Tuesday, February 22, 2011

bukan tidak tega tapi terlalu cinta






Termenung jauh memikirkan perjalanan sesuatu cinta itu. Bagaimana Allah mengaturkan semuanya. Bagaimana boleh bertemu boleh bercinta dan kadang boleh bersama dan terkadang boleh berpisah juga. Dalam manisnya cinta pasti ada pahit. Kebiasaaanya kalau nak dapat manis mmg kena lalui yang pahit dulu. Kadang selalu hati bertanya bila semuanya akan ada penyelesaian. Aku buat entry ni sejujurnya bukanlah 100% untak diri sendiri semata mata. Aku selalu didatangi kawan kawan yang ada masalah cinta. Tak kata aku ni hebat dalam menyelesaikan masalah cinta, mungkin mereka selesa jadi aku akan ada. Nak kata aku hebat dalam soal cinta mmg tak lah, sbb kalau tiba Allah nak beri ujian aku jugak kecundang kadang kala dan perlukan teman2 di sisi. 


Ada satu kisah tu pasangan saling mencintai tapi cinta dihalang oleh keluarga sebelah pihak. Nak dijadikan cerita si lelaki hilang tanpa khabar berita kerana dah putus asa utk memenangi hati keluarga si  gadis Si gadis dtg mengadu kerana terlalu sedih kerna pada mulanya si gadis tak faham kenapa tiba2 si lelaki hilang tanpa khabar. Nak dijadikan cerita beberapa hari selepas itu si lelaki mesej aku dan menceritakan hal sebenar yang dia sudah tidak sanggup lagi nak teruskan dan aku diminta menyampaikan pesanan buat si gadis. Masa tu dalam kepala susah hati sangat sbb tak sanggup nak bgtau si gadis. Kita tak tahu sejauh mana si gadis itu mampu tanggung impak sebegitu. Tapi setelah aku kuatkan semangat aku ceritakan satu persatu dan aku bacakan pesanan dari si lelaki buat si gadis. Rapuhnya hati aku, aku pula yang menangis. Kasihan mereka. Saling cinta tapi tidak direstui. Tapi menurut aku lah tak perlu lah lelaki itu membuat keputusan seperti itu. Aku faham benar dia sudah kecewa kerana dipandang sebelah mata, tapi bila dia membuat keputusan itu yang menjadi mangsa adalah gadis tersebut. Cinta tanpa restu ini ibarat diluah mati mak dan ditelan mati bapak. Apa yang terbaik bg aku buat masa sekarang adalah teruskan lah menjaga hubungan dan buktikan pada mereka yang cinta kalian sungguh2. Hati orang tua lama kelamaan akan lembut walau perlu memakan masa bertahun lamanya. Aku doakan yang terbaik buat kalian.



Ada satu lagi kisah ni, bila pasangan di dalam dilema antara mengejar cinta dan cita. Si lelaki mendapat tawaran sambung degree selama 4 tahun dan sebelum sambung belajar dia telah pun mengikat hati seorang permpuan selama 2 tahun. Maksud aku di sini dia dah bercinta dengan seseorang selama 2 tahun. Entah kenapa tiba2 selepas menyambung pelajaran si lelaki berkeputusan untuk memutusakan saja hubungan kerana nak fokus pada pelajaran. Bole bygkan perasaan si gadis? tegarnya si lelaki meninggalkan cinta demi mengjar cita. Tahukah anda seorang gadis sanggup meninggalkan apa sahaja demi cintanya? sedangkan anda? Sebenarnya cinta dan cita bole dibawa seiring selagi kita tahu mengawalnya. Cinta boleh memberi kita semangat tatkala kita tiada semngat nak belajar. Jika anda mmg tidak punya siapa2 sebelum ini tak salah anda nak mengejar cita dahulu, tapi jika anda sudah punya cinta dan tiba2 nak membuang cinta yang kononnya akan dtg balik apabila sudah berjaya hentikanlah! jangan fikir yang si gadis itu tiada hati dan perlu menunggu anda sekian lama yang belum tentu anda akan pulang seperti yang anda janjikan.



