Wednesday, March 09, 2011

sakit tapi berbaloi

dari pagi tadi bangun aku dengar suara anak kucin mengiau dari umah sebelah. rumah sebelah tu rumah kosong yang sudah dibeli. maksudnya ada org dah beli umah tu tapi dia tak duduk lg sbb nak renovate dulu. bukan nak cerita pasal rumah dia pun atau cerita pasal misteri nusantara ke, misteri alam hitam ke atau pun cerita keliwon. aku nak cerita pasal anak kucin je pun he'eh. (ala ala usin dalam HKLBR). okay ni cerita serius sebenarnya sila baca dengan kusyuk.


sepanjang dari pagi bawak ke petang aku dah xsedap hati dgr bunyi anak kucin tuh. even aku tak paham pun bahasa binatang tapi aku masih fahamlah yang kucin tu mintak tlg. siang tu aku sedapkan lah hati kata xde pape kot. tapi kalo  dah dasar pecinta kucin yang setia mmg tak bole tahan. lepas je habis azan magrib aku nekad nak pegi panjat pagar rumah sblh. sebenarnya seram lah jugak tapi suara ank kucin tu dah makin sayup. so aku mmg tak sampai hati nak buat bodoh ayam je. aku cari cari, jumpa anak kunci tu kat dalam tangki yang dalamnya sama ketinggian aku. whatttttttttt?!!!!! saiz lubang tangki tu besar peha je kot bagi manusia normal. alamak alamak, sumpah aku buntu. xkan lah aku tegar nak tgglkan je.


lama aku fikir setengah jam jugak dan hari makin gelap. risau jugak sebab semak blkg umah tu. tapi dah takde pilihan lagi, aku amik torchlight aku suluh dah aku tgk anak kucin tu kesian sangat2. aku dapat idea aku ikat satu plastik dekat satu kayu yang panjang. aku bukak plastik tu lepas tu aku lepas makanan kucin byk2 dalam tu. mgkin sbb dia lapar, anak kucin tu berusaha masuk dalam plastik tu untuk makan. dan akhirnya bjaya jugak aku tarik keluar anak kucin tu yang dah masuk kat dalam plastik tu 10 minit kemudian. even kaki aku terseliuh takpe, asalkan aku bjaya selamatkan kucin tu. skurang kurangnya malam ni aku tido tanpa rasa bersalah. aku mandikan then bagi makan. alhamdulillah ya Allah.


1 comments:

Sya said...

Cmne dgn kaki tu?? ='(