Saturday, October 02, 2010

Berbangga Menjadi Kanak2 Dulu

Pejam celik pejam celik, tak sangka arini aku dah dewasa. Rasanya seperti baru smlm blaja abc dekat tadika
rindu nak kembali kpd zaman kanak2 sbb disitu lah kita berlajar mengenal pengalaman.

esklusif utk follower smua.gambar di tangkap secara candid waktu aku kecik2 dulu. hairan juga knapa dulu muka comel sgt.

sebenarnya tujuan entri ni ditulis bukanlah nak cerita kenangan zaman kanak2 aku dulu
tp lebih kepada nak mengeluh pnjg melihat melihat senario skrg
aku nak buat sdikit perbandingan mengenai kanak2 dulu dan skrg
kalo blog aku ni wujud lagi 20 tahun akan dtg
dan kanak2 yg skrgnya kecil 20tahun lg dah besar
then tjumpa bolg aku dan entry aku ni
kesah plak aku korg nak marah?


baik mari mulakan skrg penceritaan..mcm ni!
aku sgt2 tak faham kenapa kanak2 dulu sgt berbeza dgn kanak2 skrg
yg berbeza spatutnya tahun kelahiran je bukan bnda lain
tp kalo di perhatikan betul fenomena skrg ni
aku slalu tak faham dan mmg aku tak nak faham
aku slalu tertanya diri aku
kenapa kan dulu aku kne buat semua?
kenapa kan aku bole je knape?
aku asyik merungut je tgk budak2 skrg hidup smua dah tersedia
bertuah lah dorg ni! 

kenapa kanak2 dulu bole iron baju skolah die sndiri
tp kenapa kanak2 skrg tak bole buat sndiri?
kenapa kanak2 dulu bole pegi skolah sndiri
tp kenapa kanak2 skrg tak bole?
kena jemput dan kena ambik
hishhhh! jam tahu tak tiap pg dan petang
kitorg dulu gagah je naik bas xpun jalan kaki kdg2 gagah kayuh basikal
sempat jugak abis spm kan?
kanak2 dulu bole je basuh kasut sendiri
bole je kemas jadual beg skolah sndiri

kalo aku dulu2 mse darjah satu aku dah iron baju sndiri
tak dinafikan mmg tgn aku cedera parah sbb aku gagah iron tgn aku sndiri
tp tahu tak ape yg aku dpt dr kesakitan tu?
pengalaman! aku senyum sendiri bila igt.
terima kasih mak utk pembelajaran itu.

zaman kanak2 aku dulu tak pandai pun nak mintak mcm2
bukan la nak kata kita smua baik kan
kita hbiskan zaman kanak2 kita dengan
main tanah, main masak2, main pondok2
main susun pemadam dan jatuhkan..jakun gila tgk!
kalo budak2 skrg main psp main lappy dan main hphone
benda2 gadjet ni korg main masa dah besar nnt pun takpe
sbb benda2 teknologi ni bole dimain utk siapa2 je tak kira umur
tp pemainan eksotik mcm pondok2, masak2 tu smua gernti mmg takleh main lg kalo dah dewasa
bygkan dah tua2 main pondok2?
gerenti kne pelempang dgn bapak laju2
jadinya aku rasa sgt2 lah rugi korg tak rasa bnda ni
sumpah manis sgt pemainan ktorg dulu2.

gula2 zaman tu semuanya sedap2 dan murah je
igt tak gula2 udang yg bole makan dgn plastik skali tu.?
tu antara favourite aku.
budak skrg mana ade yg makan lg
cuba tanya kopiko dorg tahu tak?gula2 telur dinasour?
lucky coco ball yg kotak bole tiup buat bunyi tu?
nini coklat celup tu?
dulu tak suka pun makan nini coklat celup.
skrg rasa menyesal tak makan coklat nini dr dulu. cisss!!



kenapa kan semuanya dah berubah. sgguh aku rse terpanggil utk menulis entri ni.
tak faham sgguh kenapa dulu lain skrg lain.
mungkin sbb zaman dah maju.
aku admit tu. tp bukan alasan utk kita mengelak blaja berdikari kan?
pape jela. yg penting aku bangga nak tunjuk ic aku
nak tahu kenapa? tahun kelahiran ic aku menunjukkan aku lahir pada tahun saat yg sgt best
yeaayyy!

10 comments:

Anonymous said...

wakakaka. budak zaman sekarang sangat bz. iklan kat tb cakap. haha

wandiba wanzakaria said...

aku terpaksa setuju dgn kau. smpai bila2 pun aku tak nak paham kenapa kanak2 skrg sungguh tak berdikari. tp kadang2 bukan slh dorg, kita org dewasa pun mmg tak harap untuk dorg berdikari sgt pada zaman yg serba mencabar ni. nak suruh dorg jln kaki g sekolah dekat pun risau je. ramai sgt org jahat. zaman dulu mak kita tak risau pun kita jln kaki sorg2 g mane2 dalam taman. haha. itu dulu.

muzikjiwa said...

aleeya : ah. propaganda je semua tu. aku tetap tak faham. haha

diba : yg tu aku admit. aku nak salahkan org jahat kerana mereka jalan raya jd jam. tp aku sgt hairan kenapa kanak2 skrg slalu je di kecualikan dr buat keje. tak perlu buat byk juz jaga keje dorg cukup lah kan. hisshh!

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

haha. ko kena paham gak. budak2 sekarang ni manje lebey kot macam ko dlu la. haha

wandiba wanzakaria said...

aku dari dulu tak minat coklat celup nini.

muzikjiwa said...

jal : budak2 skrg manja tu aku stuju. tp yg macam aku dulu tu tak betul. aku manja dgn boipren je..hahaha

dibah : aku belanja kau nnt colelat nini celup celup. 1 cukup kan?

hamzah ian said...

gua dah besar gajah

muzikjiwa said...

erk?

Anonymous said...

haha. manje dgn bf saje? wakaka
ko ni kanak2 gile. wekkkkk. :P