Friday, January 14, 2011

buat anda anda sekalian

Malam2 macam ni kalo mata tak boleh tidur mulalah kan rasa nak update belog. Sebenarnya tak ada topik khusus pun nak cakap. Cuma rasa nak menulis. Jadi sign in jelah blogspot dan mulakan taipan. Nak mula dari mana pun tak tau. Tapi nasib baik ade belog. Ia sungguh mengisi masa lapang and make me feel better.

Apa yang istimewanya belog ni berbanding laman sosial lain? entahlah susah nak jwb. sbb aku sign up belog ni dulu pun atas desakan kawan. skrg rasa nak berterima kasih. sbb bila saat ko rasa tak ada sesiapa di sisi (malam) belog setia menemani. tulislah apa pun. belog aku aku punya suka. haha.


Berbalik kepada cerita asal. Sedih betul lah sbb tahun 2011 sangat mengecewakan.  Tak seperti yang disangka. Permulaan yang tidak berapa baik. Rasa sangat sedih tapi kena bersyukur sebab dah 22 tahun hidup di dunia dan Allah masih bagi peluang untuk aku bernafas. Wlaupun semangat sedikit tergugat tapi kena kuat.

Tapi bila diperhatikan balik, rata2 tahun 2011 ni ramai jugak kawan2 yang tengah bersedih. maknanya bukan aku sorang jelah. nampak tak semua orang pun ada masalah. Mungkin ni ujian, kalo tak ada ujian dan dugaan macam ni bukan lah hidup namanya. 

Mungkin ini semua utk mematangkan diri kita. walaupun jauh disudut hati rasa ralat bila jadi macamni. rasa mcm oh..sia sianya apa yang dah aku rancang selama ni. Nasihat utk diri sendiri, yang dah lepas tu lepas lah. Baik berfikir utk hari ini sbb apa yang kita fikir hari mungkin mempengaruhi hari esok kita. Tabah sikit lah hati. Tak usah dikenang lagi.

Semalam aku lihat diri aku teruk sangat. Tak ada semangat, rasa sedih je memanjang. Tapi alhamdulillah lama2 perasaan tu pergi. Pada kawan2 yang memang setia menemani bagi nasihat, buat lawak merepek2, dan yang bertanya kabar semua terima kasih sangat2. Korang memang the best. Tak dapat nak disenaraikan nama2 di sini. Cukuplah hati kita yang merasakannya.

Sekarang ni aku dah mula nak merancang masa depan. Dah lama sangat abis belajar dan menganggur. InsyaAllah akan dapat kerja dalam masa terdekat. Tak sabar nak mula kerja. Then kalo ada rezeki nak sambung lg pelajaran sbb i already promise to someone utk ambil degree. Dia sungguh istimewa. Anugerah Allah yang tak pernah aku sangka. Rasa mcm aku dapat balik apa yg aku dah hilang. Even tak byk tapi aku still bersyukur sbb dia sudi ambil berat walau aku tak ade kena mengena pun dgn dia. 

Moga apa yang dirancang kali ni menjadi. Moga nasib menyebelahi aku kali ni.  kalo tak banyak sikit pun jadilah Aku dah sihat balik dah ada selera, dah ada rasa tgk tv dah ada rasa nak pegi karaoke. hehe. Terima kasih ye kawan2. Penuh inbox aku dengan sms korang semua. Tak mau delete nak simpan buat review..haha. Ye aku jugak dah active balik FB. 

Buat keluarga, tolong restui segala yang dirancang kali ni. Doa kalian sangat penting. Dan jgn lupa family day kita tak lama lagi. Tak sabar rasanya nak berkumpul lg tapi syg kali ni opah dah tak ada. sangat sedih. tapi takkan ada apa yg berubah. 

Tugas kita bukanlah utk melihat apa yang jauh dihadapan tapi lakukan apa yang terbaik dengan apa yang berada di tangan. Wahai hati, jangan lah rapuh sangat. Ingat tak dugaan sebelum ni jauh lebih hebat lagi. Ini semua dugaan Allah untuk latih hati kita supaya kita sedar tak semua yang kita nak dekat dunia ni kita akan dapat. Kadang kala ada benda yang perlu kita relakan ia pergi.


weh siti asal kau buat lagu mengundang ni
sengaja je nak kasi aku berkaca
okay serius serius
lirik lagu ni sangat bermakna lah.

