Friday, May 25, 2012

Ops! Wandiba Wonderful Day.

Dulu kira-kira 7 tahun yang lalu itupun kalau aku tak salah kira. Aku selalu berjalan kaki dengan Dibah pulang dari sekolah. Bila penat di tengah jalan kami berhenti beli air kelapa. Sweet tak kisah persahabatan kami? #tangandibahumatakeats. Begitu banyak onak dan ranjau aku kira.

Menarik nafas sebentar.

Ingat lagi masa tu aku student baru di SMK Jalan Bukit. Kalau nak diikutkan aku bukanlah rapat sangat sangat dan sangat pun dengan Dibah masa sekolah. Lagipun kehidupan aku masa tu amatlah lone ranger sebab budak kelas ada 41. Jumlah ganjil kan? Jadi aku kena duduk sorang2 je dalam kelas sampai ke akhir tahun sebab semua dah cukup partner. Ini amat tahi. Diulangi sekali lagi. Tahi.

Tapi aku rasa Dibah ni boleh tahan loser jugak. Cuma kalau kau pandang dgn mata kasar mmg tak nampak. Dia ni pun duduk sebelah budak non-muslim. Aku syak dia pun takde pilihan. Nama budak tu Punitha tapi apelah bangangnya geng2 dibah ni panggil dia Anita. Dan si Anita ni selalu tak datang. Setiap kali Anita tak datang aku akan duduk sebelah Dibah. Oh bahagianya. Haha.

Dan satu hal lagi aku satu taman dengan Dibah ni. Form 4 kami semua pindah sekolah. Dibah masuk Teknik Kajang dan aku pindah SMK Taman Jasmin. Sekolah dekat2 je so masih boleh jumpa di jalanan utk meneruskan aktiviti membeli air kelapa. Btw, utk pengetahuan semua. Air kelapa tu sangat sedap kot. Okay cukup2 tentang kisah muda mudi kami. 

Entry harini dibuat sempena memperingati kelahiran Dibah. Jadi saya disini dengan berbesar hatinya ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi Dibah. Aku marah ni sebab kau asyik muda je dari aku. Aku tak percaya aku lebih tua dari kau. Moga selalu selamat Dibah. Berjaya dalam karier juga percintaan. Bertemu jodoh yang baik. Tapi tolong bagi aku lepas dulu tau. Puiiiiiii!



Pemilihan gambar paling hodoh telah dibuat. Tapi ini yang paling jujur aku syak. Jadi anda semua boleh simpulkan sendiri bagaimana perhubungan kami? Tak sebulu dan dibah kaki pukul. Jangan ingat aku tak muntah upload gambar huduh begini. Okbai.

Wednesday, May 23, 2012

Rabu - Tak Bercakap 2


Jamal Abdillah - Bahagia Sementara

Tuesday, May 22, 2012

Happy Belated Birthday Rina






Happy Belated Birthday Rina 
Rina adelah kawan ofis baru saya
Semoga panjang umur dan murah rezeki
Diberkati dan dirahmati selalu dunia akhirat
Selamat maju jaya Rina
Majulah idrich cinta bersama deejay Rina
Oh lupa nak bgtahu, Rina yang atas sekali tu tau. 
Yang bawah sekali tu bukan
Dia sekadar tumpang perasaan je kejap. Bai.

Monday, May 21, 2012

Unwritten


When I need you, you're nowhere to be found. 
But when you need me, I'm right by your side. 
Why can't you be there for me like I'm for you?


Sunday, May 20, 2012

Finnale Mania

Siapa yang tengok Mania Astro yang baru je menutup tirainya tadi. Bagi sesiapa yang tak tahu, Mania ni merupakan program realiti tv baru terbitan Astro yang di sertai oleh barisan para artis yang di pecahkan kepada tiga group. Tapi dalam Mania ni dorang tak panggil group atau kumpulan tapi empayar. Ada tiga empayar yang diketuai oleh Ahmad Dhani, M Nasir dan Aubrey Suwito. Setiap satu empayar ikut warna hijau merah dan entah jadah ape lagi.

