Walaupun macam dah ketinggalan zaman aku tetap nak buat ulasan yang langsung tak masuk exam pun tentang cerita Dejavu Di Kinabalu. Rasanya cerita ni dah habis seminggu lepas. Ramai yang cakap cerita ni adaptasi dari cerita korea Summer Scent, tapi aku tak tgk cerita korea tu lagi so aku tengok jelah Dejavu Di Kinabalu ni sebab mcm best je.
Mula-mula tengok je aku dah suka. Terlalu suka dengan watak Bazli yang dilakonkan oleh Nazim Othman. Sedih sangat2 kot tgk cerita ni bila tengok Nadira tinggalkan Bazli dan pergi ke Ammar. Tapi aku tak salahkan dia sepenuhnya, sebab dalam cerita ni dia berubah disebabkan jantung. Bercinta dan bertunang bagai nak rak dengan Bazli hampir 5 tahun, tapi disebabkan sakit jatung dia terpaksa jalani transplant jantung.
Nak dijadikan cerita, jantung yang Nadira terima rupa-rupanya jantung milik Innara merangkap ex-girlfriend si Amar lakonan Aqasha. Nadira berubah sekelip mata, maka frust menonggeng lah si Bazli tapi Bazli ni baik sangat nak mampus, dia redha je.
Dan yang bestnya cerita ni dia punya ending ditentukan melalui undian sms samada Bazli atau Amar yang menang. Aku stress nak mampus mcm nak melari ke dinding nak tunggu siapa yang menang. Dan akhirnya Bazli jugak yang menang. Dan aku suka sangat2 sebab mmg si Bazli pun cinta sejati dia yang menerima dia seadanya kot. Lastly Nadira menyesal dan kahwin dengan Bazli.
Walaupun ending cam tahi sebab jalan cerita dia time ending tu simple nak mampus. Atliz aku berpuas hati sebab Bazli still menang mendapatkan Nadira walau Nadira tu memang tak layak pun nak dapat Bazli yang baik gila selepas dia khianati Bazli. Siapa yang belum tengok segeralah ye pergi tengok dekat internet.
Sebab cerita ni jadi fenomena dan Bazli asyik jadi trending je dekat twitter. Oh Bazli I Love You. Kihkihkih. Lagu yang Nazim Othman nyanyi dalam Dejavu Di Kinabalu tu sedih sangat2. Tajuk dia Langit Menangis.*menangis sekarang sobs sobs