Monday, February 06, 2012

Peraduan Tiru Gaya Artis AJL 26

Aku tak tahulah nak cakap macamana, tapi budak2 muda zaman skrg sangat lah berbakat buat vlogger masing2. Senak perut aku tgk video2 kat youtube ni. Aku tak tahulah aku yang ketinggalan zaman ke apa. Tapi aku baru tahulah pasal pertandingan tiru gaya artis time Anugerah Juara Lagu. Dan semuanya mmg tak menahan buat aku berair mata tgk. Siapa tak tengok lagi jom aku nak share kat sini. Aku sertakan sekali versi artis yang asal and yang ditiru. Korang tengoklah sendiri betapa kelakarnya semua mamat2 ni buat.

Bunga-Bunga Cinta -Misha Omar



Jerat Percintaan - Siti Nurhaliza


Pulangkan - Misha Omar


Yang menang video pulangkan. Memang sebijik dia tiru. Tapi aku lagi suka bunga-bunga cinta. Sebab mamat tu siap buat baju sama macam misha lagi tu. Ada banyak lagi. Kalau nak tgk, korang rajin2 lah cari dekat youtube. Hewhewhew. Sebenarnya aku dah try upload utk korg video yang menang, tapi punyalah ngek nya berjam aku tunggu tak attach2 jugak. so aku bagi link je korg tgk sindiri. http://majjal.blogspot.com/ (scroll down cari video tu dan dorg ni mmg best ye buat video semua kelakar. )

Friday, February 03, 2012

Harga Diriku

Thursday, January 19, 2012

Sorotan Sepanjang 2011.

Harini 18 Januari 2012 dah sebenarnya tapi baru lah aku nak terhegeh2 mengupdate belog. Dahla terhegeh2 lepas tu ada hati lagi nak cerita pasal isu tahun lepas. hewhewhew. Agaknya kome ni lupa ni belog aku, jadi sukati akulah kan nak update bila. Aku boleh je pegi ke ruangan setting pastu tukar tarikh jadi 31 Disember 2011. Pastu buat muka tak bersalah post entry konon tak ketinggalan. Tapi lupakan jelah sebab semua followers dah tahu tahap kelembapan aku mengupdate belog. 

Sekarang tak sempat ye nok nak update belog sbb sibuk kerja, Aku rasa sekarang aku tido setiap hari dalam 5jam je dan balik rumah semata untuk mandi dan makan. Pagi malam kerja. Balik kerja pun dah pukul 3pagi. Dan mesti bunyi macam suspen je kerja apa kan. Aku dah lah plan nak further study part time tahun ni. Tapi dengan schedule aku yang mcm ngek ni je mampukah aku nak ke menara gading? 

Berbalik kepada pokok pangkal tajuk, aku nak buat rumusan pendek untuk suka duka 2011. Tapi aku akan letak gambar sbb aku rasa lg senang aku nak membebel tak tentu arah. Gigih mengedit gambar selama dua jam. Jadi mari mulakan penceritaan.



Berbuka puasa with two gorgeous friend ini adalah wajib dibuat tiap tahun. 
Makan harus mewah2 kahkahkah.


Raya paling beerti sejak mak pergi. Setelah 17tahun yang berlalu. 



Hari konvokesyen yg cuma ada abah, kyg dan yang. 
Aku ralat org yg aku harap dtg dgn seribu kemaafan tak dtg lgsg.
Kamonlah hari bahagia aku kot.


 Pergi ke UUM Sintok Kedah selama 4hari untuk kursus keusahawanan. 
Dan sepanjang masa lapang sempat berjalan jalan sana sini sampai ke gua kelam. 
Thank sepupu! Sakan merepek berjoli sakan 100% disponsor kakak shalina.


Balong the banglaboi akhirnya kawin dgn kak ami. 
Dan aku telah berjaya menjadi pengapit paling looser sbb terlalu pemalu.
Padahal org tgk pengantin bkn tgk aku pun. T_T



 Kerja kedua aku sekarang disamping buat Higoat just like before. Kau mampu?
Travel Agency okay. Syukur alhamdulillah dengan gaji yg memberangsangkan.



 Berjalan ke terengganu dengan segala mak nenek sedara mara. 
My sanak sedara kaum keturunan is the best ever! 


