Thursday, January 19, 2012

Sorotan Sepanjang 2011.

Harini 18 Januari 2012 dah sebenarnya tapi baru lah aku nak terhegeh2 mengupdate belog. Dahla terhegeh2 lepas tu ada hati lagi nak cerita pasal isu tahun lepas. hewhewhew. Agaknya kome ni lupa ni belog aku, jadi sukati akulah kan nak update bila. Aku boleh je pegi ke ruangan setting pastu tukar tarikh jadi 31 Disember 2011. Pastu buat muka tak bersalah post entry konon tak ketinggalan. Tapi lupakan jelah sebab semua followers dah tahu tahap kelembapan aku mengupdate belog. 

Sekarang tak sempat ye nok nak update belog sbb sibuk kerja, Aku rasa sekarang aku tido setiap hari dalam 5jam je dan balik rumah semata untuk mandi dan makan. Pagi malam kerja. Balik kerja pun dah pukul 3pagi. Dan mesti bunyi macam suspen je kerja apa kan. Aku dah lah plan nak further study part time tahun ni. Tapi dengan schedule aku yang mcm ngek ni je mampukah aku nak ke menara gading? 

Berbalik kepada pokok pangkal tajuk, aku nak buat rumusan pendek untuk suka duka 2011. Tapi aku akan letak gambar sbb aku rasa lg senang aku nak membebel tak tentu arah. Gigih mengedit gambar selama dua jam. Jadi mari mulakan penceritaan.



Berbuka puasa with two gorgeous friend ini adalah wajib dibuat tiap tahun. 
Makan harus mewah2 kahkahkah.


Raya paling beerti sejak mak pergi. Setelah 17tahun yang berlalu. 



Hari konvokesyen yg cuma ada abah, kyg dan yang. 
Aku ralat org yg aku harap dtg dgn seribu kemaafan tak dtg lgsg.
Kamonlah hari bahagia aku kot.


 Pergi ke UUM Sintok Kedah selama 4hari untuk kursus keusahawanan. 
Dan sepanjang masa lapang sempat berjalan jalan sana sini sampai ke gua kelam. 
Thank sepupu! Sakan merepek berjoli sakan 100% disponsor kakak shalina.


Balong the banglaboi akhirnya kawin dgn kak ami. 
Dan aku telah berjaya menjadi pengapit paling looser sbb terlalu pemalu.
Padahal org tgk pengantin bkn tgk aku pun. T_T



 Kerja kedua aku sekarang disamping buat Higoat just like before. Kau mampu?
Travel Agency okay. Syukur alhamdulillah dengan gaji yg memberangsangkan.



 Berjalan ke terengganu dengan segala mak nenek sedara mara. 
My sanak sedara kaum keturunan is the best ever! 


Ini mmg perkara aku tak boleh terima hakikat bila kucing kesayangan yg ditatang bagai minyak yg penuh telah hilang. Aku meroyan selama sebulan ye. 
Tiap hari aku lambat pegi kerja sbb pergi cari kucing2 ni dulu selama dua jam sekitar perumahan. Tolong balik rumah jika kome baca belog ni. Tuan merinduimu. Eh eh.


 Gambar mmg seperti oh indahnya pergi USS. Tapi hakikatnya adalah mcm ngek!
Amaran keras! Sila jgn bwk budak2 kecik ke USS 
walaupun niat asal kome nak menggembirakan diorang. 
Sbb akhirnya diorang akan meragam sbb penat lapar blablabla dan spoilkan semuanya!
Bluerghhhhhhhh @.@


                 
Ini kononnya gigih nak menyertai larian amal dengan si sepupu senget zeka dan si danial. 
Sakan menyakan tak tidur satu malam
sebab pukul 2pagi danial dah memekak kat depan rumah. 
Pukul 5pagi dah mula. Tiga ronok sangat walau badan lembik seperti boleh
dijemur di ampaian baju.
OKAY. Yang terakhir ni agak menguji minda untuk buat huraian. 
Memula fikir mcm taknak selit pun. 
Tapi to be fair kepada 2011 sbb dah kata sorotan suka duka. 
So aku be positif just hurai jelah sikit2. Firstly, i miss my kakak Shalina. 
Pasal Kak Shalina tiada apa yg perlu dijelaskan. Keep waiting for her till now.
Secondly, pemergian pakcu ke rahmatullah. 
Alfatihah...
Dan yang ketiga kecundang bercinta. Dan apa yg aku terkilan sangat bila aku bermati matian2 mempertahankan dia dan menunggu dia selama 3tahun. 
Alih2 bila dia tawar hati dia just blah camtu je dari hidup kau tanpa pertahankan kau walau sedikit pun apatah lagi tanya pendapat kau. Mmg betul kata kawan aku.
3 kali perempuan minta ingin dilepaskan , lelaki pujuk minta untuk tak di lepaskan..
tetapi sekali lelaki minta ingin dilepaskan, perempuan tak boleh buat apa hanya mampu menerima..

Kenapa?

Lelaki kalau dia taknak, memang dia taknak sungguh.. takde rayu rayu...titik!! 
Sekian harap maklum. Kbai.

0 comments: