Sunday, February 20, 2011

terima kasih semua

Tarikh sembilan belas hari bulan dua tahun dua ribu sebelas beberapa hari yang lalu merupakan hari jadi aku. Jadinya mari ucapkan selamat hari jadi ke atas aku. Sebbenarnya buat entry ni nak tujukan pada semua yang dah celebratekan kelmarin. Sehari sblm nak masuk detik dua belas malam tuh sangatlah teruja. Org gila je tak excited dgn hari jadi sendiri. Tapi hari ni sangat sedih, satu hari termenung atas katil dalam bilik tutup lampu tapi kipas pasang sbb panas mengenangkan nasib diri. Bila dah hari jadi ni barulah sedar umura dah dua puluh dua tahun dan masih tiada apa apa pencapaian hidup. Sangat sedihlah macam ni, tak ada kerja tetap lagi, ijazah juga tiada, masih tiada kereta sendiri rumah apetah lagi. Yang aku ada hanyalah skill memasak tapi siapa yg nak nampak semua ni skrg? lainlah kalau dah kawin mmg lah kau akan jadi kesayangan suami kalau pandai masak itupun kalau ye. oh hidup sangat membosankan hari ni.


Dah tak nak merepek lagi jom kembali kepada cerita asal. Pasal parti tua yang mmg tak mengejut langsung tuh. Anyway terima kasih lah kepada keluarga sbb ingat. Ingatkan dah tak disayangi keluarga lagi bila dah besar ni. Takde lah buat party liar mana pun, pegi makan je pun haha. Takdenye dress dress bagai. Bukannya party anak orang kaya. Tapi cukup nak cakap ianya sgt bermakna. Tak perlu pun yang mewah2, dah cukup dgn makan sama2 dan ucap selamat hari jadi inda. Dah pastu baca doa sama sama makan dan semua boleh bersurai. Okay kat sini ada sikit gambar sbg bukti tahu? haha.


 baiklah sebenarnya birthday kami dekat dekat
jadi sebulat suara sambut sekali je even makcik aku kata kedekut beli satu kek je
kek takpe kongsi hadiah tak boleh sekian.


hisssshhh malu pulak rasanya dah tua tua potong benda alah ni.
malu lah nak pegi lari lari setempat lah kejap.

Lepas tu ada lagi sambut tapi yang ni dengan adik beradik sahaja dan lebih fokus pada aku sorg je. Gedik gedik kejap. Kami pegi makan dekat satu kedai baru ni dan menu ia mmg sgtlah superb. Nnt nak ajak seseorang tuh pegilah :)









terima kasih ye semua. aku dah mula kena merancang hidup. tiada mood hari ni jadi pembukaan entry sgt tak menarik kerana :( lepas tgk semu gambar ni jadi makin :( sbb laparrrrrr.



0 comments: