Thursday, December 15, 2011

Balong Wedding

Aku betul2 dah tak ada masa nak update belog. Dan inilah akibatnya. Entry yang sepatutnya dah berkurun aku update masih tersimpan rapi di dalam folder di dekstop laptop. Tak salah aku lah, balong ni dah kawin sebulan yang lalu. Tapi sebab baru ada masa, so aku akan update sekarang pasal wedding dia ni. 

Balong ni merangkap abang sepupu aku. Mmg annoying gila perangai dia sbb suka cari pasal. Tapi kami sepupu sepapat mmg close sejak dari kecik sebab dah dididik oleh mak mak sedara supaya menyayangi sepupu sepupu ye konsepnya. Lagipun kami semua mmg membesar bersama sejak dari kecik lagi.

So untuk itu balong harini diberi penghormatan khas untuk menjadi watak tempelan sahaja ye di entry belog ni. Okay mari aku teruskan penceritaan. Kenduri ni berlangsung di dua tempat iaitu Terengganu dan Perak disebabkan penganting perempuan orang Terengganu. Jadi gigihlah semuanya ke Terengganu kan. Tapi disebabkan kami pihak lelaki, so of course lah kat perak lebih seronok kan. 

Dan yang menariknya masa kenduri kat belah lelaki merangkap di perak aku jadi pengapit. Walau mcm pengapit tak siap, ye lah aku diberi task 10minit sebelum majlis. Disebabkan keadaan memaksa so terima jelah. Tapi kenduri belah lelaki tak havoc sangat mcm belah perempuan. So aku rasa pengapit macam takde fungsi je. HEHE. 

Tak sah rasanya tak tunjuk gambo kan? Dah kata blogger sejati. Scroll down scroll down please!














Kesimpulan yang boleh dibuat adalah aku sangat tidak layak menjadi pengapit. Sebab aku akan boring dan tinggalkan pengatin terkontang kanting utk mencari keseronokkan aku sendiri bersama sepupu2 lain yang sedang bergambar dan bergosip. Walaupun kebarangkalian kau untuk masuk dalam semua gambar jurukamera profesional sangat tinggi kerana sering disamping pengantin. Tapi aku tetap prefer kamera kome. Bulan 2 ni pulak aku dah dapat lagi satu pelawaan untuk menjadi pengapit untuk sorang kawan masa aku belajar di polytechnic dulu. Too excited dan harap kau tak menyesal dengan memilih aku.

0 comments: