Sunday, February 20, 2011

terima kasih sahabat

Sangat terharulah dikurniakan kawan2 begini, sanggup  buat satu entry khusus untuk aku. Kalo lah korang tahu, aku sangat2 menghargainya. Kalaulah bole aku save, dah lama aku save dan simpan dalam external hard disk aku. Terima kasihlah kerana sudi mengarangkan satu entry sempena hari jadi aku semalam. Tak perlu entry yang panjang, sekadar mesej yang pendek tetapi sangat berkesan di hati. Terima kasih ye semua kepada anda bertiga. Di sini telah aku karangkan sedikit madah buat anda, mari kita mulakan dari entry paling awal ye.


Dear Amira,
Amira Ramli, Terima kasih ye sbb buat entry utk aku. Ye, aku akan ada bila2 ko perlukan aku. Terima kasih jugak sbb sejak kenal ko dari tingkatan 3, tak pernah ko tak ada sepanjang birthday aku. Jauh di sudut hati aku, aku sgt menghargai semua tu. Love u dear amira muahhh muahhh.

Dear Nabila,
Nabila Ahmad Kamal, semangat tau telifon aku suruh aku baca entry ko. Aku dah baca Bila, ok terharu kejap. Semoga doa ko sentiasa mengiringi aku ye Nabila. Terima kasih juga dah menemani aku sepanjang aku hidup di poli. Susah dan senang jika nak share jgn lupa bgtau aku ye. Aku masih pakai no hp yang sama, hehe. Miss u muahhhh.

Dear Wandiba,
Wan Nuradibah, terima kasih buat entry untuk aku. Ayatnya aku dah terharu, tgk gambar aku muntak 100 kali di tempat kejadian. koleksi gambar2 keji tak sangka ko masih simpan. Dulu kita selalu beli air kelapa sama2, dan pulang jalan kaki sama2. Kekentalan ko menjadi smgt pd aku utk meneruskan sisa sisa persekolahan. Adore u muahhh muahhhh


0 comments: