Wednesday, October 19, 2011

10 Kenangan Manis

Tiba-tiba harini rasa terpanggil untuk menulis perihal kenangan manis. Yelah bila ingat benda-benda yang kita suka, hati pun jadi senang. Dada yang sesak jadi lapang. Selalunya benda yang manis ni ambil masa sikit nak fikir dan ingat balik. Tak sama macam kenangan pahit, sebab sakitnya benda tu buat kita ingat sampai bila-bila padahal kita nak lupa. Macamtu lah lumrah, makin nak lupa makin ingat, makin nak ingat makin ingat2 lupa. Sini aku senaraikan secara ringkas kenangan-kenangan yang aku rasa sangat manis dalamm hidup sejak lahir sampai sekarang.

1. Saat pertama lahir ke bumi. Oi gila ke apa kalau kata tak manis. Siapa kata tak manis cepat2 pegi tembak diri sendiri. Haruslah kita senaraikan dalam kenanagan2 termanis kita, sbb kalau tak ada kenangan yang satu ni, seribu kenangan manis yang lain takkan wujud. Makanya terima kasih to mummy and daddy sebab berusaha mewujudkan anak yang comel baik dan patuh ini. Bunyi macam terlalu perasan kekwat.

2. Kenangan masa sekolah rendah memang susah nak lupa. Sangat cemerlang bijak bestari pandai dan sebagainya. Setiap tahun naik pentas untuk ambil segala macam mak nenek hadiah. Matapelajaran cemerlang, top three dan juga hadiah projek nilam pun kau sapu. Alaa nilam, projek byk membaca buku tu. HAHA. Tapi makin membesar otak makin mengecil seperti saiz buah saga dan makin kurang berfungsi.

3. Jatuh cinta. Ye terpaksa admit yg jatuh cinta juga satu kenangan manis dalam hidup. Siapa yang tak rasa apa2 bila jatuh cinta sila pergi daftar diri di hospital bahagia. Bila putus cinta tu sakit gila, maka lawannya jatuh cinta tu mestilah manis. Apa yang membahagiakan tu sebenarnya perasaan bila disayangi dan dicintai. Menari2 macam patung dalam music box. Dan bila perasaan tu berbalas, mmg ia akan jadi sweet moments dalam hidup. Hewhewhew. Muntah weh muntah. *sambil muntah dalam sinki. (Skrg semuanya tahi)

4. Yang ni mmg manis campur puas hati. Setelah umur kau 22 tahun akhirnya kau berjaya membeli sebuah motokar. Tak kisah lah motokar buatan ape pun kan? Takat beli kereta memahal dan besar tp sekupang pun duit kau tak keluar jangan nak belagak. Yang penting sekarang aku nak kemana mana senang. Dan nama kereta aku adalah Timah. Trust me dia ada kawan baik nama Bibah. Keep waiting for Melah pulah nak muncul. HIHIHI. Melahhhh oooo Melahhh.

5. Satu hal ni mmg kenangan manis bg aku iaitu melancong ke luar negara. Tak lah jauh mana pun. Aku ke Hong Kong dan Beijing bulan 4 tahun lepas. 8 jam dalam flight sangatlah menguji ketahanan otot. Sebab aku sangatlah kekampungan. Tak biasa lah naik flight2 bagai ni. Cuma nasib baik tak jet lag. Sana makanan tak best cuma sukakan cuaca sbb berbeza dengan negara kita ni. Masa aku pergi tu suhu -1' C. Tak ada salji sebab tengah musim summer kalau tak salah. Shopping sana sangat best mcm dekat indonesia. Murah2 dan up to date.

6. Dari zaman sekolah lagi mmg kecoh fenomena abg agkat, kakak agkat, adik angkat, boipren angkat, program anak anagkat haha yang ni bukan ye. Sebenarnya aku macam euww bila tgk kwn2 sakan "ye itulah kakak angkat aku. Aku mcm tak suka dan rasa mcm kelakar. Tapi di saat umur aku 22 tahun dan aku diangkat sbg seorang adik oleh seseorang makanya aku faham perasaan itu sekarang. Yang kau bole share susah senang dan masalah secara berjemaah. Sbb kadang2 nak cerita dgn adik beradik sendiri dorang akan rasa kau buat tebiat nak mampus je. Bezanya kalau zaman sekolah tu mcm angkat2 monyet. tak serius langsung. Ala mcm cinta monyet jugak.I LOVE U LAH SIS.

