Monday, August 01, 2011

Sharing is Caring

Sungguh gigih bermain mukabuku malam ni.
Pastu terjumpa benda ni dekat wall kawan.
Gigih sekali lagi nak update belog.
Sebab nak share benda yang aku jumpa ni.
Mari baca sama2 

**********************************

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar.

***********************************
Yeayyyy Yeahhhh!!!
Gigih sungguh kan aku berkongsi fakta ni semua.
Bagi lelaki yang baca ni jangan nak emosi sangat
Ini kan just pendapat je dari pihak kami.
Tapi banyak betulnya aku rasa.
Jadi bawak2 le KOME mengubah perangai

Soooo? kita enjoyyyyy...

1 comments:

ika said...

dengan ini wa mengisytiharkan entry ini mengandungi perkara2 yang benar2 sahaja...