Ini mmg perkara aku tak boleh terima hakikat bila kucing kesayangan yg ditatang bagai minyak yg penuh telah hilang. Aku meroyan selama sebulan ye. 
Tiap hari aku lambat pegi kerja sbb pergi cari kucing2 ni dulu selama dua jam sekitar perumahan. Tolong balik rumah jika kome baca belog ni. Tuan merinduimu. Eh eh.


 Gambar mmg seperti oh indahnya pergi USS. Tapi hakikatnya adalah mcm ngek!
Amaran keras! Sila jgn bwk budak2 kecik ke USS 
walaupun niat asal kome nak menggembirakan diorang. 
Sbb akhirnya diorang akan meragam sbb penat lapar blablabla dan spoilkan semuanya!
Bluerghhhhhhhh @.@


                 
Ini kononnya gigih nak menyertai larian amal dengan si sepupu senget zeka dan si danial. 
Sakan menyakan tak tidur satu malam
sebab pukul 2pagi danial dah memekak kat depan rumah. 
Pukul 5pagi dah mula. Tiga ronok sangat walau badan lembik seperti boleh
dijemur di ampaian baju.
OKAY. Yang terakhir ni agak menguji minda untuk buat huraian. 
Memula fikir mcm taknak selit pun. 
Tapi to be fair kepada 2011 sbb dah kata sorotan suka duka. 
So aku be positif just hurai jelah sikit2. Firstly, i miss my kakak Shalina. 
Pasal Kak Shalina tiada apa yg perlu dijelaskan. Keep waiting for her till now.
Secondly, pemergian pakcu ke rahmatullah. 
Alfatihah...
Dan yang ketiga kecundang bercinta. Dan apa yg aku terkilan sangat bila aku bermati matian2 mempertahankan dia dan menunggu dia selama 3tahun. 
Alih2 bila dia tawar hati dia just blah camtu je dari hidup kau tanpa pertahankan kau walau sedikit pun apatah lagi tanya pendapat kau. Mmg betul kata kawan aku.
3 kali perempuan minta ingin dilepaskan , lelaki pujuk minta untuk tak di lepaskan..
tetapi sekali lelaki minta ingin dilepaskan, perempuan tak boleh buat apa hanya mampu menerima..

Kenapa?

Lelaki kalau dia taknak, memang dia taknak sungguh.. takde rayu rayu...titik!! 
Sekian harap maklum. Kbai.

Monday, January 09, 2012

Funneyh


Bebudak skrg ni mmg kreatif. Dulu aku ketawa terbahak2 dengan lagu translation dari blogger Encik Mimpi. Skrg muncul yang ni pulak dan dua2 nya mmg klakar habis. Mat Luthfi dah lama xbuat vlog. Oh yg bawah ni video Encik Mimpi nyanyi lagu price tag yang telah di google translate ke bahasa melayu.

Thursday, January 05, 2012

Pakcu Dalam Kenangan.

Pakcu dalam kenangan. Moga ditempatkan dlm golongan org beriman.



Moga Makcu, Hanie, Herma dan Amal tabah mengharungi tahun 2012 ini 
yang telah berubah 100% bagi mereka setelah ketiadaan ayah. 
Teruskan kehidupan kerana yang pergi tetap pergi.
Kami tetap bersama kalian.

Tuesday, December 20, 2011

Entry Jam 5pagi.

Jam dah pukul 5pagi. Harini punyalah sibuk sampai pukul 4 baru berjaya balik rumah. Sakanlah kehidupan skrg mmg penuh ranjau dan liku. Lepas je siap2 diri semua apa yang patut dan tak patut, tiba2 aku rasa nak update belog. Sebab aku dah tahu siang2 hari aku tak pernah nak ada masa sekarang.

Lewat pagi ni lain benar rasa hati. Sejak dari dalam kereta tadi. Aku asyik teringat pada insan2 tersayang yg masih ada, yang telah pergi dan tak kurang juga yang berlalu pergi. Kenapa kan tiba2 nak teringat padahal kehidupan dah cukup sibuk.

Pada yang dah pergi, macamana lah agaknya mereka di sana. Moga di tempatkan bersama golongan2 orang yang beriman. Pada yang masih ada, tiada apa aku nak cakap, cuma aku nak janji yang aku nak berikan yang terbaik buat mereka selagi aku mampu. Dan pada dua orang yang dah berlalu pergi, aku doakan yang baik2 juga buat mereka. Tahukah mereka aku masih mengenang mereka hingga ke saat ini.

