Harini aku nak bercerita ikhlas dari hati. Mungkin ada orang yang akan kata nak buat apa lagi cerita ni, benda dah lepas biarkan berlalu tak perlu kenangkan lagi. Memang betul pun, dan kalau boleh aku nak luahkan segalanya harini dan lepas ni biarlah segalanya pergi. Aku dah taknak lagi ingat hal ni sampai bila2. Aku bukan nak bercerita hal peribadi sesuka hati tapi aku anggap blog ni sebagai satu tempat aku nak meluahkan isi hati dan kalau boleh lepas ni aku nak mulakan hidup baru bersama semangat baru.
Empat tahu yang lepas aku ada aku ada berkawan dengan sesorang lelaki, kami berkawan dan bercinta selama 3 tahun. Tapi tahun lepas, kami bergaduh atas hal yang kecik dan putus di tengah jalan. Tipulah kalau tak sedih, sebab aku dah berkawan dengan dia 3 tahun. Tiba2 dia pergi hilang dari hidup aku tanpa sebarang berita. Mungkin silapnya aku kerana ketelanjuran kata. Aku tak penah nak kata diri aku betul pun. Tapi selama ni aku selalu memaafkan dia walau apa pun yang dia buat pada aku. Bila dah sayang, aku sanggup terima apa saja sikap dia walau dah banyak kali dia pergi tinggalkan aku. Aku sentiasa memaafkan dia dan menerima dia apa adanya.
Tapi lelaki kan, bukan aku nak prejudis pada lelaki tapi selalu mcm ni. Kita selalu boleh maafkan dia walau besar mana sekalipun, walau dia tinggi suara, walau dia naik tangan dan sebagainya tapi perempuan mesti akan maafkan. Tapi bila perempuan? lelaki senang je akan bagi alasan dorang dah fed up. So dorang simply je boleh terus pergi tanpa sebarang kata. Dan ini juga yang jadi pada aku, bukan nak mengungkit tapi kadang2 aku rasa dia tidak adil dengan aku.
Walau dah putus, aku tak pernah berhenti berharap. Aku masih setia menunggu sebab bagi aku kami tak putus cuma break sekejap utk muhasabah diri, perbaiki diri masing2 dan berbaik semula. Sebab aku fikir kalau aku dengan dia, mungkin takkan ada masalah dah sebab kami dah kenal diri masing2. Tapi semua ni cuma hati aku sorang, baik bagi aku tapi semestinya bagi dia kan? Mungkin aku letak harapan yang terlalu tinggi dan akhirnya aku kecewa sendiri.
Hampir setahun kami putus, ingatan aku pada dia kuat. Aku buat macam2 ikhtiar bagi mendapatkan petunjuk sebab aku betul2 tak tahu nak buat keputusan. Dan akhirnya aku mesej dia, aku luahkan segalanya tentang apa yang aku rasa. Tapi apa yang aku dapatnya hanya satu kehampaan. Dia bagitahu dia dah ada pengganti lain. Dan aku dah dapat tahu dari orang lain termasuk dari pasangan kepada pasangan baru dia tu sendiri. Apa aku boleh buat lagi? Aku redha dengan takdir aku.
Dan hari ni aku janji pada diri sendiri, untuk mulakan hidup baru. Cukuplah ini jadi entry terakhir aku bercerita tentang dia. Moga dia bahagia selalu bersama pengganti baru dia. Cukuplah 4 tahun aku menanti dia dengan penuh setia. Aku rasa dia tak pernah nak hargai apa yang aku buat untuk dia. Sampai masa dia pergi dan tinggalkan aku. Bagi aku semua ni dah cukup membuktikan dia tak sayang aku. Hidup perlu diteruskan.
Dalam nak menyiap perenggan2 terakhir, sedar tak sedar menitis air mata. Aku sedih sebenarnya sebab banyak sgt suka duka aku kongsi sama2 dia. Banyak sangat kenangan yang ada antara kami yang tak mungkin aku dapat lupa. Tapi kehendak takdir kita tak boleh halang. Aku tak boleh nak paksa kalau hati tiada bukan lagi untuk aku. Walau sakit aku akan selalu cuba maafkan dia. Aku tak nak mendendami dia lagipun bagi aku dia kenangan terindah aku penah ada. "Kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain". Bukan sengaja nak putus asa, tapi rasanya dah tak boleh nak teruskan lagi. Cukup cukup lah setia pada orang yang tak sepatutnya.
Happily Ever After So Once Upon A time.
THE END

0 comments:
Post a Comment