Wednesday, January 12, 2011

kesayangan

haha kesayangan lah sgt. tengok rata2 org sekarang suka sgt guna perkataan kesayangan. asalnya sayang je. tapi skrg ia telah diperbaharui ditambah imbuhan di depan dan belakang jadi kesayangan. jadi arini saje nak gedik2 nak guna perkataan kesayangan jugak. kesayangan apa? ini yg akan diceritakan ni.

kesayangan yg menghiburkan hati terbaru adalah jeng jeng jeng. kucin je pun. setia betul lah kucin ni even xde umah seminggu takde sape bagi makan, dia still akan balik kalo dipanggil. lepas makan tidur je kejenye sampailah dia lapar balik. dan slagi aku tak bangun pagi2 slagi tu dia akan tido je. comel sungguh. yang pasti ia sangat menghiburkan + mengisi masa lapang.


namanya tak perlu lah publish kat sini. tapi mmg dah bg nama tu dari tahun lepas lg. tp skrg dah menyesal bg nama tu. bila fikir2 balik nnt nak stat keje dah mcmana lah dgn kucin ni. takkan nak bawak? takkan nak tinggal? nnt dia lupakan aku pulak. sedih lah cmni. dah la besarkan dia dr kecik lagi smpai dah besar dah gedik dah pandai gigit ibu jari kaki tuan sendiri haha.













:)

Monday, January 10, 2011

meaningless

semalam...aku melihat mu...tidak aku rasakan apa2. tidak ku tahu rupanya ia merupakan titik permulaan perkenalan kita. ku lihat kamu di sana. tidak sangka semuanya bermulanya tidak kita sedar, berakhirnya ia juga tidak kita sedar. bodohnya kita..kenapa telah Allah kurniakan mata tidak kita lihat semuanya. telah kita biarkan ia berlalu begitu sahaja.  telah ku cuba pelbagai cara, tak mampu ku menghalangnya lagi..kita sama2 membiarkan ia pergi. semuanya telah terlambat.

detik itu...

maaflah tak mampu nak menghabiskan entry ini.

Thursday, January 06, 2011

entahlah

MY PERSONALITY

♦ suka cakap cakap dgn kwn2
♦ suka mengamalkan sikap terus terang dgn besties
♦ suka sakitkan hati sendiri utk org lain
♦ tak peramah dgn org yg tak dikenali
♦ tak sombong
♦ agak mudah menangis sejak usia makin bertambah
♦ kdg2 cepat marah
♦ tak penah memusuhi sesiapa
♦ selalu jadi mangsa keadaan
♦ ambil masa nak sesuaikan diri dgn persekitaran baru
♦ tidak pernah merokok
♦ tidak gemar minuman caffein
♦ mengemas bilik setiap pagi
♦ mencuci bilik sebulan sekali
♦ sy suka dgr lagu sedih waktu sedih (xmotivasi lgsg kan)


MY APPEARANCES

♣ tidak menggunakan kosmetik
♣ tak ada pakai emas emas pada diri
♣ tak berani mencuba pakai contact
tak pakai spek tapi suka kalo dpt 
♣ tiada braces tapi teringin cuba
♣ tak pernah warnakan rambut
♣ pernah mencuba teknik rebonding (terseksa)
♣ size kasut saya cuma 37
♣ saya kurus dan saya nak gemuk
♣ sy tak pandai bgaya
♣ saya suka baju wana putih kerana bg sy jeng jeng jeng

 
RELATIONSHIPS

♥ bercinta
♥ sy hanya percaya cinta sejati hanya dianugerahkan sekali seumur hidup
♥ sgt takut dikecewakan
♥ sy percaya cinta pandang pertama tapi sy tak suka
♥ sy lebih suka cinta yg dibina setelah mengenali hati budi msg2
♥ kalau sy syg seseorang sy akan tunjukkan ia dgn perbuatan kerna sy speechless
♥ sekali syg susah nak lupa
♥ nafsu jatuh no 2 sbb sy lebih utamakan KASIH
♥ jatuh cinta pada lelaki yang...
♥ sangat mementingkan kesetian dalam perhubungan
♥ suka mencintai dan dicintai seorang saja dah cukup
♥ bagi sy cemburu itu jgn lebih tapi jgn tiada
♥ suka lelaki kuat merajuk (bole camtu?hehe)
♥ bagi sy kecundang bercinta hanya dgn cinta sejati shj

FRIENDSHIPS

• bertuah kerana ada kawan baik
• takde kawan tak sah
• penah bgayut dgn kawan tak lebih 2 jam
• tipulah kalau tak penah bergaduh
• im a gud listener (trust me) T_T
• kawan itu ibarat cermin
• kawan itu selamanya
• tak suka marah kawan tapi kalau sekali dah kecewa susah nak berbaik lg

EXPERIENCES

♠ ye sy penah naik kapal terbang
♠ keretapi itu dah macam kereta sendiri
♠ sy pernah kehilangan seseorang buat selamanya
♠ pernah naik teksi
♠ bus mini ekspres dua2 penah naik
♠ dulu naik bas sekolah seronok sbb bole tido sementara nak sampai sekolah
♠ sy penah bkemah dlm hutan dan ckuplah itu yg terakhir
♠ pernah kena denda dengan cikgu(ini rahsia)
♠ berpindah sekolah sebanyak hampir 5 kali
♠ sy pernah kena halau dr rumah
♠ waktu kecik sy pernah kena langgar motor 
♠ sy pernah hampir hilang mengikut bunian (tak tipu)

MUSIC

tak berapa dengan muzik rnb
♦ pop sangat suka
♦ lagu2 dari indonesia bg sy sgt puitis
♦ rock kdg2 sgt bising
♦ tak berapa suka lagu sama sbb takut jemu
♦ suka radio bila dlm kereta sahaja
♦ tak suka beli cd
♦ suka download lagu di internet


TELEVISION

♣ suka mengikuti drama melayu
♣ sinetron indon juga suka tgk
♣ tak suka iklan 
♣ suka cerita korea tapi skrg tak byk yg menarik
♣ dulu sy tak pernah missed cerita adik beradik sihir charmed one.
♣ masa kecik suka tgk cerita fantagiro
♣ bole hidup di tempat yg tiada tv (means kalo ade xpe xde pun xpe)
♣ bg sy tv itu satu benda yg menyebabkan ketagihan
♣ suka tgk tv dlm suasana yg senyap
♣ selesa menonton tv dalam keadaan baring

FAMILY LIFE

♥ sy tinggal bersama kakak sulung
♥ ibu bapa kandung tidak lg bersama
♥ sy ada sekurangnya 1 abang 1 kakak
♥ tiada adik beradik tiri
♥ tiada adik tapi teringin nak ada adik
♥ pernah menipu keluarga
♥ sgt rindu saat berkumpul bersama
♥ sy percaya pd kualiti bersama berbanding kuantiti
♥ kata abah kasih syg sedikit berubah bila masing2 dah kawin


HAIR

• rambut yg hitam dan tak ikal lgsung
• masalah keguguran rambut
• tak suka potong rambut
• rambut elok itam sahaja lebih manis
• sy guna perapi dove kerana rambut kering
• shampoo jarang2 sbb tak suka
• kalo dah bekerja teringin buat rawatan rambut sebulan sekali


SCHOOL

♠ masa sekolah rendah sgt raoat dgn guru
♠ masuk sekolah menengah biasa2 je
♠ pindah sekolah byk kali gila
♠ sy pernah masuk bilik disiplin
♠ pernah ponteng
♠ suka tak dtg sekolah bila pressure
♠ sy pernah gagal ujian
♠ meniru salah satu kenangan pahit di zaman sekolah
♠ sy pernah bg kwn jwpn waktu ujian
♠ suka ujian seni sbb bole jalan2 meja org lain
♠ parent tak penah dtg sekolah jenguk sy


NUKILAN

sy buat ini sekadar suka2. tak paksa org terima dan suka. anda lebih layak menilai sy berbanding diri sy sendiri. Dan entri ini bg melunaskan tagged dari dibah. maaf dibah originalitynya telah aku ubah.