Asalnya ramai gila artis yang terlibat tapi tiap minggu ada penyingkiran dan malam tadi dorang punya final. Keputusan pulak dibuat berdasarkan undian SMS. So far program ni agak menarik sebab artis yang join. Tapi aku tak sure aspek pemilihan artis yang masuk Mania ni dibuat berdasarkan apa. Ada artis yang okay, tapi ada jugak yang aku tak minat ye. Contohnya si Ebi AF5 tu. Entah hape-hape. Agak frust sebab Shahir AF tak join padahal hampir semua peserta datang dari finalis-finalis program realiti TV. Shahir sangat kan aku? #tangandibahumatakeatas

Eloklah aku takyah nak membebel panjang lebo sebab keputusan dah dibuat pun. Dan semua keputusan aku setuju walau agak kesian pada Hazama yang tak menang. Tempat pertama - Hafiz, Kedua - Stacy dan Ketiga - Jacklyn Victor. Agak menepati ramalan. Sebab dorang yang menang ni semua antara calon favourite. Dorang menang dapat beratus ribu, aku apa pun tak dapat. Tapi malam final tadi amat seronok sebab ada persembahan Dato Siti Nurhaliza.  Persembahan dia terbaik gila dan aku paling suka part dia nyanyi lagu Mistikus Cinta. Siapa yang tak tengok tadi jemput tengok kat bawah ni. Siti memang awesome. Meltinggg.


Thursday, May 17, 2012

Indahnya Hidup Bila Ada Teman

Ingat lagi dulu aku sempat kerja tak sampai sebulan dekat kedai makan member baik aku. Masa tengah kerja tu ada paper atas meja aku pun baca dan ternampak keratan iklan kerja kosong. Punyalah excited terus aku call dan hujung minggu tu aku pun pergilah interview. Nak kata rezeki tu, tak sangka aku dapat kerja tu. Dan dari situlah bermulanya kehidupan aku sebagai seorang pekerja. Sebelum ni bukan tak pernah kerja, tapi ini kira kerja yang betul-betul serius lah kiranya. 

Mula-mula briefing sumpah kekok ya amat. Sebab aku ada perangai busuk yang mana tak reti nak bergaul dengan orang yang aku tak kenal. Masa datang ofis waktu tu, semua orang baru. Aku bukanlah kategori peramah, memanglah banyak cakap aku ni tapi hanyalah dengan orang yang aku rapat je. So mula-mula tu susah sangat-sangat nak sesuaikan diri. Tapi kata orang tak kenal maka taklah cinta, bila dah kenal, mula rapat dan akhirnya aku mula jatuh cinta kerja dekat sini. 

Aku ingat lagi masa mula kerja tu, aku kena kerja shift malam seminggu sebelum masuk siang. Dan tak sampai sebulan kerja, aku jatuh sakit teruk sangat-sangat. Masa sakit tu aku dah tak rasa aku boleh kerja situ lagi sebab aku off selama 2minggu. Masa tu tak tahu nak kata apa dah selain dari menangis setiap hari menahan sakit yang aku tanggung. Masa dalam proses nak berubat memang aku nekad untuk berhenti dah tapi bila masuk ofis balik hati mula rasa berat. 

Sebelum sakit, aku tak sempat nak kenal dengan semua kawan-kawan baru lagi. Anehnya kuasa Allah memang tak siapa boleh duga. Aku ingat lagi dalam ramai-ramai staff ni ada sorang yang aku memang tak pernah tegur lagi dan boleh dikatanya dialah orang terakhir yang aku kenal sebab aku xpenah lagi ditemukan dalam satu shift dengan dia. Tak sangka pulak orang yang terakhir kita kenal rupanya akan jadi orang yang paling dekat dengan kita. Dan isyaAllah kalau boleh kekal sampai bila-bila walau terkadang aku rasa kau tak perlukan aku mcmana aku perlukan kau. Maafkan aku.



Aku masa sekolah dulu rapat dengan orang lain, tapi bila habis sekolah aku rapat dengan orang lain. Masa aku sambung diploma, aku rapat sangat dengan seseorang ni, tapi tak sangka bila habis belajar dia pergi dari hidup aku mcm tu je. Dan orang yang aku kawan biasa-biasa je masa Diploma, itu yang masih kekal dengan aku sampai sekarang. 