Dan untuk kisah yang terakhir ni lagi buat aku termenung memikirkan jawapan tatkala mendengarnya. Ada satu pasangan ni, hubungan banyak masalah. Selalu ada salah faham yang timbul kerana ada yang si gadis mahukan tapi si lelaki tak dapat berikan. Dan apa yang si gadis tak suka itulah yang si lelaki itu buat. Okay biar aku jelaskan dgn lebih mendalam. Si gadis adalah seorang yang jenis suka berkawan dan tak suka disoal jika mahu kemana2 tapi dia mendapat pasangan yang tak sukakan kehidupan gadis yang sebegitu dan sikap lelaki yang cemburu itu membuatkan si lelaki asyik call tanya kat mana dan suruh balik. Dan ini sering menimbulkan pergaduhan. Sedangkan ada satu lagi pasangan ini si gadis jenis yang bila bercinta hanya akn fokus pada seorang lelaki dan sangat berharap si lelaki lebih care pasal dia, maksudnya ada perasaan cemburu bila si gadis keluar. Si gadis rasa bila cemburu tandanya sayang tapi sebaliknya si gadis tak dikurniakan lelaki yang sebegitu. Persoalan aku lah kan disini, kenapa kita dipasangkan dengan orang yang tak seperti yang inginkan? Kalo kita dapat pasangan yang seperti apa kita mahu mesti tak timbul pergaduhan kan?



Ye, bila aku fikir2 balik semua permasalahan ini. Apa yang boleh aku simpulkan di sini adalah Allah itu maha adil. Dan ditentukannya setiap orang akan diberinya dugaan yang mana dia tahu sejauh mana kita mampu menanggungnya. Dia itu maha mengetahui, dia beri kerana dia tahu kita mampu. Dan dijadikan kita berpasangan dengan orang yang sebaliknya dari apa yang kita inginkan kerana dia mahu kita saling melengkapi. Apa yang tiada pada pasangan pasti ada pada kita jadi kenapa perlu ada pada pasangan juga? kan?

Tapi itulah cinta, dalam deritanya ada bahagianya, dalam sedihnya ada tawanya, dalam gembiranya ada dukanya, dalam jujurnya ada muslihatnya, dalam hati ada sayangnya. Baiklah salam sayang dari doktor love. Kita sambung lagi cerita cinta seterusnya jika ada kelapangan.



Sunday, February 20, 2011

terima kasih semua

Tarikh sembilan belas hari bulan dua tahun dua ribu sebelas beberapa hari yang lalu merupakan hari jadi aku. Jadinya mari ucapkan selamat hari jadi ke atas aku. Sebbenarnya buat entry ni nak tujukan pada semua yang dah celebratekan kelmarin. Sehari sblm nak masuk detik dua belas malam tuh sangatlah teruja. Org gila je tak excited dgn hari jadi sendiri. Tapi hari ni sangat sedih, satu hari termenung atas katil dalam bilik tutup lampu tapi kipas pasang sbb panas mengenangkan nasib diri. Bila dah hari jadi ni barulah sedar umura dah dua puluh dua tahun dan masih tiada apa apa pencapaian hidup. Sangat sedihlah macam ni, tak ada kerja tetap lagi, ijazah juga tiada, masih tiada kereta sendiri rumah apetah lagi. Yang aku ada hanyalah skill memasak tapi siapa yg nak nampak semua ni skrg? lainlah kalau dah kawin mmg lah kau akan jadi kesayangan suami kalau pandai masak itupun kalau ye. oh hidup sangat membosankan hari ni.


Dah tak nak merepek lagi jom kembali kepada cerita asal. Pasal parti tua yang mmg tak mengejut langsung tuh. Anyway terima kasih lah kepada keluarga sbb ingat. Ingatkan dah tak disayangi keluarga lagi bila dah besar ni. Takde lah buat party liar mana pun, pegi makan je pun haha. Takdenye dress dress bagai. Bukannya party anak orang kaya. Tapi cukup nak cakap ianya sgt bermakna. Tak perlu pun yang mewah2, dah cukup dgn makan sama2 dan ucap selamat hari jadi inda. Dah pastu baca doa sama sama makan dan semua boleh bersurai. Okay kat sini ada sikit gambar sbg bukti tahu? haha.


 baiklah sebenarnya birthday kami dekat dekat
jadi sebulat suara sambut sekali je even makcik aku kata kedekut beli satu kek je
kek takpe kongsi hadiah tak boleh sekian.


hisssshhh malu pulak rasanya dah tua tua potong benda alah ni.
malu lah nak pegi lari lari setempat lah kejap.

Lepas tu ada lagi sambut tapi yang ni dengan adik beradik sahaja dan lebih fokus pada aku sorg je. Gedik gedik kejap. Kami pegi makan dekat satu kedai baru ni dan menu ia mmg sgtlah superb. Nnt nak ajak seseorang tuh pegilah :)









terima kasih ye semua. aku dah mula kena merancang hidup. tiada mood hari ni jadi pembukaan entry sgt tak menarik kerana :( lepas tgk semu gambar ni jadi makin :( sbb laparrrrrr.



terima kasih sahabat

Sangat terharulah dikurniakan kawan2 begini, sanggup  buat satu entry khusus untuk aku. Kalo lah korang tahu, aku sangat2 menghargainya. Kalaulah bole aku save, dah lama aku save dan simpan dalam external hard disk aku. Terima kasihlah kerana sudi mengarangkan satu entry sempena hari jadi aku semalam. Tak perlu entry yang panjang, sekadar mesej yang pendek tetapi sangat berkesan di hati. Terima kasih ye semua kepada anda bertiga. Di sini telah aku karangkan sedikit madah buat anda, mari kita mulakan dari entry paling awal ye.