Wednesday, January 05, 2011

bukan diriku

Pada 23 Disember 2010 ada cerita baru di astro ria ganti cerita sebelum ni Cinta Kirana.  Cerita baru ni tajuk Bukan Diriku. Dan cerita ni mula2 rasa tak nak tgk pun tapi disebabkan lagu tema dia mmg aku suka sgt sgt rasa nak cuba tgk sekali. Tak sangka sekali tgk terus suka sbb cerita ni sgt2 sedih. 

Walau jalan cerita mmg agak xbole diterima akal dalam dunia nyata tp xpe sbb aku tgk just nak menghayati je. Dan tak sangka drama ni jauh lebih baik dari cerita Cinta Kirana sebelum ni.  Selain faktor lagu tema, aku tgk sbb aku suka sgt dengan heroin cerita ni. Mmg aku mengikuti cerita2 yang dia belakon. 

Pada siapa yg nak tgk bole tgk kat astro ria @ tgk je kat youtube, Ni episode satu yg aku sempat upload kat blog ni. Kalau tak pcaya cuba tgk mesti korg rasa sedih tgk kisah percintaan antara Rio dan Ayla ni.   T_T    T_T



 
BUKAN DIRIKU - SAMSONS
Setelah kupahami
Ku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu

Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah
Yang mengerti kamu
Bukanlah diriku

Kini maafkanlah aku
Bila ku menjadi bisu
Kepada dirimu

Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas
Tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku

Walau kumasih mencintaimu
Kuharus meninggalkanmu
Kuharus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Kuharus merelakanmu

Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku

Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang lama menyentuhmu
Bukanlah diriku

Tuesday, January 04, 2011

you already make it clear just now



 












thank you  and thank you
thank but no thank

unwritten



Biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu
Biarkanlah saja diriku sepi tanpa kata
Bukan maksud untuk membisu
Sepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

Mungkinkan bersama
Dua jiwa ini
Dalam mencari cinta sejati(nan suci)
Mungkinkah segala derita di jiwa
Akan terubat jua akhirnya

Biarkanlah saja diriku
Sendirian tanpamu
Terpisahnya kita kerana
Mengejar impian

Hanya satu pintaku
Sabarlah menanti
Ku kan pulang bersama cinta

                                                                                                      unwritten by haza izzrinda

Sunday, January 02, 2011

sesedih sesentap sesangat

Siapa yg tak pernah rasa sedih? Menipulah. Sbb aku rasa perasaan sedih gembira suka semua tu anugerah dari Allah. Maknanya benda tu normal kita tak bole nak elak atau lari cuma terkadang ego nak tunjuk sbb kita nak tunjuk pd semua yg kita ni kebal. Tapi ada org mmg dikurniakan sifat yang agak keras hati sikit so mmg susah nak touching lebih lebih lebih ni. Hanya org yg agak sensitif yg agak mudah tersentuh ni. Tapi bg aku wajarlah perasaan sedih tu cuma kena cuba utk release kan sikit supaya tak memudaratkan diri sendiri.


Setiap dari kita ada cara masing2 nak calm down kan. Ada yang suka kalo sedih terus pegi cari kawan dan ber "huu haaa huu haa" bagai nak rak so bila dah ketawa2 ni terus lupa kesedihan tu. Tp selalunya kalo tgh sedih ada ke mood nak ketawa? Kebanyakkan dari kita ni kalau tgh sedih mesti nak menyendiri sorang2. Lokasi2 pilihan yg sesuai antaranya dalam bilik sendiri, di tgh2 garisan khatulistiwa, atau pentas sunda dan mungkin juga tgh2 lautan hindi. Rasa macam nak pegi salah satu dari lokasi semalaman, then besok baru balik. 

Di sini aku nak kongsikan sikit tips2 utk kurangkan sikit kesedihan kita. Mmg bunyi mcm poyo je entry aku kali ni. Tapi aku guarantee benda ni akan berguna even skrg baca mcm xnak baca je. Lagi pun belog wa, wa punya suka lah.  Sendiri sign up sendiri taip. Tapi apa2 pun semua tips ni bukanlah ada guarantee yg kita akan hilang terus rasa sedih 100% bukan ye. Maybe its can help u just to make u feel better sikit. Sbb benda2 macamni bergantung atas diri kita jugak. ketahanan mental fizikal kita + yang paling penting tentunya hati.