7. Semasa berusia 19tahun aku diterima masuk ke Poly Shah Alam. Seriously memula mcm nak kaki2 kan semua orang sbb tak suka. Tapi kata orang tak kenal maka tak cinta. Bila dah 3 tahun dekat sana, barulah kenal dunia. Belajar hidup duduk asrama, belajar duduk rumah sewa dan juga belajar bercinta huahuahua. Dekat sana jugak aku belajar hidup independent walau mmg sejarah hidup telah membuktikan aku dah independent dari kecik. Apekah?

Aku rasa entry ni dah terlalu panjang. Sbb kalau diikutkan mmg sampai besok pun tak habis taip. Sebab semua kenangan manis pun nak cerita. Bapak kau belikan kau basikal baru masa darjah 3 pun rasa nak cerita hehh! Jadi aku bercadang tulis setakat ni je. Next entry kalau aku rajin aku sambung lagi. Doa2 lah anda semua termasuk dalam kenangan manis aku. HAHAHAHA. Tapi sejujurnya mmg anda anda dalam sebahagian dalam kenangan manis aku. HANYA hati ni je yang tahu macamana beerti atau tidak anda semua. Maksud aku sesiapa yang baca entry aku ni. KECUALI SI BUBUR.

Wednesday, October 12, 2011

A new day has come

Lama juga ambil masa utk bangkit dari lena yang panjang.
Hidup mengenang nasib semata2 mmg tak membuahkan hasil.
Atas nasihat seseorang
Aku mula memikirkan untuk hidup semula
Makanya aku pergi memotong rambut pendek.
Jadi selamat datang rambut pendek dan selamat tinggal rambut panjang.
Kata orang kalau nak mulakan hidup baru kita kena potong rambut
Kira macam imej dan rupa baru
Jadi boleh lah memulakan hidup baru dengan semangat baru
Dah penat mengenangkan cinta yang kecundang
Masalah kewangan yang tak berkesudahan
Yang dah pergi tu sila pergi berbahagia. 
Sekarang dah sampai masa untuk aku buat sesuatu 
untuk mengubah nasib aku dan juga keluarga
Dalam banyak benda yang hati aku dah rela utk lepaskan pergi
Ada satu hal yang macam susah sangat nak let go.
Macam yang semua sedia maklum di twitter.
Aku sangat mengharap kucin kesayangan aku 
yang dah hilang dua minggu baliksemula ke rumah
Aku dah cari tapi tak jumpa.
Moga ALLAH perkenankan doa aku.
Biarlah orang nak kata aku apa pun.

Yeslah nak nangis tgk gambar ni.
mmg nangis sebenarnya.
kbai.

Thursday, October 06, 2011

Satu Dalam Seribu

Bertuahnya kalau satu dalam seribu menjadi seribu dalam satu.
Apa yang satu dalam seribunya?
Dalam seribu orang nak dapat yang memahami kau cuma seorang je.
Kebiasaannya orang takkan rasa apa yang kau rasa selagi dia tak alami sendiri.
Tapi bukanlah bermakna kau kena mintak orang tu menerima nasib sama mcm kau.
Jadi kau tetap kena teruskan hidup dengan memendam segala rasa.
Selagi boleh pendam, pendam jelah.
Sebab kalau kau luah tapi kau tak dapat respon kau hanya akan jadi gila dua kali ganda.
Kalau betul dah tak tahan carilah pakar2 yang mmg dibayar gaji utk dengar masalah orang ni.
Apa yang kau buat utk tarik perhatian orang?
Balik lewat tiap hari?
Batuk2 sekuat hati sampai nak muntah?
Status2 emosi yang kau update?
Jadi pendiam walhal kau ni banyak cakap?
Sebenarnya apa kau nak buat takda orang kisah lah.
Aku cuma boleh cakap yang ianya tak mengubah apa2 pun.
Jadi kau janganlah kecil hati sbb kan kau dah berdepan dgn masalah yang jauh lebih hebat dari dulu.
Setakat orang tak layan pun nak ambil kisah kenapa?
Tapi memanglah betul sbb makin dewasa makin sensitif.
Sebab bila dah besar barulah ada akal nak fikir.