Entahlah aku tak pasti aku ni sebenarnya bodoh ke apa. Aku suka nak fikir orang yang tak pernah nak fikir aku. Tapi takpelah sbb aku sentiasa memaafkan mereka2 ini. Sebab mereka pernah singgah dalam hati aku satu ketika dulu. Dan aku juga pernah singgah dalam hati mereka satu ketika dulu. Tapi sayang. Mereka dah lupa.

Aku sentimental sungguh malam ni sejak balik dari satu seminar Road To Success beberapa hari yang lalu. Impaknya seminar tu mmg kuat. Aku tak tahulah macamana dia buat sampai  dia mampu memainkan kestabilan emosi aku. Anyway, Thank you Dr Zack. Seminar anda mmg buat saya teringat insan2 tersayang saya semula.

3 soalan utama di dalam seminar itu yang aku nak kongsikan dengan semua di sini adalah :

    a. Sudahkah aku bahagiakan diriku?
    b. Sudahkah aku curahkan kasih sygku kpd keluargaku?
    c. Sudahkah aku membalas jasa kedua ibu bapaku?

Aku sebenarnya tak ada jawapan utk ketiga2 soalan ini. Jenuh jugak aku pejam mata dan bertanya pada diri tapi aku tak jumpa jawapan. Bila aku kaji2 balik dalam buku. Bahagia itu rupanya di hati. Biarlah orang lupakan kita, biarlah tiada siapa yang mengingati kita. Yang penting kita sentiasa sygkan mereka. Dan ALLAH itu ada. Bila kita ingat dia, itulah bahagia yang sebenar-benarnya. Tahukah anda yang hati kita ada magnet? Jika kita membenci org, kita hanya menarik aura supaya orang membenci kita semula. Kan syg tu lebih indah. Jadi biarlah anda terkenang walau mereka tiada mengenang.

Thursday, December 15, 2011

Balong Wedding

Aku betul2 dah tak ada masa nak update belog. Dan inilah akibatnya. Entry yang sepatutnya dah berkurun aku update masih tersimpan rapi di dalam folder di dekstop laptop. Tak salah aku lah, balong ni dah kawin sebulan yang lalu. Tapi sebab baru ada masa, so aku akan update sekarang pasal wedding dia ni. 

Balong ni merangkap abang sepupu aku. Mmg annoying gila perangai dia sbb suka cari pasal. Tapi kami sepupu sepapat mmg close sejak dari kecik sebab dah dididik oleh mak mak sedara supaya menyayangi sepupu sepupu ye konsepnya. Lagipun kami semua mmg membesar bersama sejak dari kecik lagi.

So untuk itu balong harini diberi penghormatan khas untuk menjadi watak tempelan sahaja ye di entry belog ni. Okay mari aku teruskan penceritaan. Kenduri ni berlangsung di dua tempat iaitu Terengganu dan Perak disebabkan penganting perempuan orang Terengganu. Jadi gigihlah semuanya ke Terengganu kan. Tapi disebabkan kami pihak lelaki, so of course lah kat perak lebih seronok kan. 

Dan yang menariknya masa kenduri kat belah lelaki merangkap di perak aku jadi pengapit. Walau mcm pengapit tak siap, ye lah aku diberi task 10minit sebelum majlis. Disebabkan keadaan memaksa so terima jelah. Tapi kenduri belah lelaki tak havoc sangat mcm belah perempuan. So aku rasa pengapit macam takde fungsi je. HEHE. 

Tak sah rasanya tak tunjuk gambo kan? Dah kata blogger sejati. Scroll down scroll down please!














Kesimpulan yang boleh dibuat adalah aku sangat tidak layak menjadi pengapit. Sebab aku akan boring dan tinggalkan pengatin terkontang kanting utk mencari keseronokkan aku sendiri bersama sepupu2 lain yang sedang bergambar dan bergosip. Walaupun kebarangkalian kau untuk masuk dalam semua gambar jurukamera profesional sangat tinggi kerana sering disamping pengantin. Tapi aku tetap prefer kamera kome. Bulan 2 ni pulak aku dah dapat lagi satu pelawaan untuk menjadi pengapit untuk sorang kawan masa aku belajar di polytechnic dulu. Too excited dan harap kau tak menyesal dengan memilih aku.