Tips ni aku jumpa + aku olah sendiri. Kalo tips ni 100% dari aku mmg sah sah aku tak sedih. badigol. Mari kita semua ce cuba okay.  

                                                                                                                                                                       
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.    
                                     
Bunyinya macam oh senangnya kau cakap oh senangnya aku nak buat, seriuosly susah. Sbb kita hidup ni entah kenapa hati mmg mudah nak mengingati sesuatu kenangan yg pahit berbanding yang manis. Mungkin sbb impaksnya yg terlalu sakit sbb tu payah nak lupa kan kan? tapi perlu juga kita cuba sbb mmg kita takde pilihan sbb benda lepas bkn bole dipatah balik.  Mengaku saja yang kita ni selalu rasa sedih sebab banyak mengenang memori lama yg menyakitkan. Apa yang perlu kita buat adalah kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu. Mmg ianya tak mudah tapi insyAllah satu hari nnt kita sekadar mengingat saje taklah mengenang sampai tersedu sedu menanggung pilu even dah bertahun tahun berlalu.                                                                                                                                                                                                 
                                                                                  
2. Buang Sikap Merapu.         
                                                
Berhenti dari asyik fikir bukan bukan setiap masa. Mmg kita tak bole asyik fikir positif je ada masa negatif tu jugak penting sbb ia bagus supaya ia buat kita sentiasa berwaspada. So taklah kecewa gila bila apa yg kita harapkan tak menjadi. Tapi kalo dah terlalu sgt memikir benda negatif mmg akan memudaratkan diri kita sendiri. Ye, bagi ruang pada hati utk rasa tenang yang lain lain kita hanya berserah.


3. Belajar Rajin Bersyukur.  
Terkadang rasa berat sgt bahu nak tanggung mcm2 masalah. Kita tgk org lain bahagia je tak mcm kita. Kita tgk org lain nak apa semua dapat tak mcm nasib kita. Kita tgk org lain serba sempurna tapi kita apa pun tak ada. Tapi apa2 pun percayalah Allah itu maha adil. Cuba kita muhasabah diri kita sekejap. Percaya bahawa diri kita mesti ada kelebihan lain yg kita belum nampak yg telah Allah kurniakan yg mungkin tak ada pada org lain. Yang penting bersyukur dengan apa yg kita ada skrg. Allah bagi kita kudrat dan sifat yg sempurna. Jadi usaha utk mengubah keadaan sbb kalau kita usaha segalanya tak mustahil. Allah akan tolong.                                                     
  
4. Belajar Menjadi Pemaaf.      
                                                
Ni satu hal lagi. Mmg tak susah pun kan nak maafkan org ni kan? tambah2 utk org yg jenis lembut hati ni kan. Biarlah org dah buat mcm2 pun once bila org tu datang buat muka tak bersalah tegur mcm nothing happen hati kecil kita terus kata "hmm xpela, malas nak ambil hati sbb tgk dia okay je". So kita pun berbaik la balik. Bila mcm ni sbb tu kepala slalu je kena pijak toink toink toink. mcm bodoh sbb diperbodokan. Tapi takpe sbb org kata maafkan je. Cuma kdg hairan kenapa even bila dah maafkan kenapa ianya tak mengubah apa2. Maksudnya kecewa ttp ada. Jawapannya bagi aku adalah masa. Mmg maaf tu tak mengubah keadaan, tapi hati si pemberi maaf dan penerima maaf akan lebih tenteram dan utk tempoh jangka panjang mgkin everything gonna be okay someday. Dalam bhasa mudahnya kira mcm ade chance lah kau ni.
                                                              