Dear Amira,
Amira Ramli, Terima kasih ye sbb buat entry utk aku. Ye, aku akan ada bila2 ko perlukan aku. Terima kasih jugak sbb sejak kenal ko dari tingkatan 3, tak pernah ko tak ada sepanjang birthday aku. Jauh di sudut hati aku, aku sgt menghargai semua tu. Love u dear amira muahhh muahhh.

Dear Nabila,
Nabila Ahmad Kamal, semangat tau telifon aku suruh aku baca entry ko. Aku dah baca Bila, ok terharu kejap. Semoga doa ko sentiasa mengiringi aku ye Nabila. Terima kasih juga dah menemani aku sepanjang aku hidup di poli. Susah dan senang jika nak share jgn lupa bgtau aku ye. Aku masih pakai no hp yang sama, hehe. Miss u muahhhh.

Dear Wandiba,
Wan Nuradibah, terima kasih buat entry untuk aku. Ayatnya aku dah terharu, tgk gambar aku muntak 100 kali di tempat kejadian. koleksi gambar2 keji tak sangka ko masih simpan. Dulu kita selalu beli air kelapa sama2, dan pulang jalan kaki sama2. Kekentalan ko menjadi smgt pd aku utk meneruskan sisa sisa persekolahan. Adore u muahhh muahhhh


Friday, February 18, 2011

hissshhhh.


terjumpa video ni di facebook lisa surihani. sekarang muka dah rasa tebal 10 inci. okay nak pegi berlari2 anak berkaki ayam kejap keliling taman. bye!

Wednesday, February 16, 2011

sesi gedik bersama lisa surihani

Nampak? tajuk pun dah riak. apetah lagi dengan cerita yang aku nak bgtau ni. Ingat entry sebelum ni? aku kan pergi bercuti dekat langkawi. Mula2 tu ingat nak jadi suci lah kejap just cerita pasal percutian keluarga and skip lah pasal pertemuan dengan si artis ni. Tapi kalau dah jenis mudah riak terpaksa tau belagak dengan kome semua terutamanya kamu ye SITI ZULAIKHA. Eh eh eh semua jangan salah paham. Lisa ni bukan keluarga aku. Alah korang ni pun tau.

Benarlah kata pujangga kalau dah jodoh tak kemana. Selama ni duduk KL tak pernah pun nak terserempak dengan lisa surihani ni tau. Punyalah minat dgn dia ni so aku followlah twitter dia. Dari situ aku taulah yang dia ni pegi langkawi sama tarikh dengan aku. Mmg asyik ckp je dalam hati jumpalah lisa jumpalah lisa. yelah langkawi tak besar mana pun kan. 
 
Nak dijadikan cerita, terjumpalah lisa surihani hari kedua kat langkawi. sama trip tu. dari satu pulau ke satu pulau mmg sama dengan lisa surihani. sepanjang bertolak and bergerak dari satu pulau ke satu pulau ni mmg bot dia dan aku bersaing dengan lisa surihani. alah korg ni maksud aku bot yg kami naiki lah. aku mana pulak ade bot persendirian. Cehhhhhh....

First time jumpa masa dekat pulau dayang bunting. masa tu lisa surihani and shaheizy sam tgh kayuh benda yg mcm gondola tuh. ala kan dah terbgtau ade sam. ishh riak betul rasanya haha. eh kamu SITI ZULAIKHA rasanya entry kali ni khusus utk kamu le. Sengaja i tak tag kamu pasal taknak semua follower dapat cam kamu sebagai pemangsa utk entry i kali ni. haha. Eh dah terover pulak membuli kamu, sambung balik lah pasal lisa surihani and shaheizy sam tadi. mereka lambai2 dari dalam gondola tu. memandangkan gondola ibarat mengayuh basikal. jadi niat utk pegi dekat lisa surihani kita lupakan je dulu. 

Cerita pertemuan dua insan antara lisa surihani dan aku tak abis setakat tu je. tak sangka pastu jumpa lagi lagi dan lagi. eh tak sanggup pulak nak cerita lagi kat kome. utk kesan yang lebih mendalam di hati kome elok kome tatap je gambar ni semua terutama kamu sekali lg. haha. tak sanggup nak sebut nama kamu lg pasal rasenye kamu tgh hentak2 laptop. Kalo kamu nak, jangan curi2 save.nnt i bg u soft copy.
 










sekian saja sesi menggedik bersama lisa. percutian yang sangat bermakna. lisa surihani sangat cantik. sam sangat lah hensem. dan faizal mmg klakar gila. kesimpulan yg boleh dibuat disini, jgn bergambar dengan si cantik lisa surihani sbb seri kau akan tenggelam dlm gambar. haha.

