Sunday, April 29, 2012

Uncle Husin Ngok Ngek

Dah lama tak buat review filem-filem baru 
busy dengan kehidupan kononnya kan? 
so tadi aku berkesempatan tengok wayang. 
Dan tolong jgn syak aku mental sbb tgk cerita ni. 
Aku sebenarnya bawak anak buah aku tgk 
so kenalah pilih cerita yang sesuai dengan tahap level mereka. 
Aku sendiri kagum dengan pencapaian diri sendiri sebab
 mampu betahan sampai ke penghujung cerita. 
Jom nak share poster cerita ni sebelum aku memulakan tohmahan.


Cerita Uncle Husin. 
Dah kata pun tohmahan dalam perenggan atas. 
Dah sah-sah aku nak mengata cerita ni. 
Pengarah dia sengal ke apa? 
Pelakon dia ambik bukan main lagi. 
Dah la ramai gila pelakon tapi jalan cerita sangat tongong okay. Aku nak muntah sepanjang cerita ni. 
Dah la yang dalam panggung ketawa2 konon kelakar sangat? #tangankebahumatakeatas 
so sweet sangat korang kan. 
Aku mual dan xmampu nak komen, 
Aku cuma rasa yang zizan dan johan dah berusaha keras 
guna dialog spontan mereka nak bagi cerita ni kelakar sikit. 
Tapi effort dari pengarah adelah sangat hampagas. 
Kesimpulannya, tak payah lah tengok.
Tak ada bintang nak bagi sebab 
semalam hujan jadi bintang tak keluar harini. 


Uncle husin ngok ngek kaki untut kepala kemek.

Tuesday, April 24, 2012

Abah

Harini nak cakap pasal abah je sebab abah tak penah aku cerita dalam belog aku ni kan? Sebenarnya semalam birthday abah 23.4.2012, yang ke berapa adelah rahsia. Sebab abah selalu muda di hati kami anak2. Jadi umur tu sekadar angka je. Dasar anak poyo nak membodek macamlah abah kau baca belog ni.

Sebenarnya sedih sikit sebab tak dapat cuti padahal abah dah call dua tiga hari sebelum tu cakap birthday abah dah nak dekat, so aku dengan adik beradik semua ingat nak balik la nak buat party tua mengejut untuk abah. Kalau boleh tahun ni nak buat special sikit lah memandangkan tahun ni mcm ade rezeki lebih.

Dan plan nak beli hadiah, booking bilik karaoke dan beli kek bagai alih2 aku tak ada cuti nak balik pun. So yang lain2 je yang balik hari sabtu tu dan aku gigih bekerja mencari rezeki kononnya. Tapi adik beradik aku tetap celebrate, dan disebabkan abah asyik cakap suka blackberry sangat ktorg bagi abah blackberry satu. Walaupun bukanlah yg paling canggih tapi takpelah asalkan abah suka. 

Hehe akhir kata, selamat hari jadi abah, moga abah panjang umur dan selalu dirahmati Allah. Moga abah bahagia selalu dengan anak-anaknya ni yang tak kaya mana tapi sedaya upaya memenuhi segala permintaan abah supaya abah bangga dengan kitorang semua. Aku dah check laptop pasatu takde pun gambar abah sebab haritu laptop format dan hilang semua. OKBAI.

Friday, April 20, 2012

Sunway Pyramid.


Ini gambar saya bersama kawan saya. Nama dia Amira Ramli. Saya kenal dia masa tingkatan 3 maknanya dah dekat 7 tahun berkawan. Kami suka keluar dan buat plan last minute. Dulu masa tak ada kereta nak jumpa dia pun setahun dapat dua tiga kali je. Sekarang tak lagi dengan adanya BIBAH dan TIMAH. Terima kasih kepada Bibah dan Timah. Kami pergi berjalan ke Sunway Pyramid dan makan di Carls Junior dan Old Town White Coffee. Kami kenyang sangat dan pulang dengan senang hati sambil berjalan lalalalalala. Sekian saja karangan darjah 1 saya.

So yesterday.

Harini aku nak bercerita ikhlas dari hati. Mungkin ada orang yang akan kata nak buat apa lagi cerita ni, benda dah lepas biarkan berlalu tak perlu kenangkan lagi. Memang betul pun, dan kalau boleh aku nak luahkan segalanya harini dan lepas ni biarlah segalanya pergi. Aku dah taknak lagi ingat hal ni sampai bila2. Aku bukan nak bercerita hal peribadi sesuka hati tapi aku anggap blog ni sebagai satu tempat aku nak meluahkan isi hati dan kalau boleh lepas ni aku nak mulakan hidup baru bersama semangat baru.

Empat tahu yang lepas aku ada aku ada berkawan dengan sesorang lelaki,  kami berkawan dan bercinta selama 3 tahun. Tapi tahun lepas, kami bergaduh atas hal yang kecik dan putus di tengah jalan. Tipulah kalau tak sedih, sebab aku dah berkawan dengan dia 3 tahun. Tiba2 dia pergi hilang dari hidup aku tanpa sebarang berita. Mungkin silapnya aku kerana ketelanjuran kata. Aku tak penah nak kata diri aku betul pun. Tapi selama ni aku selalu memaafkan dia walau apa pun yang dia buat pada aku. Bila dah sayang, aku sanggup terima apa saja sikap dia walau dah banyak kali dia pergi tinggalkan aku. Aku sentiasa memaafkan dia dan menerima dia apa adanya.