                                                                                  
5. Ketawa gila vavi.
Lantak situ masalah, pegi je ketawa suka suka utk lupakan mslh. Macam bole kan? haha. Okay susah jugak sbnrnya sbb bila tgh sedih mmg takde mood lgsg. Mesti nak gi nangis dulu ah. Dah agak2 mata dah bengkak barulah bukak youtube cari koleksi video2 ZIZAN RAJA LAWAK dalam rancangan spontan dan ketawa sorang sorang dgn sedu tak habis lagi. Nasib baik ada youtube. Tapi serius ketawa tu mcm ketawa hipokrit je. Lantak aku lah!                                          
                                                                                 
6. Ubah Fikiran 
Bak kata lagu Mila " jika kau ubah fikiran aku kan bla bla......"  Setiap apa yang berlaku kita tak mampu nak ubahnya. Apa yg kita bole buat supaya sedih tak berlarutan, kita ubah cara pemikiran kita. Maknanya cuba fikir setiap yg jadi mesti ada hikmahnya. Lantaklah seribu kali pun nak ckp ayat sama tiap kali sedih tapi pecaya atau x kita rse better bila ckp ayat ni pada diri kita. Dan mmg betul setiap dugaan dan kesediham yg Allah bg mesti ada sebabnya. Mungkin Allah nak igtkan kita yg kehidupan hanya sementara atau mungkin sbb Allah nak anugerahkan kebahagian yg lebih lg buat kita satu hari nnt.  
                                                              

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction. (woah falsafah woah)   
                                                                                  
7. Hati Mesti ‘Keras’.          
                                              
Bukan keras hati dari sudut yg negatif ye sepeti keras hati nak lawan kata org tua bukan bukan bukan. Ini dr perspektif yang baik. Keraskan sikit hati kita supaya tak mudah tersentuh sgt. Taklah asyik tangkap sentap je even just a simple matters je. Ce cube buat. Ce cube.  Untuk sedapkan hati sendiri kita cakap pada diri kita buat baik dibalas baik buat jahat dibalas jahat. Ye maksudnya kalo ada org lukakan hati kita dan hati kita tak boleh nak terima lgsg apa yg mereka buat tu kita cuba cakap pada diri kita 'YE NI MGKIN BALASAN AKU PENAH BUAT DIA DULU'. Even kita rasa mcm takde pun, kita rasa kita slalu berkorban sgalanya tapi kita kena fikir mcmni jugak supaya hati kita bole terima kesalahan mereka tu.               




 
Nukilan : Bila sedih je mula lah bukak laman sesawang youtube dan dengar lagu lagu dari penyanyi yg bermula dgn huruf "S". Siti Nurhaliza , Spin, Spoon, Scoin, Spring eh eh banyaknya. Tu dulu skrg dgr maher zain dgr opick dgr album ct tahajjud cinta cewahh.

Alhamdulillah hari ni sibuk memasak di dapur lagi mcm hari sebelum2 nya. Salah satu cara yg aku jumpa utk lupakan masalah. Its work! its really work.

Saturday, January 01, 2011

1st time update entry 2011

Malam tahun baru yg sgt tak menarik.
Sgt sopan + sedih sbb sambut depan lappy je.
Erghhh then kebabomm bunyi mercun dah
kecoh gila suasana kat luar skrg
Selamat Tahun Baru 2011

Sempena first entry 2011 ni
just nak share azam tahun baru kali ni pula
Even azam tahun 2010 tak semuanya tercapai
Tapi tak bole give up dalam hidup

Ianya lebih kurang mcm ni
even dalam hidup kau asik kena tipu
kena permain dgn org2 yang kau pcaya
biar ape pun kita nampak bodoh je ke ape
yang penting hati kita.  *emosi*


Oklah berbalik kepada azam tahun baru 2011
kali ni rasa mcm byk sgt azam nak buat
iyelah umur dah bertambah lg 1 angka
bukan kecik lagi + bukan masa nak main2 lagi dah
setiap benda yg kita nak buat skrg
mesti kena ada plan kena ada reason
dah dewasan lah weh come on lah. cisss!

Azam tahun baru buat si PIECES ala2 dalam buku remaja


***** bersambung next entry ( someone spoil mood aku )

Nak pegi masak skrg dan makan sorg2 kat dapur sbb semua dah tido.
Sambut new year sorg2 tak la sedih mana sbb dah biasa raya pun kdg sorg jugk.


HAPPY new year TO me