Tuesday, February 15, 2011

mujur ada langkawi

Sebulan lamanya menjeruk rasa dibilik sendiri tanpa melihat dunia luar. Bila dapat peluang utk bercuti macamni, mmg rasa nak melompat smpai bumbung. Bygkan kepala punyalah stress awal2 tahun aritu sbb byk salah masalah berbangkit yg terjadi. Niat nak pegi ni betul2 nak lupakan semuanya dan pulang dengan semangat baru. Alhamdulillah sbb apa yang jadi lebih baik dari itu.

Pembukaan entry kemain sopan tau. Nampak tak byk aku dah berubah? haha. Bila gambar terlalu byk, mesti jadi takda idea nak mengarang. Tapi sbb dah xlarat nak edit, just letak beberapa je. Aku bukannya popular mcm hanis zalikha pun nak letak gambar byk2 masa dia pegi europe tuh.

Bila ye aku pegi? oh dalam bulan satu aritu hujung2 bulan. Ini kira mcm percutian keluarga. Tapi separuh jelah yg lain tak dpt join sbb ada hal2 berbangkit juga.  Kepada semua yg join tu, terima kasih lah sebab menghiburkan hati yang lara ni. Terima kasih lah ajar saya senyum dan ketawa balik. Untuk anda dan juga ehemm ehem sepupu yang tak pegi tu, sila lah bukak mata luas luas dan tgk gambar ni okay. :)

 



yeahhh. akhirnya sampai ke langkawi. tetap kacak walau satu hari suntuk perjalanan.



dah sampai ke villa tempat menginap. patut check in pukul 3 tapi kami sampai pukul7. 
 jadi terpaksa lepak di kolam sementara nak dpt kunci. 
masih kacak.


bergambar bersama yang. igt senang nak tgkap gmbr dgn die?
 elok buat frame. gantung dlm umah.
 ini satu kejayaan.


first day activity. round 3 pulau naik bot. sgt lah bestnya.
pulau dayang bunting
pulau beras basah
pulau apetah lg satu byk helang


dalam perjalanan kat tgh2 laut sempat lg tangkap gambar.
ni je yg pegi kalo semua pegi kan best.

 ini semua sepupu sepupu dan makcu and pakcu.
 okay cuba bgtau aku.
kenapa nak rasa down sbb kurus ketika disamping mereka?
jawapannya tak perlu sbb kami sama je kan
dengan mereka rasa mcm selesa je takde istilah kena kutuk sbb kurus dan sbgnya
even yg tak pergi  pun semua size mcm ni jugak.
see? keturunan :)


tak larat nak edit gambar letak watermark. jadi aku skip terus time balik. 
 see tgk lg sekali? haha
 malas aku nak tekankan lg skali.


wajah wajah kesayangan hamba.
kak yung dan yang
masa ni dekat kampung beras terbakar
3 drpd 5 beradik yang aktif facebook

sudah mahu pulang 
 bergambar kenangan di jeti langkawi sementara tggu feri sampai.
sgt sedih nak balik.
 sbb seronok sgt2 bila pegi dlm keadaan tension.
betul2 dapat lupakan masalah. 

 .feri time.
mcmana bole duduk dgn aman.
dia kuat ragging bagai nak gila kot.


ini hari lain. tapi sbb malas sgt nak edit. terus je skip gambar last. 
lepas je balik dari langkawi sbnrnya stay dekat kedah lagi.
duduk homestay dan berjalan dekat thailand. 
kejap jela pun pastuh besoknya balik perak.

Eh apasal entry kali ni mcm sopan dan penuh tertib. tak lalu betul. mungkin tak sesuai dengan mood kejap ni. kan entry dah jadi bosan. Next entry next day lah ye. Ade banyak lg benda nak cerita akan datang. Persoalannya kenapa mujur ade langkawi? sbb semuanya selesai di sana. ruang dan juga peluang. Teeheee (",)



Monday, February 14, 2011

omaigod.

Nama je ade blog tapi dah lama tak update. Rasa bersalah sungguh pada semua follower tersayang cheewahh. Blog dibiar sepi penuh kekejian. Pendapatan nuffnang yg semakin tak memberangsangkan. Sempena bulan baik iaitu bulan Februari ni, aku kembali dengan material material yg segar dari ladang utk dicoretkan dekat blog tersayang ni. Hehe. Okay nnt kan kalo sempat malam ni adalah entry baru. Nak pegi edit gambar dulu. Takde gambar bukan blogger gedik sejatilah namanya. Bye.