk sangat-sangat. Masa sakit tu aku dah tak rasa aku boleh kerja situ lagi sebab aku off selama 2minggu. Masa tu tak tahu nak kata apa dah selain dari menangis setiap hari menahan sakit yang aku tanggung. Masa dalam proses nak berubat memang aku nekad untuk berhenti dah tapi bila masuk ofis balik hati mula rasa berat. 

Sebelum sakit, aku tak sempat nak kenal dengan semua kawan-kawan baru lagi. Anehnya kuasa Allah memang tak siapa boleh duga. Aku ingat lagi dalam ramai-ramai staff ni ada sorang yang aku memang tak pernah tegur lagi dan boleh dikatanya dialah orang terakhir yang aku kenal sebab aku xpenah lagi ditemukan dalam satu shift dengan dia. Tak sangka pulak orang yang terakhir kita kenal rupanya akan jadi orang yang paling dekat dengan kita. Dan isyaAllah kalau boleh kekal sampai bila-bila walau terkadang aku rasa kau tak perlukan aku mcmana aku perlukan kau. Maafkan aku.



Aku masa sekolah dulu rapat dengan orang lain, tapi bila habis sekolah aku rapat dengan orang lain. Masa aku sambung diploma, aku rapat sangat dengan seseorang ni, tapi tak sangka bila habis belajar dia pergi dari hidup aku mcm tu je. Dan orang yang aku kawan biasa-biasa je masa Diploma, itu yang masih kekal dengan aku sampai sekarang. 

Besar sungguh impak kawan-kawan dalam hidup aku. Masa bercinta dulu, ex-boyfriend aku selalu kata yang aku selalu lebihkan kawan-kawan dari dia dan dia kata lagi aku selalu nampak bahagia bila bersama kawan berbanding dengan dia. Tapi aku tak ralat lebihkan kawan-kawan, sebab disaat aku ditinggalkan cinta. Aku masih ada kawan-kawan yang setia di sisi. Dan harini kenapa aku terpanggil untuk update isu ini sebenarnya sebab aku sedikit sedih malam ni. Aku ada salah faham sikit dengan kawan aku. Allah baru tarik sikit je dia dari aku tapi aku dah terasa sakitnya. Begitu beertinya nilai persahabatan dalam diri aku. 

Aku masih mampu melangkah saat gagal bercinta tapi tak mungkin mampu tersenyum bila teman terasa hati dengan aku. Ya allah cukuplah hanya cinta yang kau ambil. Aku perlukan kawan dan juga keluarga untuk meneruskan kehidupan. Moga ukhwah aku bersama mereka semua kekal sehingga nafas aku yang terakhir. Entry ini memang agak sedih sebab aku memang tengah sedih. Untuk kawan-kawan yang baca entry ni, jom dengar lagu ni. Aku nak tujukan buat semua kawan-kawan aku. Terima kasih sebab sudi berada di sisi sehingga kini. Maaf andai penah menyakiti hati kalian dalam sedar mahupun tidak. Secara nyata mahupun kiasan. Sungguh bukan niat dihati. 




0 comments: