Monday, December 27, 2010

dulu merasa jadi artis

Kawan kawan semua yang baca
siapa ingat lagi masa sekolah dulu
trademark buku biodata ni mencetus fenomena kan
pendek kata semua org akan ada satu.
Dan dalam setahun rasa mcm dpt byk gila buku biodata 
kawan2 yg kawan mintak kita tulis 

Hahh, ape lagi kita semua pun tak nak terkecualilah kan
pegi kedai buku pastu pilih buku yang paling unik
kalo bole ada warna2 warni2 setiap helaiannya
kulit buku haruslah keras ye kawan2 semua
taknak kalah ciri2 buku biodata aku kan
aku ingat lagi buku biodata aku warna biru. 
teeheee..


Tak tahulah kan kalo ni hanya perasaan aku je
pada aku siapa yg membesar @ lahir tahun 80an
atau yg dekat2 dengan 80an ni
mesti tak terkecuali dgn fenomena2 mcm ni
contoh mcm buat buku biodata ni
korang nampak ke benda mcm tu wujud lg skrg ni?
susah nak jumpa dah kan.

Alkisahnya dulu dulu mmg tersenyum bila dikenangkan balik
beli buku yg "hahh aku rasa ni mmg sesuai ni sesuai sgt buat buku biodata"
mesti aku punya buku paling cun lah!
besoknye mmg tak menyempat2 selepas perhimpunan
haruslah pass pd membe dok sebelah meja dulu kan
siap bg pesan ("lepas kau tulis kau terus passing2 org lain tau!)
dah ada byk barulah kutip sbb seronok gila dapat baca skali byk terus.
pendek kata dalam setahun tu byk gila lah buat biodata dlm buku kwn2
bila lagi nak rasa artis kan?
kalo bole letak gambar baru lah artis gila.
masa tu jugak lah sibuk nak blajar buat signature.
gila kau xde signature dalam biodata.
tak artis lah kau ni!

Contoh2 ayat pramatang dalam buku biodata dulu2 adelah :

header 
~my personal details / my biodata / ke punk ku one gar this are you (uwekk uwekk)

isi kandungan
~mknn minuman kegemaran (tomyam, fresh oren, jus tembikai &yg halal)
~falsafah hidup (CINTA - cinta itu nikmat tapi awas)
~kawan baik / sahabat (rahsia)
~cita cita (peguam pensyarah penyanyi)
~penyanyi / pelakon kegemaran (mesti siti nurhaliza + rosyam noor) 
 *lisa surihani xde lg masa tu*

footer
~ucapan ("semoga berjaya dlm hidup dan bahagia selalu disamping sidia.)
(semoga bjaya mendapat 5A' dalam   UPSR / 7A' dalam PMR")
~SIGNATURE : kalo bole nak reka panjang2 gila


Tiba tiba rasa nak update entry poyo ni kan
sbb balik kg aritu terjumpa balik buku pusaka ni
abah boleh bantai letak atas meja
jadi macam majalah karangkraf pulak spas sorg2 baca

aku baca nak ktawa smpai berair2 mata
sbb masa tu kecik lagi ayat mmg pramatang
abang2 aku + kakak2 aku baca pun geleng kepala
sudahlah weh jgn baca lg! pastu kalo xckp aku bongok xpe jugak!





nukilan : okay cukup tu. aku nak pegi ketawa guling2 sekarang jugak.

4 comments:

:b.i.e.l.a: said...

hahaha,, ada2 je idea ko,, syabas bete,syabbaasss !!

wandiba wanzakaria said...

eh yg gambar tu mmg dr buku biodata kau ke wehhh? dasat lah kawan kau kan. hahaha

muzikjiwa said...

e'class (ejaan dulu2 for word ikhlas)
haza izzrinda...haha

nabila : biasalah, nak cepat kaya mggunakan konsep nuffnang, kena update sentiasa baru ramai view hehe.

dibah : jeng jeng jeng..ini yg kita tak tahu. jgn google tau. actly perasan x smua biodata dulu2 akan guna ayat sama je haha. mcm xde identiti je. cuba skrg kalo tanya penyanyi kegemaran : mila af5 (hahaha)

wandiba wanzakaria said...

haha. kalau aku mgkin penyanyi kgemaran melah lah kan.