Siapa yg tak pernah rasa sedih? Menipulah. Sbb aku rasa perasaan sedih gembira suka semua tu anugerah dari Allah. Maknanya benda tu normal kita tak bole nak elak atau lari cuma terkadang ego nak tunjuk sbb kita nak tunjuk pd semua yg kita ni kebal. Tapi ada org mmg dikurniakan sifat yang agak keras hati sikit so mmg susah nak touching lebih lebih lebih ni. Hanya org yg agak sensitif yg agak mudah tersentuh ni. Tapi bg aku wajarlah perasaan sedih tu cuma kena cuba utk release kan sikit supaya tak memudaratkan diri sendiri.
Setiap dari kita ada cara masing2 nak calm down kan. Ada yang suka kalo sedih terus pegi cari kawan dan ber "huu haaa huu haa" bagai nak rak so bila dah ketawa2 ni terus lupa kesedihan tu. Tp selalunya kalo tgh sedih ada ke mood nak ketawa? Kebanyakkan dari kita ni kalau tgh sedih mesti nak menyendiri sorang2. Lokasi2 pilihan yg sesuai antaranya dalam bilik sendiri, di tgh2 garisan khatulistiwa, atau pentas sunda dan mungkin juga tgh2 lautan hindi. Rasa macam nak pegi salah satu dari lokasi semalaman, then besok baru balik.
Di sini aku nak kongsikan sikit tips2 utk kurangkan sikit kesedihan kita. Mmg bunyi mcm poyo je entry aku kali ni. Tapi aku guarantee benda ni akan berguna even skrg baca mcm xnak baca je. Lagi pun belog wa, wa punya suka lah. Sendiri sign up sendiri taip. Tapi apa2 pun semua tips ni bukanlah ada guarantee yg kita akan hilang terus rasa sedih 100% bukan ye. Maybe its can help u just to make u feel better sikit. Sbb benda2 macamni bergantung atas diri kita jugak. ketahanan mental fizikal kita + yang paling penting tentunya hati.
Tips ni aku jumpa + aku olah sendiri. Kalo tips ni 100% dari aku mmg sah sah aku tak sedih. badigol. Mari kita semua ce cuba okay.
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya macam oh senangnya kau cakap oh senangnya aku nak buat, seriuosly susah. Sbb kita hidup ni entah kenapa hati mmg mudah nak mengingati sesuatu kenangan yg pahit berbanding yang manis. Mungkin sbb impaksnya yg terlalu sakit sbb tu payah nak lupa kan kan? tapi perlu juga kita cuba sbb mmg kita takde pilihan sbb benda lepas bkn bole dipatah balik. Mengaku saja yang kita ni selalu rasa sedih sebab banyak mengenang memori lama yg menyakitkan. Apa yang perlu kita buat adalah kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu. Mmg ianya tak mudah tapi insyAllah satu hari nnt kita sekadar mengingat saje taklah mengenang sampai tersedu sedu menanggung pilu even dah bertahun tahun berlalu.
2. Buang Sikap Merapu.
Berhenti dari asyik fikir bukan bukan setiap masa. Mmg kita tak bole asyik fikir positif je ada masa negatif tu jugak penting sbb ia bagus supaya ia buat kita sentiasa berwaspada. So taklah kecewa gila bila apa yg kita harapkan tak menjadi. Tapi kalo dah terlalu sgt memikir benda negatif mmg akan memudaratkan diri kita sendiri. Ye, bagi ruang pada hati utk rasa tenang yang lain lain kita hanya berserah.
3. Belajar Rajin Bersyukur.
Terkadang rasa berat sgt bahu nak tanggung mcm2 masalah. Kita tgk org lain bahagia je tak mcm kita. Kita tgk org lain nak apa semua dapat tak mcm nasib kita. Kita tgk org lain serba sempurna tapi kita apa pun tak ada. Tapi apa2 pun percayalah Allah itu maha adil. Cuba kita muhasabah diri kita sekejap. Percaya bahawa diri kita mesti ada kelebihan lain yg kita belum nampak yg telah Allah kurniakan yg mungkin tak ada pada org lain. Yang penting bersyukur dengan apa yg kita ada skrg. Allah bagi kita kudrat dan sifat yg sempurna. Jadi usaha utk mengubah keadaan sbb kalau kita usaha segalanya tak mustahil. Allah akan tolong.
