Wednesday, February 16, 2011

sesi gedik bersama lisa surihani

Nampak? tajuk pun dah riak. apetah lagi dengan cerita yang aku nak bgtau ni. Ingat entry sebelum ni? aku kan pergi bercuti dekat langkawi. Mula2 tu ingat nak jadi suci lah kejap just cerita pasal percutian keluarga and skip lah pasal pertemuan dengan si artis ni. Tapi kalau dah jenis mudah riak terpaksa tau belagak dengan kome semua terutamanya kamu ye SITI ZULAIKHA. Eh eh eh semua jangan salah paham. Lisa ni bukan keluarga aku. Alah korang ni pun tau.

Benarlah kata pujangga kalau dah jodoh tak kemana. Selama ni duduk KL tak pernah pun nak terserempak dengan lisa surihani ni tau. Punyalah minat dgn dia ni so aku followlah twitter dia. Dari situ aku taulah yang dia ni pegi langkawi sama tarikh dengan aku. Mmg asyik ckp je dalam hati jumpalah lisa jumpalah lisa. yelah langkawi tak besar mana pun kan. 
 
Nak dijadikan cerita, terjumpalah lisa surihani hari kedua kat langkawi. sama trip tu. dari satu pulau ke satu pulau mmg sama dengan lisa surihani. sepanjang bertolak and bergerak dari satu pulau ke satu pulau ni mmg bot dia dan aku bersaing dengan lisa surihani. alah korg ni maksud aku bot yg kami naiki lah. aku mana pulak ade bot persendirian. Cehhhhhh....

First time jumpa masa dekat pulau dayang bunting. masa tu lisa surihani and shaheizy sam tgh kayuh benda yg mcm gondola tuh. ala kan dah terbgtau ade sam. ishh riak betul rasanya haha. eh kamu SITI ZULAIKHA rasanya entry kali ni khusus utk kamu le. Sengaja i tak tag kamu pasal taknak semua follower dapat cam kamu sebagai pemangsa utk entry i kali ni. haha. Eh dah terover pulak membuli kamu, sambung balik lah pasal lisa surihani and shaheizy sam tadi. mereka lambai2 dari dalam gondola tu. memandangkan gondola ibarat mengayuh basikal. jadi niat utk pegi dekat lisa surihani kita lupakan je dulu. 

Cerita pertemuan dua insan antara lisa surihani dan aku tak abis setakat tu je. tak sangka pastu jumpa lagi lagi dan lagi. eh tak sanggup pulak nak cerita lagi kat kome. utk kesan yang lebih mendalam di hati kome elok kome tatap je gambar ni semua terutama kamu sekali lg. haha. tak sanggup nak sebut nama kamu lg pasal rasenye kamu tgh hentak2 laptop. Kalo kamu nak, jangan curi2 save.nnt i bg u soft copy.
 










sekian saja sesi menggedik bersama lisa. percutian yang sangat bermakna. lisa surihani sangat cantik. sam sangat lah hensem. dan faizal mmg klakar gila. kesimpulan yg boleh dibuat disini, jgn bergambar dengan si cantik lisa surihani sbb seri kau akan tenggelam dlm gambar. haha.

3 comments:

fastsayha said...

sangat jeles.. nape tak ajak aku?? marah nie

muzikjiwa said...

ya allah fas, ko jenguk blog aku ke weh. jap2 aku nak bentang red carpet. haha..terharu i u dtg melawat siap drop komen :)

ika said...

kurang hasam boiii kamu zaza gendut!! kamu akan ku buli di entry yang seterusnye!! haha~