Salam buat semua pembaca.
bertemu lagi kita dalam bual bicara "tanya haza"
isu yang akan saya kupaskan pada hari ini adalah
mengapa sukar nak menerima hakikat?
Saya akan kupaskan dengan lebih mendalam lagi ya tuan puan sekalian.
dalam hidup ini kita tak bole lari dari realiti
pahit manis masam tawar dan sebagainya.
setiap permulaan mesti ada pengakhiran.
dan setiap pertemuan juga pasti ada perpisahan.
setiap yang hidup akan mati
setiap yang ada tetap akan pergi
begitulah lumrah hidup.
Semua orang di dunia ni dah tahu dah tentang lumrah hidup mmg begitu.
sejak azalinya akan begitu kan?
tapi benda yang lumrah tu lah jugak yang kita semua tak bole nak terima.
kan kan kan?
okay ustazah eh tersasul.
okay aku bukan nak cakap pasal kisah cinta aku yang kecundang di tgh jalan ni hokkay.
cerita tu dah lama aku letak tepi.
aku harini nak ckp secara random mengenai semua hal.
bkn mengenai kasih syg sesama manusia semata2.
HADIRIN YANG DIRAHMATI SEKALIAN
Kadang2 ada tak sesuatu benda dalam hidup
yang kita sayang tapi kita terpaksa
lupakan?
tinggalkan?
lepaskan?
mesti ada kan?
hati ni bukan kepalang hiba
sbb kita akan fikir
this is the best i ever had
tiba tiba kita terpaksa terima perubahan
siapa yang tak sedih kan?
padahal kita sebenarnya dah tahu dalam kehidupan ni tak semua kita akan dapat
tak semua benda akan kekal
(berhenti karaoke lagu zianazain kekal lepas ni)
tapi hati masih degil nak terima kan?
lepastu impaknya memang maha hebatlah di hati dan fikiran.
Kadang2 kita kena buka hati dan minda kita untuk terima apa saja.
mmglah kita hanya manusia biasa.
kita tak boleh lari dari sedih tu semua kan.
tapi kita kena tau, sbb kita ni manusia biasalah
kita diuji macam2 dugaan dan cabaran.
AKHIR KATA DARI SAYA TERIMALAH SERANGKAP NASIHAT
kadang kita meminta pada ALLAH setangkai bunga yang indah
tapi ALLAH berikan kita kaktus berduri
kita minta pula kupu-kupu
tapi ALLAH memberikan kita ulat
kita pun sedih, kecewa bahkan marah
Namun kemudian kaktus itu berbunga indah sekali
dan ulat pula berubah menjadi kupu-kupu yangcantik
itulah jalan ALLAH SWT, indah pada waktunya
sesungguhnya, ALLAH tidak memberi apa yang kita HARAPKAN
tetapi ALLAH sebaliknya memberi apa yang kita perlukan.
Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka dan berburuk sangka
tapi jauh di atas segalanya ALLAH sedang merangkai yang terbaik buat kita.
okay sebenarnya harini sangat sedih tau.
dapat berita yg sungguh tidak enak.
dan sungguh tidak minat nak bgtau apakah ia.
sbb itulah terlahirnya entry ini.
okay haza izzrinda sila positifkan minda anda skrg!!!
1 comments:
sila jgn berhenti nynyi lagu ziana zain itu ketika karok...kbai!
Post a Comment