Dah lama rasanya tak update belog. Cerita ada tapi idea tak ada nak olah ayat. Pejam celik dah masuk bulan Mac. Sangat sedih lah nak tinggalkan bulan Februari. Suka dgn bulan Februari sangat sangat. Sebab? Ini yang kita tak tahu.Takdelah sebenarnya suka bula februari sbb aku rasa bulan februari cute. kenapa cute? sbb orang2 cute seperti aku dilahirkan pada bulan tersebut. ok sekian harap maklum.
Hari ni tiba2 rasa nak menulis. Kenapa update belog? tak ada langsung sbb yang khusus. tak ada cerita lgsg. yang pasti minggu ni minggu yang sangat bosan gila. lepas tu emosi sangat tak stabil. budak budak jagaan hampir je kena dera. ok yang ni jang percaya. agaknya aritu wekend sakan sangat bergonjeng sabtu ahad. habis dah semua ketawa. hah ambik kau sepanjang isnin sampai hari ni aku melangut je menung tengok kiri kanan depan belakang.
Sebenarnya tepat jam 12 malam ni hari jadi kakak dan abang aku iaitu 3 March. Abang aku tu tak ada masalah lah. Tapi ni pasal kakak aku. Actually aku ada sikit salah faham dengan dia. Bukanlah bergaduh dengan dia. Tapi masalah dengan suami dia dan secara tak langsung dia tak boleh nak ada di pihak aku sebab? syurga terletak di bawah kaki suami kan. Jadi aku dengan dia terpaksa lost contact untuk itu. Dah lama sangat hampir 3 bulan kot.
Jadi sejak kejadian gaduh tu mmg dah tak pernah mesej. Aku jugak tak paham kenapa kakak aku tak mesej aku langsung. Tapi aku tak la nak marah pun sebab seriusly dah terkilan dengan apa yang jadi. Dan malam ni harijadi dia dan aku tak tau apa aku perlu buat. Perlu ke aku mesej wish dia? dan kalau aku mesej wish dia, marah tak suami dia? aku sendiri tak ada jawapannya. aku buntu dan aku tak tau bila semua ni akan jumpa jalan penyelesaian.
Orang yang paling rapat dengan aku, paling mengerti aku, tiba2 hilang mcm tu je. Bukan aku xnak jernihkan tapi bila aku fikirkan balik aku bukannya gaduh dengan kakak aku. Biarlah dia buat hidup dia dgn keluarga. tak nak ganggu. Lambat laun mesti semua ni akan selesai. Biarlah masa yang menentukan. Dan pasal hari jadi tu, tengoklah mcmana. Tapi yang pasti hati berat untuk mesej dia.
Nak kata sedih, rasanya tak. Kosong tak rasa apa2. Betul kata abah, kasih sayang adik beradik tu akan berubah bila masing2 dah kawin. So aku fahamlah sekarang apa yang apa cuba ckp bila aku dah besar. So biarlah dia move on dengan life dia. As long as dia bahagia kenapa kau perlu interrupt kan? Kalau bole mmg lah nak tumpang bahagia sama2. Tapi takpelah. Terkilan sudah dengan apa yang jadi antara aku dan suaminya.
Kakak mmg tak kan baca blog ni. sbb dia tak pernah tahu kewujudan blog ni. Yang pasti kakak tak salah pape. Ok. Selamat Malam.
1 comments:
Erm... jgn la sedey... tension sbb ni kan? sorry pasal mlm ni b buat perangai... please smile.. pasal kakak tu, nk buat cmne pn xleh, sbb suami akak dah ckp cmtu~
Post a Comment