Lastweek bila tah aku pun dah tak ingat tarikh, office buat makan2 dekat restoran makanan jepun Saisaki di menara UOA di Kuala Lumpur. Tapi lunch ni di sponsor sepenuhnya oleh customer ktorg yang sangat kaya lagi berkarisma haha bole camtu? Untung sebenarnya bila company buat kerja yg byk berurusan dgn customer ni. Nak tahu kenapa? mmg lah kadang2 sakit jiwa nak kena layan mcm2 kerenah customer. Tapi once dorg puas hati, dorg takkan teragak2 nak reward dgn blanja mkn mcmni. Thank you Mr Alsuhaimi.
Sejujurnya aku tak berapa minat makanan jepun. Kalo sushi king aku bole pegi lagi sbb aku rasa lagi sedap. Tgk kwn2 yang duduk meja lain semua layan je makan. Aku keluar dgn hampa. Semua kwn2 pun dah tau yg perut aku sangat lah melayu klasik purba yang hanya sukakan nasik. Tapi aku makan jelah sbb dah orang belanja kan walau kena paksa diri. Sila jangan tertipu dgn gambar di atas yang kelihatan bahagia memakan makanan jepun. Sudah penat membebel, siapa yg gila makan sushi jemputlah pegi sbb dia cas satu kepala dalam RM80, lepas tu korang makan sampai lebam selama 3jam. Bagi aku tak mengenyangkan langsung dan blk malam tu terus aku tak sihat. Hehhh. Tak jepun langsung sah tak layak melancong ke Jepun.
Tak larat nak cerita panjang dah, aku letak gambar2 yang kacak bersama kwn ofis je untuk menggambarkan situasi. Overall aku sangat enjoy pegi lunch dengan office mate konvoi ramai2 ni. Sakan menutup ofis sampai ke petang. Thank to everyone. Anda sangat membuat hariku terisi walau perut tak terisi hehe.

0 comments:
Post a Comment