Wednesday, June 22, 2011

happily ever afta is so once upon a time.

eh kejinya saya sebab nama je ada blog tapi dah berkurun tak mengupdate cerita.
sungguh sibuk membesarkan rangkaian higoat kesana sini.
sampai belog dah terabai langsung tak pandang.
sering dicaci sepupu yang konon belog dia hot sangat 
dia dah lupa lah tu siapa sifu yang tolong dia buat belog dulu 
kahkahkah gelak jahat


okay sekarang nak mula berceloteh sbb dah banyak sangat benda dalam kepala nak cakap
pertama sekali nak cakap yang besok cerita cinta melody habis.
dan aku rasa inilah cerita yang ending paling sweet sangat.
tahap kesewetannya sampai rasa nak penerajang tv.
bercinta sakan dengan orang lain pastu ending dgn orang lain.
tak ke sweet namanya tu?
mula2 memang lah bengang nak mampus sbb aku dah menghabiskan masa utk ikut cerita ni.
gigih tengok kat youtube setiap hari di tempat keje.
tapi bila difikirkan ada logiknya. baiklah aku redha.
sbb mmg lah mcm tu kan? nak cerita sweet je memanjang sila baca novel jelah.
tak pun baca belog princess rapunzel. very the  kuat berangan belog.
aku rasa dia taip belog pun sampil pintal2 hujung rambut.
kakcik doakan kamu cepat berubah haha
perbanyakkan menonton drama2 terbitan rtm
dan juga perbanyakkan membaca mastika
juga menonton neraca kisah benar di youtube
taklah kamu asik berangan je.


cerita yang keduanya. ye! besok buah hati aku dah keluar.
jengjengjengJENAB
terima kasih ye sudi hadir dalam hidup aku yg tak berapa nak up ni.
tp lepas anda hadir besok maka lengkaplah hidup aku.
banyak juga kawan2 dan sepupu2 mula menghubungi nak mengorat buah hati aku yg baru tu.
ehemmmehemmmehemmmm
nantikanlah no telefon siapa yang terpilih ye untuk keluar bersama aku haha.



cerita yang ketiganya ye minggu lepas aku konvokesyen.
gila poyo aku memula taknak pegi kekonon sbb malu nak jumpa kawan2.
pastuh pastuh pastuh
aku pegilah jugak sbb aku dapat inspirasi untuk pergi.
dan aku sangatlah happy nak mampus tahap gaban sbb seronok sangat.
gila lah weh. rindu betul nak blaja blk kat shah alam.
rindu kawan2 juga sbb dah lama kan kita tak bergurau senda bergelak2 gemok
haihhh balik tu sedih sangat tapi sorok dalam hati je
anda semua sila berbahagia ye teman teman terulung
kerja bagus2 dan cepat dapat jodoh dan jangan lupa jemput.
moga kita dapat jumpa lagi dan bersembang pangjang dari pagi sampai malam
T_T
gambar next entry


cerita yang keempat adalah nak kasi tahu aku ada fanpage.
retisss sangat kan?
haha aku taklah poyo sangat sampai nak buat fanpage.
ini untuk bisnes ye.
dengan ini aku dengan tegasnya nak mengarahkan kamu kamu semua
untuk like fanpage ini sekrang jugak
taknak kelik nuffnang pun tape sbb mmg aku tgk hasil tak memberansangkan
dah bertahun terjebak dengan belog
tapi baru mampu beli gula2 hacks 10bijik
sila lah kira sndiri kan berapa incomenya.
phewww penat.


ok penat menaip dengan gigih utk memenuhi permintaan cik zeka
katanya kalo tak uodate dia nak kick aku dr list belog yg dia adore kat home
hekk elehhh 
tetiba entry aku dah tamat.
entah apa motif tajuk mcm kat atas tu kan?
tak relate lgsg dgn isi tersurat dan tersirat dan juga penutup.
ade mak kisah nok?