Besar sungguh impak kawan-kawan dalam hidup aku. Masa bercinta dulu, ex-boyfriend aku selalu kata yang aku selalu lebihkan kawan-kawan dari dia dan dia kata lagi aku selalu nampak bahagia bila bersama kawan berbanding dengan dia. Tapi aku tak ralat lebihkan kawan-kawan, sebab disaat aku ditinggalkan cinta. Aku masih ada kawan-kawan yang setia di sisi. Dan harini kenapa aku terpanggil untuk update isu ini sebenarnya sebab aku sedikit sedih malam ni. Aku ada salah faham sikit dengan kawan aku. Allah baru tarik sikit je dia dari aku tapi aku dah terasa sakitnya. Begitu beertinya nilai persahabatan dalam diri aku. 

Aku masih mampu melangkah saat gagal bercinta tapi tak mungkin mampu tersenyum bila teman terasa hati dengan aku. Ya allah cukuplah hanya cinta yang kau ambil. Aku perlukan kawan dan juga keluarga untuk meneruskan kehidupan. Moga ukhwah aku bersama mereka semua kekal sehingga nafas aku yang terakhir. Entry ini memang agak sedih sebab aku memang tengah sedih. Untuk kawan-kawan yang baca entry ni, jom dengar lagu ni. Aku nak tujukan buat semua kawan-kawan aku. Terima kasih sebab sudi berada di sisi sehingga kini. Maaf andai penah menyakiti hati kalian dalam sedar mahupun tidak. Secara nyata mahupun kiasan. Sungguh bukan niat dihati. 




Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Disebabkan tiada entry sempena hari ibu, maka aku akan update entry khas sempena hari guru. Harini nak cerita tentang kenangan tak boleh lupa bersama guru. Kalau nak diikutkan tak berapa nak ingat kenangan hari guru sebab aku ni jenis yang selalu pindah sekolah. Jadi tak banyak kenangan bersama guru yang aku ingat sangat. Sekolah sekejap je dekat satu-satu sekolah lepas tu aku akan pindah. 

Tapi masa aku sekolah rendah, aku stay dekat satu sekolah je so kira dalam 6 tahun jugaklah. Masa tu aku bersekolah dekat negeri perak. Nama sekolah aku Sekolah Kebangsaan Malim Nawar. Aku nak cerita tentang sorang guru ni tapi dia bukanlah guru favourite sebab kenangan yang aku nak cerita ni bukannya sweet pun. Macam tahi je rasanya.

Bagi kawan-kawan yang lama mengenali aku mesti dah tau mcmana perangai aku. Aku ni nak kata pendiam mmg tak melainkan kalau aku belum kenal seseorang tu. Tapi bila dah kenal, dah kawan dan dah mula rapat aku akan jadi sangat bising. Aku banyak sangat cakap tak kira masa dan waktu. Dan satu hal lagi semua kawan dah tahu yang aku suka sangat ketawa. Ketawa tak ingat bila ada kawan-kawan buat lawak. 

Nak dijadikan cerita, masa tu aku darjah tiga. Kawan aku buat lawak tahap bangang dalam library. Tempat yang tak sesuai untuk bergurau senda, tapi sebab dah kawan tu buat lawak aku tahan ketawa. Bila tahan dia jadi tak bole stop. Aku tak ingat nama kawan tu sape sebab dah lama sangat. Aku dah kena warning supaya diam tapi bila kena marah ketawa makin menjadi. Untuk kali yang ketiga kena tegur tu sudahnya kena lempang dengan cikgu tu. Ulang suara, kena lempang. Kalu korang kat tempat aku apa korang rasa? Aku berasa oren.

Dia bukan guru muslim pun. Mmg lah dia emosi nak mampus. Dan disebabkan dia jugak aku penah kena denda cuci tandas.Isu tak lain tak bukan mestilah sebab bising. Membawa diri ke sekolah menengah aku berubah sikit. Tapi lepas je abis sekolah dan masuk Poly Shah Alam tahap kebisingan jadi lebih hebat dari biasa. Sebab kwn-kwn poly mmg superb. Best nak mampus. Tapi itu aku akan cerita next time je.

Dikesempatan ni aku nak ucap selamat hari guru untuk semua guru-guru yang penah mengajar aku dari Perak, Ampang dan jugak Kajang. Jasa kalian tak dapat dilupa. Oh tak dilupa jugak buat guru tadika keturunan turun-temurun. Kenapa turun temurun? Sebab dr kakak kepada abang dan kepada aku dan adik sepupu semua dia yang ajar. Dasar guru awet muda. Hehe.