4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Ni satu hal lagi. Mmg tak susah pun kan nak maafkan org ni kan? tambah2 utk org yg jenis lembut hati ni kan. Biarlah org dah buat mcm2 pun once bila org tu datang buat muka tak bersalah tegur mcm nothing happen hati kecil kita terus kata "hmm xpela, malas nak ambil hati sbb tgk dia okay je". So kita pun berbaik la balik. Bila mcm ni sbb tu kepala slalu je kena pijak toink toink toink. mcm bodoh sbb diperbodokan. Tapi takpe sbb org kata maafkan je. Cuma kdg hairan kenapa even bila dah maafkan kenapa ianya tak mengubah apa2. Maksudnya kecewa ttp ada. Jawapannya bagi aku adalah masa. Mmg maaf tu tak mengubah keadaan, tapi hati si pemberi maaf dan penerima maaf akan lebih tenteram dan utk tempoh jangka panjang mgkin everything gonna be okay someday. Dalam bhasa mudahnya kira mcm ade chance lah kau ni.
5. Ketawa gila vavi.
Lantak situ masalah, pegi je ketawa suka suka utk lupakan mslh. Macam bole kan? haha. Okay susah jugak sbnrnya sbb bila tgh sedih mmg takde mood lgsg. Mesti nak gi nangis dulu ah. Dah agak2 mata dah bengkak barulah bukak youtube cari koleksi video2 ZIZAN RAJA LAWAK dalam rancangan spontan dan ketawa sorang sorang dgn sedu tak habis lagi. Nasib baik ada youtube. Tapi serius ketawa tu mcm ketawa hipokrit je. Lantak aku lah!
6. Ubah Fikiran
Bak kata lagu Mila " jika kau ubah fikiran aku kan bla bla......" Setiap apa yang berlaku kita tak mampu nak ubahnya. Apa yg kita bole buat supaya sedih tak berlarutan, kita ubah cara pemikiran kita. Maknanya cuba fikir setiap yg jadi mesti ada hikmahnya. Lantaklah seribu kali pun nak ckp ayat sama tiap kali sedih tapi pecaya atau x kita rse better bila ckp ayat ni pada diri kita. Dan mmg betul setiap dugaan dan kesediham yg Allah bg mesti ada sebabnya. Mungkin Allah nak igtkan kita yg kehidupan hanya sementara atau mungkin sbb Allah nak anugerahkan kebahagian yg lebih lg buat kita satu hari nnt.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction. (woah falsafah woah)
7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras hati dari sudut yg negatif ye sepeti keras hati nak lawan kata org tua bukan bukan bukan. Ini dr perspektif yang baik. Keraskan sikit hati kita supaya tak mudah tersentuh sgt. Taklah asyik tangkap sentap je even just a simple matters je. Ce cube buat. Ce cube. Untuk sedapkan hati sendiri kita cakap pada diri kita buat baik dibalas baik buat jahat dibalas jahat. Ye maksudnya kalo ada org lukakan hati kita dan hati kita tak boleh nak terima lgsg apa yg mereka buat tu kita cuba cakap pada diri kita 'YE NI MGKIN BALASAN AKU PENAH BUAT DIA DULU'. Even kita rasa mcm takde pun, kita rasa kita slalu berkorban sgalanya tapi kita kena fikir mcmni jugak supaya hati kita bole terima kesalahan mereka tu.
Nukilan : Bila sedih je mula lah bukak laman sesawang youtube dan dengar lagu lagu dari penyanyi yg bermula dgn huruf "S". Siti Nurhaliza , Spin, Spoon, Scoin, Spring eh eh banyaknya. Tu dulu skrg dgr maher zain dgr opick dgr album ct tahajjud cinta cewahh.




0 comments:
Post a Comment