Tapi lelaki kan, bukan aku nak prejudis pada lelaki tapi selalu mcm ni. Kita selalu boleh maafkan dia walau besar mana sekalipun, walau dia tinggi suara, walau dia naik tangan dan sebagainya tapi perempuan mesti akan maafkan. Tapi bila perempuan? lelaki senang je akan bagi alasan dorang dah fed up. So dorang simply je boleh terus pergi tanpa sebarang kata. Dan ini juga yang jadi pada aku, bukan nak mengungkit tapi kadang2 aku rasa dia tidak adil dengan aku.

Walau dah putus, aku tak pernah berhenti berharap. Aku masih setia menunggu sebab bagi aku kami tak putus cuma break sekejap utk muhasabah diri, perbaiki diri masing2 dan berbaik semula. Sebab aku fikir kalau aku dengan dia, mungkin takkan ada masalah dah sebab kami dah kenal diri masing2. Tapi semua ni cuma hati aku sorang, baik bagi aku tapi semestinya bagi dia kan? Mungkin aku letak harapan yang terlalu tinggi dan akhirnya aku kecewa sendiri.

Hampir setahun kami putus, ingatan aku pada dia kuat. Aku buat macam2 ikhtiar bagi mendapatkan petunjuk sebab aku betul2 tak tahu nak buat keputusan. Dan akhirnya aku mesej dia, aku luahkan segalanya tentang apa yang aku rasa. Tapi apa yang aku dapatnya hanya satu kehampaan. Dia bagitahu dia dah ada pengganti lain. Dan aku dah dapat tahu dari orang lain termasuk dari pasangan kepada pasangan baru dia tu sendiri. Apa aku boleh buat lagi? Aku redha dengan takdir aku.

Dan hari ni aku janji pada diri sendiri, untuk mulakan hidup baru. Cukuplah ini jadi entry terakhir aku bercerita tentang dia. Moga dia bahagia selalu bersama pengganti baru dia. Cukuplah 4 tahun aku menanti dia dengan penuh setia. Aku rasa dia tak pernah nak hargai apa yang aku buat untuk dia. Sampai masa dia  pergi dan tinggalkan aku. Bagi aku semua ni dah cukup membuktikan dia tak sayang aku. Hidup perlu diteruskan.

Dalam nak menyiap perenggan2 terakhir, sedar tak sedar menitis air mata. Aku sedih sebenarnya sebab banyak sgt suka duka aku kongsi sama2 dia. Banyak sangat kenangan yang ada antara kami yang tak mungkin aku dapat lupa. Tapi kehendak takdir kita tak boleh halang. Aku tak boleh nak paksa kalau hati tiada bukan lagi untuk aku. Walau sakit aku akan selalu cuba maafkan dia. Aku tak nak mendendami dia lagipun bagi aku dia kenangan terindah aku penah ada. "Kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain". Bukan sengaja nak putus asa, tapi rasanya dah tak boleh nak teruskan lagi.  Cukup cukup lah setia pada orang yang tak sepatutnya.


Happily Ever After So Once Upon  A time.
THE END

Saturday, April 14, 2012

2.00 am

Saisaki Shogun



Lastweek bila tah aku pun dah tak ingat tarikh, office buat makan2 dekat restoran makanan jepun Saisaki di menara UOA di Kuala Lumpur. Tapi lunch ni di sponsor sepenuhnya oleh customer ktorg yang sangat kaya lagi berkarisma haha bole camtu? Untung sebenarnya bila company buat kerja yg byk berurusan dgn customer ni. Nak tahu kenapa? mmg lah kadang2 sakit jiwa nak kena layan mcm2 kerenah customer. Tapi once dorg puas hati, dorg takkan teragak2 nak reward dgn blanja mkn mcmni. Thank you Mr Alsuhaimi.




Sejujurnya aku tak berapa minat makanan jepun. Kalo sushi king aku bole pegi lagi sbb aku rasa lagi sedap. Tgk kwn2 yang duduk meja lain semua layan je makan. Aku keluar dgn hampa. Semua kwn2 pun dah tau yg perut aku sangat lah melayu klasik purba yang hanya sukakan nasik. Tapi aku makan jelah sbb dah orang belanja kan walau kena paksa diri. Sila jangan tertipu dgn gambar di atas yang kelihatan bahagia memakan makanan jepun. Sudah penat membebel, siapa yg gila makan sushi jemputlah pegi sbb dia cas satu kepala dalam RM80, lepas tu korang makan sampai lebam selama 3jam. Bagi aku tak mengenyangkan langsung dan blk malam tu terus aku tak sihat. Hehhh. Tak jepun langsung sah tak layak melancong ke Jepun.








Tak larat nak cerita panjang dah, aku letak gambar2 yang kacak bersama kwn ofis je untuk menggambarkan situasi. Overall aku sangat enjoy pegi lunch dengan office mate konvoi ramai2 ni. Sakan menutup ofis sampai ke petang. Thank to everyone. Anda sangat membuat hariku terisi walau perut tak terisi hehe.